Melancong ke USA : Jom follow aku menyusuri 13 hari pengembaraan keluarga pada bulan November 2023 baru-baru ini. Ianya ibarat satu lagi kenangan yang tak boleh dilupakan bila mimpi dan angan-angan sejak 9 tahun dahulu menjadi kenyataan. Balik dari New York dan Washington terus aim nak jelajah belah west coast pulak
Table Of Content
- Itinerari 13 hari Melancong Ke USA
- Day 1- Tiba di LAX Airport
- Day 2 – Las Vegas Here We Go
- Day 3 – Keajaiban Lower Antelope Canyon
- Day 4 – Las Vegas signage dan factory outlet
- Day 5 – Ketibaan San Francisco
- Day 6 – Painted ladies
- Day 7 – SF Golden gate dan Factory OUtlet.
- Day 8 – Taman Negara Yosemite
- Day 9 – Pacific Coast Highway
- Day 10 – Yeah… Hollywood baby!
- Day 11 – Los Angelas dan Sunset di Santa Monica
- Day 12 – Citadel Factory Outlet & urban light
- Day 13 – Walt Disney Concert all & Selamat Tinggal ke LA
- Entah bila akan sampai lagi
Percutian ini kiranya tiba-tiba, selalunya persediaan jauh macam ni kami ambik masa 6 bulan untuk planning. Tapi kali ini kami decide dalam tempoh 3 bulan kerana harga tiket yang tak boleh kami tolak atau tepis . Giler murah! dan tambahan faktor visa yang akan expired pada april 2024 nanti.
Dan total kos kami 21k untuk 3 orang. Murahlah untuk bandingkan dengan kos orang lain atau melalui travel ejen, kami naik saudi Airlines . Kami laki bini ada tabung travel/rumah heheh so mana2 yang ada keperluan dulu kami pakai. Adalah serdak sikit-sikit sebab baru lepas buat maintenance rumah. Nanti kami spill macam mana bajet yang kami pakai, duit mana yang kami korek, and bayar airlines macam mana hehe.
(okay aku dah update entri aku boleh baca planning and total kos aku pergi trip kali ini)
Ikutkan hati banyak tempat nak cover tapi, tidak termampu disebabkan jarak antara negeri yang agak jauh dan juga kos yang akan tinggi mencanak pula.
Pengembaraan selama 13 hari dari Kuala Lumpur ke Los Angeles ini disusun oleh laki aku sendiri khusus untuk memenuhi kehendak kami 3 beranak yang lain minat lain generasi ini, kombinasi konsep santai, keseronokan dan healing gitu.
Berasap jugaklah kepala dia hehehe.
Dalam itinerari Pantai Barat USA ini aku akan kongsikan sepintas lalu dahulu, dan aku akan tulis pengalaman yang lebih terperinci untuk setiap hari yang kami harungi nanti, ada cerita semua tu.
Itinerari 13 hari Melancong Ke USA
Day 1- Tiba di LAX Airport
Kuala lumpur – Jeddah – Los Angelas memakan masa hampir 24 jam flight hours termasuk transit. Gila weh! berdebar sungguh perasaan aku sewaktu melewati perjalaan dari Jeddah ke Los Angelas kerana melalui kawasan perang palestin. Rasanya korang pun tahu perasaan kalau melewati kawasan perang kan semenjak kes MH370 dahulu lagilah macam-macam fikir.
Debaran kali ke 2, semestinya di airport LAX.
Adakah kami bernasib baik, atau kami disekat terutamanya barangan makanan yang kami bawa bersama-sama. Punyalah ramai umat manusia sewaktu check out dan boleh dengar pelbagai bahasa yang keluar dari mulut mulut pelancong.
Alhamdulillah, dipermudahkan sepertimana kami sama di JFK New York dahulu. Hanya traveller yang paham perasaan kami, kalau dia buat hal nak tahan. Naiya. Banyak kos yang akan terlibat
Union Station
Sebaik keluar dari airport kami terus mencari bas Flyaway ke Union St, di mana pengembaraan kami telah bermula.
Dari Union station kami amik Lyft atau pun grab, dan terus daftar masuk ke hotel yang telah di booking terlebih awal, ada cerita pasal hotel ini, tunggu lah next entri.
