Pengurusan kewangan bakal pengantin khas untuk bakal pengantin perempuan. Ini kira adalah persediaan kewangan sebelum kahwinNak kahwin? Sesiapa pun mesti nak kahwin kan. Malah ianya Impian untuk semua orang kut . Tapi first thing first aku rasa korang cuba hadam Tips pengurusan kewangan bakal pengantin perempuan kena tahu. Ini basic untuk korang kena hadam
Table Of Content
- Kaji dan Faham : adakah nak kahwin tapi kewangan belum stabil
- 5 tips pengurusan kewangan untuk bakal pengantin perempuan
- 1. Persediaan sebelum kahwin bagi perempuan
- 2. Pembahagian kewangan keluarga suami – isteri (dua-dua bekerja)
- 3. Isteri sebagai menteri kewangan
- 4. Nafkah untuk isteri, dan pastikan ada akad tau.
- Mula belajar pasal tips kewangan ni?
- Mulakan sekarang !
Ingat sebelum korang berkahwin banyak benda yang korang kena faham dan ambil serius. Dan memang tidak akan habis sebenarnya, korang kena terus belajar dan belajar sampailah ‘ tertutup mata”. Jangan sesekali ambik mudah masalah kewangan dalam perkahwinan
Memandangkan dengan umur aku yang dah 44 tahun aku rasa, aku bolehlah nak berkongsi sedikit sebanyak tips pengurusan kewangan bakal pengantin perempuan yang boleh korang jadikan perdoman.
Ini semua ada lah lesson learned atau pun trial and error yang aku dah pernah buat. Aku betul betul rasa bersalah kalau tak kongsikan benda macam nih. Lagipun ini lah tujuan aku ada blog kan. Sharing is caring. Moga ilmu cara simpan duit selepas kahwin ni boleh bantu korang.
Walaubagaimana pun benda ini adalah subjektif mengikut pemahaman dan penerimaaan korang nanti. Aku memang suka sangat mendengar dan observe orang disekeliling aku agaknya itulah sebab aku sesuai kerja dalam bidang UX design ni.. penuh Empathy dan aku cuba letakkan diri aku.
Kaji dan Faham : adakah nak kahwin tapi kewangan belum stabil
Kaji dimana silap dan cuba implement. Yerlah bukan untuk orang lain, untuk aku sendiri memperbaiki diri sendiri. Kalau selalu tetapkan kewangan suami isteri ini sangat penting yer
Nak cakap direct pada ahli keluarga bab-bab ini ni sensitif tau, silap hari bulan boleh bermasam muka tapi hati aku ni membuak. Yang aku mampu buat share apa sahaja aspek kewangan dalam FB group famili. ikutlah derang nak follow atau tak
Untung orang sekarang nih boleh belajar secara online sahaja.
Kali ini perkongsian aku khas untuk topik kewangan sahaja, akan ada banyak siri nanti.. tunggulah aku titipkan satu persatu. (ikut mood) hehehe. Korang dah bersedia untuk fahami apakah pengurusan kewangan bakal pengantin?
Aku antara orang yang tak banyak harta berbanding dengan kawan lain yang punya rumah sewa berbelas belas tapi konsep aku pulak kurangkan hutang, tidak mahu serabut dengan hutang. Rasa tak mampu pulak nak handle.
Tapi bila aku baca kisah2 budak sekarang yang banyak habiskan duit pada benda yang tidak sepatutnya, nah aku buat entri ni bagi korang pikir sikit.
5 tips pengurusan kewangan untuk bakal pengantin perempuan
1. Persediaan sebelum kahwin bagi perempuan
Sebelum korang berkahwin, mula mula korang kena plan bebetul pasal duit yang korang ada. Kena simpan! kalau tidak macam mana korang nak kahwin. Kena ikat perut sikit lah, hehe aku dulu siap minum air suam jer masa lunch time.
Sanggup ooo… nak kejar simpanan. Korang kena set minimum RM1000 sebulan kalau nak kawin dalam masa 2 tahun. Ini minimum tau.
Tidak ada pilihan! Habis tu nak baju best, pelamin best, event best. hehehe.. no choice beb. Melainkan mak bapak kaya lah.. huhuhu . untung laaar kaan korang.
Okay ada satu kisah benar yang aku nak kongsikan ini, aku rasa kelakar sangat. Kisah anak kawan aku (lelaki) yang mana dia hanya pikirkan duit hantaran kawin yang perlu disediakan untuk bakal isteri, tidak terpikir lansung pasal kenduri kahwin yang perlu diadakan bagi pihak lelaki.
