Kali ni aku nak bercerita pasal iman dan kisah Pengalaman anak berkhatan. Kalau orang lain mungkin tidak berapa kisah sebab anak ramai, tapi bagi kami Hero itulah yang satu-satunya. Semua kenangan dan pengalaman macam ni amat berharga. Tiada siaran ulangan. So kena tulis apa yang berlaku sepanjang hari itu.
Table Of Content
Pengalaman anak berkhatan, Satu pengalaman baru
Serius aku rasa orang lain tak heran sebab benda benda ni berulang untuk anak anak yang lain. hahah .. sian kan we all.. heheh dak aih… dah ini bahagian kami anak seorang, adalah hikmahnya kan. Disebabkan anak seorang ini ler we all selalu buat throwback kisah iman dari dia lahir.. or maybe boleh cakap kami ni jenis yang appreciate segala benda yang berlaku among us dan blog ini lah sebagai diary kehidupan modernmumthingy dan keluarga.
Aku merekod dan berkongsi pengalaman dan berkongsi ni aku yakin mungkin ada info, maklumat dan pengalaman yang boleh di refer oleh org lain bila terbaca blog ni nanti.
Sakit tak sunat khatan anak lelaki ni?
Kadang kadang tak paham jiwa budak budak ni bila pikir bab berkhatan. Mungkin sbb aku ni perempuan, jadi feel tu macam tak sama kut. Masa umur 8 tahun iman banyak kali cakap dia kecik hati, sebabnya bila di sekolah dia tak dapat jadi imam setiap kali sembahyang jemaah. Budak budak lain cakap dia belum layak sebab belum sunat atau berkhatan. Kiranya macam sedih sangat sangat lah.
Hurrm… bagus dah niat tu kan.
Macamana pun, aku rasa ini antara perbincangan budak budak laki disekolah. “Berkhatan” adalah satu satu tanda kebanggaan untuk anak lelaki. Satu tanda yang mereka ni bersedia untuk menjadi budak lelaki.
Bila dia tanya sakit tak sunat? papanya opkoslah akan cakap macam gigit semut jer lepas tu akan tambahan lagi bercerita zaman sekarang ni teknologi perubatan canggih so memang akan cepat jer nak heal nnt.
Pengalaman menangani anak bersunat
Fahamkan dia apa makna dah bersunat terlebi dahulu dari awal umur 6 tahun.
Disebabkan dia bersungguh menyatakan dia bersedia untuk bersunat, kami pun ambil kesempatan untuk fahamkan dia. Apa tanggungjawab sebagai anak lelaki bila bersunat. so called macam perjanjian lah, bersedia ker nak jadi besar? Especially bab sembahyang, bab tanggungjawab dan lain-lain. Kenapa awal sangat kami share benda benda macam ni ? Sebabnya takut ada influence negatif dikalangan kawan kawan. So baik kita inject dulu. Alhamdulillah sekolah iman ni dah menerangkan aspek aspek islamik keperluan berkhatan. Iman pun tanya semula dari segi aspek kesihatan. Nak tak nak papa dia kena explain lahkan
D-Day
Malam sebelumnya tak nampak pulak dia nervous, tapi bila nak gerak dia sembahyang subuh dia terus rasa macam takutnya nak sunat katanya. Memang pelik kelaku diam, selepas sembahyang subuh salin baju melayu terus tidur sementara tunggu kami bersiap. Nak gerak balik pun seksa .
Masuk dalam kereta pun, balun tidor lagi.
Dah sampai kawasan sekolah, orang lain dah masuk dewan, dia tiba tiba cakap lapar lah pulak nak makan dulu, tak mau tunggu makanan sekolah. Dah mama dia yang kena tunggu kat dewan sekolah sementara dia orang pergi makan. Rupa rupanya kata asben, itu cara dia untuk cool down kan diri dia…Sampai di kedai mamak dia boleh terdiam lama……., termenung. Asben opkoslah cuba divert kepada cerita lain. And tetiba dia cakap..
” okay papa, I’m ready”
dan terus dia sembang dengan rancak.
So we all belajar sesuatu dari dia pada hari itu. rupanya itu cara dia untuk menenangkan dirinya kalau dalam mood gabra.
Saat nama dipanggil dia terus macam sedikit merengek, “iman takut .. iman takut” tapi masih berjalan ke atas katil untuk di bius terlebih dahulu. Ianya sesuatu yang perlu ditempuhi tapi agak menakutkan bagi dia. Bagi aku, Iman ni seorang yang memang tidak berapa tahan sakit bagi aku. Tetapi kadang kadang boleh jadi seorang yang berani jugak. Entahlah .. anak aku ini lah seorang, jadi aku hanya dapat oberserve perangai hero seorang ini sahajalah .
Apa yang aku pelajari untuk diri aku sendiri,?
Sewaktu dia merintih dan merengek dalam proses berkhatan ini aku sebagai emak sendiri pun terasa macam sedih sangat- sangat. Aku duduk betul betul mengadap muka dia. Ada masa aku rasa kelakar pun ada tapi yang paling sentuh kan perasaan bia tengok mata dia menahan sakit. Terus aku terbayang nasib anak anak yang mengharung sakit di hospital, bagaimana persaaan ibu ibu masa tu.
Bila melihat dia menahan sakit masa ni, ada satu prasaan
Ya Allah… jantung aku memang macam berdebar dan insaf ya amat bila mengenangkan ibu ibu lain yang struggle di saat anak anak mereka berperang dengan pelbagai penyakit. Bersyukur kami sekeluarga di berikan kesihatan yang baik. Di saat itu tak lepas lepas aku berdoa dan panjat kesyukuran iman sihat walafiat selama hari ini.
tetapi kenangan yang paling tak boleh lupa, asben cakap sewaktu dia nak menenangkan iman dia suruh iman mengucap … adeh.. lepas tu dia tergelak sendiri sebab lain macam pulak rasanya.
Rupanya papa dia pun nervous juga
Post berkhatan
Sebaik habis berkhatan, iman agak sensitif dalam kereta. Tak boleh lansung terhentak katanya. Sakit. Berpeluh peluh dia menahan sakit. Balik rumah terus bentangkan tilam dan tidor bersama dia dia bawah . Nasib baik lah kami belum jual playgym dia masa kecil. Dapatlah jadikan sebagai kayu pengangkut untuk selimut.
Sepanjang bersunat, terpaksa lah mama and papa dia bergilir gilir cuti, nasib baiklah hujung tahun. Iman menggunakan teknik laser, so boleh katanya cepat baik cuma kena jaga supaya kawasan sunat tidak lembab.
Dalam masa seminggu alhamdulillah dah sihat dah, siap boleh main bola.
Alhamdulillah..dah lepas dah proses tuh . I pun sama ni nak kena sunathon both the boys. Terharu baca post ni Azni. Tapi den tetap nak gelak bila tengok gambo husband u pakai torchlight kat kepala tuh. HAHAHAHAHAHH! aduhhh..nak menoreh jer gayanya. Good job Iman! semoga terus sihat sampai bila2. Sedih kan bila teringat anak2 yang sakit kat hospital tuh. Anak sunat pun kita sedih. Kalau sakit lain ta k tahu lah camane.
hehehe si iman ni tak bagi nya bukak. Malu ya amat. Jadi semua nak bertutup dengan selimut tu. so papa dia terpaksa laa pakai lampu spesel tu haa
Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik, iman good boy sangat, dan IQ sangat kagum dengan cara kak azni dan suami didik iman sebenarnya. iman jadi sangat matured. suka tengok iman matang dari umur dia.
bab torchlight tu serius lawak. XD