PDPR dan Power Mata | Akhirnya setelah berkurung tak bergerak kemana mana semasa PKP, kami anak beranak amik cuti khas sebab nak pergi urusan bank (hehe kad debit dah expired almost 3 months) dan juga buat pemeriksaan mata satu keluarga..
Table Of Content
- Banyak Mesin di Optom Eyecare, penting untuk tengok kesan PDPR dan Power Mata ni
- PDPR dan Power Mata Kanak-kanak seperti iman memang terkesan
- Perlu ambil suplement tambahan untuk mata ?
- WFH pun boleh naikkan power mata? Mungkin tidak seteruk PDPR tapi BIla lagi nak buat Pemeriksaan Mata secara terperinci
- Pemeriksaan dengan Mesin Slit Lamp
- Mata dan Kolestrol?
- OPTOM EYECARE
Alang-alang dah cuti kan terus bawak hero kecik check mata and nak beli spek baru sebab dia komplen dah longgar and we all suspect power dia dah naik sejak pdpr. Habis tu bersilih ganti komputer dan handphone mestilah mata pun stress
PDPR dan Power Mata hurmm.. Sah! Mmg power mmg naik oit..
Banyak Mesin di Optom Eyecare, penting untuk tengok kesan PDPR dan Power Mata ni
Habis urusan di Bank, as planned we all lajak pi Kedai Cermin Mata Bandar Baru Bangi – Optom . Punya byk mesin check mata, bukan kaleng2 and banyak bendalah belajar hari ni.
Yang aku perasan bukan semua kedai cermin mata ada mesin macam dia orang. Habis tinggi dia orang offer mesin check power dekat depan tu sahaja.
Bukan semua kedai cermin mata offer servis mcm ni tau..
Di Optom Eyecare ada mesin cek mata bahagian depan, belakang bebola mata, check power mata manually, mesin check power macam yang biasa ada di kedai mata tu. heheh ini bahasa pasar aku tapi ini nama nama mesin tu.
- Mesin Autorefcractor – Ukuran power/ silau yang lebih tepat
- Mesin Phoropter – pemeriksaan samada rabun dekat atau jauh.
- Mesin Diagnostic – check sama ada kita ada selaput atau mata merah penyakit kencing manis, glaukoma yang akan menyebabkan buta
- Mesin Slit Lamp – saraf mata di bahagian belakang mata pula, alat ni boleh tengok struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa.
PDPR dan Power Mata Kanak-kanak seperti iman memang terkesan
Optom Eyecare cakap memang selepas PKP ni ramai kanak kanak datang untuk buat cermin mata. PDPR dan Power Mata memang berkait
Optometrist yang melakukan pemeriksaan mata iman tunjuk beberapa kondisi mata iman ni. memang nampaklah banyak salur2 darah merah dekat mata tu. Ini adalah salah satu sebab banyak spend masa depan gadget. Mata jadi stress bila mengadap gajet gajet ni. Dan sepatutnya maksimum masa untuk tengok skrin hanyalah 30 mins dan mata perlu direhatkan.
Realitinya untuk kes macam iman, mata dia macam tiada rehat, which is true sebab sebaik habis kelas boleh sambung tengok utube pulak ni pastu main game. Bla bla bla
Cek mata secara manual penting untuk keselesaan power cermin mata yang bakal ditempah bagi mengelakkan rasa pening ketika memakai cermin mata baru dan mereka juga akan test mata mana yang lebih dominan
Macam mana tak jadi mak kau hijau huhuhu
So memang sesuailah iman upgrade cermin mata dia sekarang.
Perlu ambil suplement tambahan untuk mata ?
Memandangkan power iman bertambah. Sekarang dia naik 350 huhuu, mestilah aku ni risau. Aduh terasa rugi banyak benda yang dia terlepa nanti.
So sis pun sibuk tanya kena amik supplement apa2 kaa? kan ramai orang dok promote macam macam. Untuk kes budak yang masih muda macam iman adalah lebih baik hadkan aktiviti gadget and kalau boleh waktu petang paksa anak beriadah keluar supaya mata dia belajar fokus benda jauh cth beskal, main bola or apa2 jelah.
WFH pun boleh naikkan power mata? Mungkin tidak seteruk PDPR tapi BIla lagi nak buat Pemeriksaan Mata secara terperinci
Cuma yang aku nak cakap bila tengok result dan penjelasan optometris aku pun teruja. Sejak aku pakai cermin mata 4 tahun yang lalu aku belum pernah ada pengalaman macam ini.
Alang2 aku pun teruja nak check.. benda baru kan.
Macam aku cakap sebelum ini, Optom ni ada mesin khas sampai boleh check konidisi dalam mata Aku nak cerita lebih tak reti hahah tapi, mata putih sis bila di fokus mcm ada brown2 mcm karat. (Bahasa pasar sis la) puncanya disebabkan tidak pakai shades sewaktu berada di luar,
Pemeriksaan dengan Mesin Slit Lamp
Slit lamp adalah alat yang digunakan untuk memeriksa bahagian depan mata seperti katarak (selaput dalam mata), pterygium (selaput luar mata), calar dan luka pada mata hitam, kelemumur pada bulu mata, dan banyak lagi. Yang bestnya,
So apa yang Optometrist nampak melalui gambar yang dia orang ambil nih? Ini adalah salah satu contoh Pemeriksaan Mata secara terperinci yang Optome eyecare buat
so itu adalah kesan uv.. Hehe ingat pakai spek hitam sekadar nak kurang silau and bergaya. Rupanya penting nak jaga kesihatan mata.
Adehhh.. mcm pigmentation dekat muka aku juga. Tak pernah aku tahu pasal UV pada mata ni. This is something new and fascinating kan! korang pun mesti terkejut bila aku tulis macam ni.
Dalam masa yang sama Optometrist spot mata aku ada mcm ada benjolan kuning dkt mata putih tu.. nnt hangpa tgk gambar tu. So far belum bahaya lagi.
Mata dan Kolestrol?
Owh Abam pun sibuk nak check juga
Maklumlah satu family pakai cermin mata, so apa lagi. Baik kami check terus.
Pastu mata abam belah kiri ada line putih / ring dekat kanta. Nanti korang tgk lah gambar. Itu tanda kolestrol agak tinggi. Dan abam pun memang ada darah tinggi, kalau mengikut result check kesihatan sebelum ini memanglah kolestorol abang tu tinggi.
Tapi alhamdulillah mata abam tu idoklah teruk lagi..
Jadi enjoy pulak dengar optometrist tu tunjukkan hasil periksa mata yg selama arini tak tahu and tak amik tahu.Tu belum lagi dia tunjuk mata org yang kencing manis.. scary woh!
OPTOM EYECARE
Selain boleh check mata nih, dia orang boleh customised cermin mata mengikut bentuk muka yang sesuai dengan kita. Memang menarik tau nak tau korang boleh baca di sini
Buat masa ini mereka mempunyai 2 cawangan iaitu ;
OPTOM EYECARE Bangi
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi , 43650 Bangi , Selangor (Berdekatan Marrybrown)
OPTOM EYECARE Kedah
No.17-GF , Taman Bandar Baru Mergong , 05150 Alor Setar , Kedah.Tel : 011-10641167
Untuk maklumat lebih lanjut boleh dapatkan di ;
- Website : https://optom.com.my/
- Instagram : www.instagram.com/optombangi
- Facebook : www.facebook.com/optombangi
Anak kat rumah ni pun baru tukar power, harap tak naik lagi lepas ni..
agaknya kena check jugak mata ni kot. time PKP ni memang asyik tengok screen jer kije…