So muka dia, kawan aku cakap sangat sangat terkejut or baru tersedar dari mimpi. Jangan tak percaya, inilah kisah budak-budak millenial. Aduh tergelak besar aku bila dengar kawan aku ini bercerita. Ini cerita real okay.
So bakal pengantin perempuan, korang kena selidik betul betul bakal suami korang ni bersedia tak dari segi kewangan. Janganlah push nak kahwin dalam keadaan financial belum kukuh.
Actually ianya bukan financial kut, but ia menunjukkan persediaan mental dan perancangan masa hadapan pasangan kita.
Jangan lepas bab nikah kahwin lepas tu korang tempat tinggal pun tak ada huhuh.. adakah korang tetap nak teruskan perkahwinan bila tahu bakal imam belum bersedia?
Sekarang range perkahwinan dari 20-35k? Aduhh… zaman aku dulu hanya RM6k untuk majlis dan RM4k untuk bahagian lain tetapi ini 18 tahun yang lalu.
Nanti aku cerita dengan terperinci bagaimana korang boleh optimumkan duit simpanan korang. Banyak sangat cara kalau korang rajin baca di internet, salah satunya menggunakan platform ASBF. aku ada buat entri khas pasal ini yer. Kalau nak tahu lanjut klik lah link yang aku dah letak ini.
2. Pembahagian kewangan keluarga suami – isteri (dua-dua bekerja)
Jangan guna pepatah ulat dalam batu boleh hidup. adeh.. itu memang habitat dia !. korang kena set dalam kepala tu bajet kewangan keluarga kena dibedah, di susun terlebih dahulu
Sebelum berkahwin pastikan korang bincang dan set dulu contribution antara husband and wife. Kalau sama-sama bekerja takkan lah nak suruh abam tanggung semua. Penting tau ini. Kena dapatkan persetujuan seawal mungkin. Kalau tidak nanti akan salah seorang dari korang akan kesedapan.
Aku masa mula mula kahwin aku set 60-40, maknanya dia tanggung 60% perbelanjaan rumah dan aku 40 %. Bila gaji dah bertambah dan husband pun stabil, so aku naikkan kepada 70-30. Perbelanjaan rumah yang aku maksudkan dari bil, sewa rumah, kereta, anak, makanan dan semuanyalah.
Walaubagaimana pun, Ikut perkembangan financial kedua dua pihak, tetapi kena set macamana sekalipun, portion Lelaki mestilah yang lebih besar. Ada sebab kenapa portion suami kena besar.
Tetapi untuk kIta perempuan yang bekerja ni kenalah bantu jugak suami. Sebabnya dia pun ada hobi atau benda yang di suka atau barang yang dia henda beli. Janganlah biarkan dia bayar segalanya.
Kenapa portion suami kena besar? Sebab dia adalah ketua keluarga dan supaya kita ingat diri kita adalah orang kedua dalam carta organisasi rumah. Duit bukan segalanya tapi contohnya kalau Kerajaan nak tadbir negara, dari duit lah akan menentukan perkembangan atau penyusutan sesebuah negara kan.
Kerana duit aku pernah lihat isteri kurang hormat kepada suami. Dan ini sangat bahaya. Besar mana pun gaji isteri, biarlah portion husband lebih besar. Sebab ada kesan psikologi sebegini. Kita nak suami kita proud dia lah nakhoda untuk kapal kita. dan isteri pun tidak besar kepala!
Mungkin aku agak konvensional tapi sebab aku kenal diri aku. hahaha.. so aku perlu setkan satu yang husband kita yang mengepalai semuanya. Banyak yang berlaku dikeliling aku bukan 1, bukan 2 bukan 3 tapi banyak. Banyak sekarang kes perempuan menjadi breadwinner, laki goyang kaki di rumah. Sedih bila aku dengar kisah kawan kawan aku.
why?
Sebab, orang perempuan ni emosional. Ada hari dia okay, ada hari dia penuh dendam. Mula mula sanggup biayai kesemuanya tetapi bila dah terlebih mula lah mengungkit. So ini tidak bagus untuk hubungan suami isteri. Maka.. jadilah isteri derhaka pulak. Apa yang kita bagi sebelum ini jadi sia sia.
3. Isteri sebagai menteri kewangan
Walaupun portion suami lebih besar, tapi taraf menteri kewangan kena dipegang oleh isteri. Buat monthly financial rekod dan juga yearly planning. Share dalam Gdrive yang dua-dua bolek akses. Automatik korang akan nampak duit pecah kemana.
