Hobi aku makan. Bila makan aku rasa happy sangat. Tambah-tambah kalau dapat dine in dekat situ. Seronok tengok food presentation dan ambience. Jadi, aku nak kongsikan 7 makanan Popular Malaysia di Kuala lumpur yang memang aku ulang ulang makan dan ada sesetengahnya ada yang buat online food delivery
Table Of Content
Dan terus terang aku cakap, hahaha memang bajet aku banyak habis pada makanan dan travel berbanding dengan benda lain.
Bila benda best and bagus aku memang suka kongsikan dekat blog supaya senang lah korang nak pergi or musim covid19 ni korang boleh sahaja order dengan food panda. Ada handphone semua jadi! apa nak risau.
7 makanan popular Malaysia di Kuala Lumpur dan ada yang boleh online food delivery
1. Dolly Dimsum
Pukul rata, aku pergi ke dolly dimsum ni 2 bulan sekali. Sudah menjadi kegemaran anak beranak. Kalau ikut anak aku memang tiap bulan dia nak kesini. Dim sum sini memang lain dari yang makan di hotel disebabkan range dia yang pelbagai.
Disini ada fried version, kukus version and yang berkuah. So far mana yang rekomen untuk pergi memang akan cakap best dan terus makan dimsum. Sebelum ni katanya tengok pun tak hingi
Menu wajib setiap kali kami ke sini , nasi goreng royale, durian mochi, salad prawn. Masa PKP pertama di bulan puasa kami teringin sangat nak makan, apa lagi online food delivery sahajalah. Durian mochi tu kan bila sejuk sejuk masuk mulut lepas tu ada durian sejuk uihhhh… enak bangat !
Tapi nak jimat we all selalu order ais kosong sahaja kih kih kih, ada jugak part “kede”. Eh tapi air kosong/ suam baguslah untuk kesihatankan. Damaged selalu dalam RM60++ untuk 3 orang.
Makan tempat mahal macam ni bukan untuk kenyang tapi untuk merasa hehehe. Abang aku dah terkena dek tamak tengok makanan yang best semua tamak nak makan sorang satu. hahah sudahnya tak habis.
2. Two Sons Bistro
If korang datang sini kena cuba Cream Chili butter clamps with mantou. Sedap sangat kalau makan bersama mantou tu. Tapi orang makan nasi memang tak berapa suka kut. Tapi memangs satu kelainan menjamu clams atau pun mussel disini
Kami anak beranak memang suka sangat lah makanan pesen gini. Disebabkan terlampau sedap, Jadinya aku pun belajarlah cara nak buat. Okaylah hampir jadi, tapi opkoslah makan disini lagi sedap.
Satu lagi we all baru cuba menu baru Lamb mustard. Macama mana nak cakap erk, lamb tu tak typical macam lamb steak. Rempah tak berlebih tapi di salut dengan mustard.
Aghhhh enak sungguh!.
Two sons Bistro dah ada beberapa cawangan
- Publika
- KLCC
- Starling
Selain dari makaan fusion macam ni, ada juga pasta, dessert, coffee dan pelbagai lagi.
3. Tappestry
Yang ini aku baru makan dalam 3 kali. Aku suka jugak makanan sini. hurmm aku suka makanan western nampaknya. Tapi disini aku boleh cakap makanan fusion sebab ada juga nasik
Menu dia lain dari yang lain berbanding kedai-kedai yang kongsi diatas. Pertama kali kesini aku order grilled chicken siap ada cili jeruk. Stylo sangat. Roti & omelette Egg drop dia pun sedap di makan. Kira ini specialtylah.
And korang patut cuba jugak menu Horchata Smoothie. Pergh rasa healty sangat dan segar rasanya bila masuk ke dalam perut. Sesuai sangatlah untuk orang yang diet
Bijak lah bagi aku, kalau ada kawan- kawan yang tengah on diet still boleh hang around dengan kawan yang menjamu selera .
Kalau ikut hari biasa sebelum musim PKP hahaah kena Que beb. Memang ramai peminat Tappestry
4. Kenny Hills Bakers
Banyaklah instgrammer ambil gambar di sini, dan ada satu spot yang menarik, di luar kedai tu. Tetapi nasib baiklah menu sesedap rupanya heheh. Aku suka mencuba big breakfast di beberapa restoran dan disini antara yang tersedap bagi aku. Ada part mushroom tu yang best. aku bagi 5 bintang.
Dessert peach strudel tu pun ya ampun memang aku rasa puas sangat. Hampir sedap macam yang aku rasa di Perth dulu. Puas hati.