Day 2 – Las Vegas Here We Go
Pagi-pagi terus bersiap untuk catch up bas ke ke Las Vegas yang akan ambik masa dalam 4 jam perjalanan. Fuh ada pengalaman suspen juga sebab terkena angin lintang beberapa kali, rupanya itu pengalaman normal untuk kawasan dessert. Nasib baik drebar bas power
Kenapa naik bas? sebab takut jet lag. cover tidor dalam bas
kami turun di check point….. Kemudian kami terus ambik Lyft untuk check in hotel untuk masukkan barangan terlebih dahulu.
Cuaca Las Vegas pada masa ini agak sejuk 18 celcius berbanding Los Angelas. Ingatkan LV lagi panas
Dari hotel ke Las Vegas strip dalam masa 10 minit, so tiada pilihan kami ambik Lyft sekali lagi dan kos dalam RM80.00 huhu. So kami pusing area Las Vegas strip dan kawasan sekitarnya dan ambil kereta di Dollar rent a car
Day 3 – Keajaiban Lower Antelope Canyon
Total perjalanan Ke Lower Antelope dalam 4 jam 30 mini sehala. Jadi kami mulakan perjalanan awal pagi ke Antelope Canyon, ianya seumpama satu keajaiban semula jadi yang menjanjikan pemandangan yang sangat memukau.
Kos masuk ke sini dalam RM1000+ untuk 3 orang. Mahal?? huhuhu memang mahal, tapi bila dah masuk dalam tu terasa amat berbaloi sangat. Takjub dengan keindahan ciptaan ilahi
Cadangnya nak lawat Horseshoe Bend sebelum kembali Las Vegas tetapi we changed our plan Dan hahaa kami kena saman on the way balik tu.
Nanti akan kongsikan dalam next entri, kisah kena saman dan kisah salah faham time zone. Efek sungguh mode tau
8.30 malam sampai ke Las Vegas semula, huhu penat, tapi sempat makan dia kedai nasi arab 2 pinggan untuk 3 beranak yang bernilai RM250++ hoiii.. pengsannn… nasib kita lah.. duit kita ni teruk sangat
Day 4 – Las Vegas signage dan factory outlet
huhu jauh tau kalau Las Vegas ke San francisco, jadi kami decide naik bas sahaja. Jadinya kami ada masa beberapa jam sebelum bergerak naik bas ke San Francisco pada jam 6 petang. Jadi plan utama awal pagi nak ambil gambar kenangan di tanda “Welcome to Las Vegas” yang sangat ikonik, lepas tu cadangnya nak nikmati kopi di kafe berdekatan, dan nikmati window shoppping di factory outlet
Factory outlet ni tak ada dalam plan, tapi eh.. ada pulak ruang nak selit, sempat lah membeli beberapa helai baju untuk hero kecik tu. Dok usha handbag, huhu mahal nya banding trip tahun 2014 dahulu
Jam 6.15 petang kami dijadualkan naik bas ke San Francisco tetapi aduh, ada peristiwa yang makan hati dibuatnya. Bas tu boleh bergerak awal dari waktu yang ditetapkan. Panas hati aku!!
Panjang kalau nak cerita ahahah, itu satu hal belum lagi drama polis dalam bas. Sebijik dalam Movie!
Day 5 – Ketibaan San Francisco
Sepatutnya kami tiba 10 pagi, tetapi disebabkan incident di Las Vegas, kami tiba di San Francisco jam 3 petang. Aduhh, habis kacau plan. sepatutnya dari Union Square ke Lombard Street tapi kami tukar terus ke Pier 39 menikmati clamp chowder malam tu, sambil menyusuri San Francisco dengan tramp
Sangat-sangat sedap yer, huhu harga bole tahan, tapi kami biasalah kongsi 3 beranak sahaja. Jadilah sekadar merasa orang cakap.
Day 6 – Painted ladies
Plan asal ke Golden Gate tapi terpaksa lah susun semua perjalanan kami kerana inciden bas problem dari Las Vegas, Itulah kelebihan konsep DIY boleh je ubah sesuka hari kami. Kami naik bas dan train pergi ke lepas ke painted ladies padang sambil menikmati view san francisco.
Kalau sesiapa follow cerita “full house” pasti kenal rumah ini
Sangat-sangat syok walaupun dalam masa yang sama kami terbau ‘weed’, hampeh betul depa balun selamba je dekat park ni
Kami pusing jalan di Macy juga, tapi harga barangan tidak semurah trip 2014 aku ke new york. Jadi hanya mampu tengok
Malam hari kami pulun repeat di pier 39 lagi, pulun makan clamp chowder and fish&chip, Sedappp. tapi hahah kena hati-hati piliih kedai. Kalau ada masak bacon or pork tu lari jauh-jauh
Day 7 – SF Golden gate dan Factory OUtlet.