Buat untuk suami juga, suruh dia tulis hutang dan simpanan berapa. Ada setengah lelaki agak ego bab-bab ini, tidak suka berkongsi dengan isteri.
Paling best jadi penjamin untuk kawan kawan tanpa pengetahuan pasangan. Contoh aku, kami suami isteri dah agree tidak akan sesekali penjamin tanpa persetujuan, dan even aku nak pinjamkan duit kepada ahli keluarga pun aku inform pada suami walaupun duit aku.
Tapi percayalah korang, kalau salah seorang dari pasangan kita gagal manage kewangan dengan baik pasti akan mengakibatkan kegagalan kewangan famili. Trust me. Ini lah yang berlaku di sekeliling aku. Banyak sangat dah berlaku.
ketiga, wahai isteri sila pastikan suami juga ada simpanan, peganglah prinsip sikit sikit lama jadi bukit. Masa tidak akan berpatah balik. Tak guna kalau kita menyesal kemudian hari.
Jadi, suruh suami transfer duit untuk segala perbelanjaan dan portion simpanan dia juga. Untuk pastikan dia juga akan punya simpanan, kita sebagai isteri tak salah buatkan semua.
Yer.. ini lah yang aku buat. Bukan susah pun, transfer online jer. tapi kena kitalah jadi ceti yang kejar suami kita supaya dia bagi portion untuk saving.
Sebenarnya kami dah cuba dengan konsep pandai pandai lah simpan sendiri semasa diawal perkahwinan. Memanglah tidak banyak simpanan sebab gaji kecik, dan aku mengharapkan husband akan allocate simpanan sendiri tapi heheh tidak bergerak.
Alhamdulillah setelah berbincang, aku yang transfer duit tabung haji dia dari jumlah bulanan yang telah diberi pada aku.
Dengan kata lain, jangan bagi duit dalam akaun gaji kita nampak banyak tapi akhirnya akan berlaku penyusutan pada hujung bulan tanpa simpanan. Ini kerana kita perasan duit dia banyak dan boleh dibelanjakan sesuka hati.
So tolak duit untuk simpanan siap-siap
Selain dari itu isteri kenalah simpan rekod segalanya dengan sistematik, sebab kalau salah seorang pergi dahulu senang untuk refer. Mana wasiat, mana hibah dan tidaklah nanti tersekat di Amanah Raya. aku pun dalam proses nak buat sebab terbaca kisah ini di Facebook.
Part Hibah ni pun aku dah kaji lama. Nanti aku share dengan korang di lain entri. Tunggu!
Dengan kata lain, jangan bagi duit dalam akaun gaji kita nampak banyak tapi akhirnya akan berlaku penyusutan pada hujung bulan tanpa simpanan. Ini kerana kita perasan duit dia banyak dan boleh dibelanjakan sesuka hati. So tolak duit untuk simpanan siap-siap
Selain dari itu isteri kenalah simpan rekod segalanya dengan sistematik, sebab kalau salah seorang pergi dahulu senang untuk refer. Mana wasiat, mana hibah dan tidaklah nanti tersekat di Amanah Raya. aku pun dalam proses nak buat sebab terbaca kisah ini di Facebook.
Part Hibah ni pun aku dah kaji lama. Nanti aku share dengan korang di lain entri. Tunggu!
4. Nafkah untuk isteri, dan pastikan ada akad tau.
Ada seorang sahabat baik aku sendiri bercerita tentang kisahnya, nasib suami dia bermacam masalah. Kena kejar dengan bank kerana menjadi penjamin orang, handphone rosak berkali kali. Kereta rosak lah.
Sampailah satu hari dia pergi ceramah agama tentang betapa pentingnya nafkah yang diberikan kepada isteri.
Tetapi sahabat aku ni sangat lemah lembut bahasanya, jadi perbincangan dengan suami sangat smooth dan si suami bersetuju untuk mengubah kepada yang lebih baik.
Sejak suami dia mula memberi nafkah setiap bulan, memang rezeki dan perjalanan suaminya pun lain. Kata suami kawan aku ni, kalau macam ni dari awal lagi dia akan buat.
So, aku pun berkongsi cerita kepada husband, dan dapat diterima baik. Ya Allah memang betul.
