Baryani Mohd Shah Batu Pahat memang femes dan memandangkan aku berada kat Batu Pahat ni cuma untuk 3 hari, why not kita cuba. Banyak yg dah ditulis berkenaan Baryani Mohd Shah dan aku rasa korang pun ada yang dah tahu pasal tempat ni. Tempatnya tak jauh dari pusat bandar Batu Pahat.
Lokasi
Kalau dari bandar tu lepas lintas jambatan sebelah kiri tu dah nampak Putra Specialist Centre dan belah kanan tu nampak deretan kedai seakan rest area di lebuhraya. Kat situla gerai Baryani Mohd Shah ni. Kedai dia nombor M14. Parking mmg banyaklah , so tak oayah risau psl nak dapat parking. Tapi memandangkan aku sampai tu dah pu kul 4 petang dah, mungkin banyak parking lot yg losong. Tak pastilah pulak kalau waktu lunch time parkingnya mcmana.
Dengar cerita orang akan beratur untuk dine in dan juga tapau dari tengahari lagi. Queue nya panjang tapi pergerkannya cepat. So kalau korang sampai awal tu nampak queuenya panjang bersabar je..jangan chow pulak.
Aku mmg dah lewat aritu sebab tugasan habis pukul 4 ptg. So cuba nasiblah, alang-alang dah sampai. Lagi puas hati kalau kita sendiri yang rasa , sebab lain orang lain citarasanya.
Aku tengok tak ramai orang. Nampak mcm bukan tempat femes je. Or maybe aku yg dah lambat. Tapi Alhamdulillah rezeki aku , ada lagi baryani tapi baryani kambing dah habis. Yang tinggal baryani ayam.
Rupanya kalau dah time2 mcm nih sama ada dah habis atau tinggal baryani ayam je. Kat kedai Baryani Mohd Shah ni ada jual baryani kambing dan ayam. Memang kambinglah yang akan habis dulu.
Frust jugak bila tahu kambing dah habis. Takpela, lets try baryani ayam dia. Air pulak aku try sirap bandung soda. memang ini dualah pasangannya. Airnya korang order kat kedai sebelah, kedai Mohd Shah jugak tapi department minuman.
BACA : Sodapnya balun Clams
Harga :
Review
Ayamnya perghh memang tender dan lebut. Mcm korang cubit je sikit isinya dah terkeluar, memang lebut. Confirm cara masaknya yg lama untuk nak dapat kualiti isi yg mcm ni. Kuahnya pulak, mild dan kena dengan aroma nasi baryani yg tak terlalu kuat. Ada kedai yg nasinya memang kuat sangat aroma dan berempah.
Nasi baryani Mohd Shah ni nasinya pun jenis mild..sesedap rasa dan lembut. Memang kena dengan ayam tu.
Hidangannya simple je, takde banyak side dish. Nasi, ayam dan kuah. Aku pun x suka sangat kalau ada acar. Untuk seorang yg dah makan semangkuk kecil mi rebus , aku boleh habiskan nasi baryani tu.
So bagi aku memang best dan worth korang try Nasi Baryani Mohd Shah kalau ke Batu Pahat. Aku bayangkan kalau kambing ni mesti lagi syook wooo.
Kalau nak kenalah mai awal ye..kalau boleh before 12.30 tgahari kot.
Acrtually ada satu lagi nasi baryani yg femes Kat Batu Pahat ni iaitu Restoran Bariani Power Batu Pahat, tapi aku skip yg ni dulu sebab aku dah pernah try beriani ni kat cawangannya di Shah Alam. Msg2 ada preference sendiri tapi kalau aku nak bandingkan Bariani Power Batu Pahat , aroma nasinya lebih dan nasinya basah sedikit dari Baryani Mohd Shah.
Setnya sekali dengan acar dan dalca. Ada baryani gam.
Sirap bandung sodanya aku rasa sama-sama power. Premis Baryani Mohd Shah lebih santai dan open. Restoran Bariani Power pulak kosep restoran. Harga pulak sudah tentu mahal sikit daripada Baryani Mohd Shah. Nasi baryani kambing hanya RM8 dan ayam pulak RM7. Harga baryani ayam adan bandung soda yg aku makan RM10
Ok perut dah kekenyangan. Balik hotel dulu. Malam ni insyaAllah nak try sup kambing kat Sintam Sup.
No Comment! Be the first one.