Korang tolonglah cuba tiramisu dia. Jauh beza dari tempat lain sebab ada kacang sekelilingnya. Omaigod, aku ni bukan boleh tulis macam ni. Sendiri tulis sendiri teringin. Esok kena pergi jejak ke erk?? hahahha
Kenny hills Baker ada 3 cawangan
- Ampang
- Bukit Tunku
- Desa Park city
5. Erni & Tina
Kalau korang datang sini korang memang kena try vanilla bean cake, belgian cake. Yang ini aku dah makan bertahun tahun. Jatuh cinta dengan kek premium macam ni. Yelah aku kenal owner dia pun sewaktu sama-sama bekerja satu opis. Aku tahu bahan yang dia gunakan pun memang premium sebab itulah sedap yakmat! Dengar harga pun nganga, Jadi padanlah kek dia sedap.
Ms. tina akhirnya berjaya membuka restoran yang terletak di Cheras ni. Selain dari kek korang kena cuba makanan seperi Salted Egg chicken Rice Bowl dan jugak chicken pesto Carbonara
Anak aku pulak suka makan lime cake dia. Pelik anak aku ni suka kek yang masam-masam tak macam budak lain. Tapi memang sedap pun. Japanase Cream puff alahai so fluffy.
6. Singgang Kuala lumpur
Eh! selain dari makanan western aku pun suka makanan melayu terutamanya makanan yang aku tak berapa pandai nak masak. Dah cuba masak singgang ni tapi tak jadi macam disini. So aku give up, baik aku datang sini sahaja.
So kalau korang masuk ke KL korang kena cuba singgang disini yang terletak berhampiran kampung baru atau pun lebih spesifik berdekatan quill mall city
Terdapat beberapa deretan kedai yang menjual singgang. Aku rasa dah pernah pergi ke sana hampir 20 kali or lebih.
Ada yang aku repeat kedai sama dan ada yang aku main hentam sahaja. Selalunya aku makan singgang daging dan bersama set ulam ulamnya. Sedap oit, tambah pulak dengan ikan goreng rebus dan sambal belacan.
Singgang daging tu ada rasa lengkuas, bawah putih dan bendi. Lepas makan memang rasa badan sedap. makanan orang pantang kan. tapi best
7. Patin Gobang
Dulu aku tak berapa suka makan ikan patin yang licin ni. Tapi sejak sejak dah pekena ikan patin gobang di Temerloh aku jadi tak keruan. Rasa ketagih pulak.
Nasib baik dia orang ada bukak patin gobang di wangsa maju. Kalau dekat dengan puchong ni memang aku dah buat online food delivery ke rumah.
Selain Ikan patin masak tempoyak, ada juga beberapa menu lain. Udang galah, dan gulai gulai lain. Yang pasti kalau ke sini memang kami akan ambil pais tempoyak dan juga gulai patin tempoyak.
Kalau rasa kempunan sangat nak makan patin tempoyak di pahang nun, aku suggest korang datang sini confirm tak menyesal
Jalan Jalan Cari Makan di Kuala Lumpur atau online food delivery pun boleh
Kalau ikutkan banyak lagi list yang aku nak kongsikan. Cukuplah aku kongsikan yang ni dulu. Kang ramai ramai serbu tempat ni terkejut pulak tuan tanah hahaha.
Aku kongsikan tempat yang aku suka mengikut preference aku tapi kalau boleh korang kena pergi salah satu tempat yang aku tulis di atas serius tak menyesal.
Sedapnyaa semua.. Nak try two sons bistro tu.. Ramai kata sedp
saya suka makan jugak tapi terpaksa off dulu, nak dapatkan bdan macam dulu balik!!!!
resipi mna resipi? haha!
hahahahha tungguu
Sonangggg nya order jer! Dok rumah, laypark laypark food sampai. Cuma lagi sedap makan kat restaurant kann? Lagi panas-panas.
Alaa sedap2 makanan dalam gambar tu tapi kita dok jauh ni.. Huhu.. Kalau masih dok kl mesti dah order.. Hee
Mudah ada delivery. Semua nampak sedap-sedap. Banyak pilihan.takyah susah-susah drive gi kedai
Alamak sedapnya Patin Gobang dengan singgang Kuala Lumpur tu , Ni kalau malas-malas duduk rumah stay kat hotel KL semalam boleh oder jer… delivery food Panda he he he
Jalan jalan cari makan memang seronok,
lagi2 yang memang suka makan makan,
ada sahaja tempat makan nak dicuba.
kedai kek memang kelemahan saya, cepat tergoda.
hehe.
Erni & Tina tu saya dah pergi kak …memang terbaiklah …sesekali nak lanjer diri sendiri dengan layanan hotel 5 star memang boleh ke sini….saya suka spicy miso ramen dia kak …merecikkkk angattt … kot akak nak lanjwr saya kat sini memang saya on jerrrr ….bolehlah kita buat review sesama … #ehhhh tiberrrr
ooo suka yang tu erk .. pernah try sekali .. tapi kak azni suka pi sana enjoy kek dia
Tak pernah makan lg huhu
Patin tu, fuhhhh!