Bukan lah dia terus dapat duit berkepuk, tapi dengan bonus dan increement dan sewaktu dengannya contoh kita sihat , tak ada kecelakaan. dan memang aku suruh laki aku lafazkan pada hari pertama kita orang buat kata putus untuk dia masukkan duit pada aku secara bulanan.
See.. betapa pentingnya nafkah kepada isteri. Dan alhamdulillah husband aku memang tidak lokek untuk belanja kami sekeluarga. Kalau boleh setiap kali gaji dia akan dahulukan dengan belanja makan makan terlebih dahulu katanya lebih berkat.
5. Perempuan kena ada saving sendiri!
Ramai aku tengok trend sekarang, perempuan yang prefer jadi surirumah bila habis belajar. Tak salah pun memang bagus. Tetiba rasa nak jadi isteri mithali, nak jaga anak.
Eh! bagus dah niat tu tapi kenalah sejajar dengan persediaan. Ingat..Kasih suami pun boleh berubah tau. Tambah tambah yang berkahwin muda ni. Jauh lagi perjalanan. Banyak dah kita baca kan pengalaman orang lain .
Tapi aku still merasakan kalau boleh kerja lah beberapa tahun dan paling penting cuba berikan kebahagiaan kepada orang tua kita. Dahlah bertahun belajar untuk mendapatkan ijazah, end up tidak bekerja lansung. Adui siapa nak bayar hutang belajar.
Ingat.. At least kita ada beberapa ribu untuk simpanan asas sekiranya berlaku apa apa. Sebab banyak kes bila perceraian ataupun pasangan meninggal ramai yang terkapai kapai. Itu belum lagi kes yang banyak isteri tanggung segalanya.
Kalau suami paksa berhenti bekerja pastikan dia bagi duit nafkah + perbelanjaan lain termasuk personal stuff dan juga untuk parents kita. Tapi kalau gaji hanya RM3000 di bandar besar aku rasa agak tough dan tidak masuk akal.
Pengalaman ahli keluarga aku sendiri, nyaris nyaris kakak aku sendiri dipaksa berhenti kerja oleh bekas abang ipar aku, kononnya kerja sebagai jurutera daerah pada tahun 1990 an dah cukup besar. Mujur.. mujur arwah bapak aku menghalang, kerana jodoh kakak aku tidak panjang.
Bayangkan kalau dia tidak bekerja dengan menanggung 4 orang anak. huhuhuhuh… dah lah stress dengan masalah personal ditambah pula dengan masalah kewangan.
Alhamdulillah, malah aku tengok dia pula yang punya simpanan yang lebih banyak dari kami kerana berkat jimat cermat semenjak dari zaman dahulu. Sekarang dia pusing dunia sahaja, dah pencen.
Mula belajar pasal tips kewangan ni?
Ilmu kewangan boleh dicari di laman web atau buku atau follow beberapa sifu kewangan. Kalau boleh rajin rajin lah membaca okay..ini antara sumber yang bagus luar negara yang korang boleh refer https://www.adamzubir.com/blog/5-tip-urus-kewangan-dengan-bijak
Banyak juga sifu sifu kewangan yang korang boleh refer di Facebook seperti Dr.azizul, harith faisal dan kawan blogger yang dah jadi financial advisor abam eriq. aku memang selalu follow dia orang nih.
Sayang.. aku dah tua baru dapat ilmu ilmu macam ni. Dah masuk umur 40an kita bukan lah nak kejar harta tapi peace of mind. hehehe.. tolonglah belajar yer adik adik untuk bab pengurusan kewangan bakal pengantin
Mulakan sekarang !
Ingat sebelum berkahwin buatlah simulation atau bajet tahunan untuk selepas berkahwin, kalau ada ada anak 2, anak 3 dan seterusnya
Buatlah kira-kira dan tanya orang yang telah berpengalaman. Belajar dengan mereka cara urus kewangan keluarga.
Kita tidak mahu kehidupan baru tetapi sudah membawa beban pula, dan seterusnya meleret kepada masalah yang lebih besar contohnya penceraian. Please avoid that!
Bagus tips ni untuk bakal2 pengantin di zaman sekarang ni. Sebab la ni zaman duit..
Kaaan dura … pening ooo kalau x der duit
tips yang snagat bagus. Tapi bab isteri kena jadi menteri kewangan tu untuk saya memnag tak berkesan sebab saya lagi boros dari en.suami dan saya tak layak jadi menteri kewangan. hihi
Hahahaah yer ker? Selalunya begitulah salah seorang akan lebih jimat…
nice sharing 🙂