Kami dah booked kereta untuk next journey sebab akan pergi ke factory outlet, bermalam di Travelodge Wyndham Turlock untuk pergi ke Yosemite keesokkanya.
Cadangnya Selepas Yosemite kena kena gerak bermalam ke Monterrey pula. Gila fast track kan!
Seawal 9 pagi ke rental car dan meneruskan perjalanan ker San Francisco Golden gate. Tetapi owh ada drama tersalah jalan disini, gila suspen sangat-sangat, ala-ala fast and furios. Nak luruh jantung dibuatnya. Dok pikir kena saman berapa lah agaknya
Pokoknya, ada kereta tu memang senang tapi nak tune pemikiran dari right ke left hand drive gila payah aku rasa. Aku memang tak berani. Dan itu yang berlaku pada laki aku. nanti aku cerita bab ni.
Konon nak belanja sehingga lebam di SF Factory Outlet sebelum melangkah ke destinasi seterusnya. huhu tetap mahal, cuma suami aku dapat beli kasut ECCO, 2 pasang pada harga USD120. Nasib baik beli, sebab tengok dekat malaysia dalam RM800++ ke atas. (aku nyesal tak beli weh)
Aku dapatlah beli handbag Micheal Korss and Kate spade bawah harga RM500
Selepas itu kami terus ke Daftar masuk di Travelodge Wyndham Turlock.
Day 8 – Taman Negara Yosemite
Travelodge Wyndham Turlock kira paling best dan besar dan yang paling penting murah haha tapi kami hanya bermalam beberapa jam sahaja sebab pagi-pagi ini kami teruskan perjalanan menuju ke Yosemite. huhu wish list aku dulu nih.
Bergerak seawal 8 pagi, dan sampai dalam jam 10.30pagi. Pengalaman memandu di jalan-jalan curam agak scary tapi view dia tersangat osem. Banyak tempat boleh kita berhenti dan, paling best kami piknik di sini.
Apa yang menarik di sini, semestinya keindahan taman negara Yosemite memang mengagumkan dan jaw dropped. Memang kami dapat nikmati udara segar gunung dan kagumi keajaiban semula jadi yang lain dari yang lain
Berhenti di beberapa spot menarik, dan siap piknik dan sembahayang di tepi sungai. best woo
Tetapi Jam 4 petang dah kalut keluar sebab nak menuju bermalam di Monterey Surf Inn, kami agak cuak sekiranya jalan tersebut seperti jalan datang dipagi hari, ada yang jatuh terjunam nanti huhu
Day 9 – Pacific Coast Highway
Pacific Coast Highway ni kira dream laki aku pulak, dia memang banyak kali ulang melalui pembacaan ramai yang rekomen untuk menyusuri highway ini dari SF ke LA.
Perjalanan dari Yosemite semalam ke monterery melewati perjalanan dari petang ke malam, jalan-jalan sini huhuh besar tapi kadang waze bawa jalan yang agak sunyi. Agak suspen bila on the way ke monterey tiba tiba ada kabus yang tebal, memang dah pernah baca bab ni.
Jadi bayangkan kami memulakan pemanduan dengan pemandangan yang indah di sepanjang Pacific Coast Highway, dan semestinya kami berhenti di tempat-tempat yang best.
Cuma yang tak best, kami terpaksa patah balik kerana ada tanah runtu di kawasan Higway , hhuhuhu rugi 2 jam. tapi nasib baik view best. So kami patah balik ke MOnterrery and masuk highway ke Los Angelas
Ada drama juga, tak sah lah tak ada drama. Laki aku ni tak isi minyak bila tiba waktunya, so dari satu tempat ke santa barbara, melalui jalan hutan macam taman negara dan tak ada stesyen minyak.
Korang rasa aku patut marah atau tidak.
Sempat sinnggah di santa barbara dan kononnya sempat nak singgah Malibu, tapi masuk jam 6 petang dah macam 9 malam. Sunyi.
Jadi kami teruskan perjalanan terus ke motel di Los angelas
Day 10 – Yeah… Hollywood baby!
Huhuh hotel disini agak mahal, RM400 dapat standard motel yang korang selalu tengok dekat movie. Terasa tak bersih, and karpet yang lama tak bercuci. Tapi takkan lah aku nak duduk di hotel holiday inn. hahaha kopak, mau 1k semalam. Sayang duit oit.
Kira hebat jugaklah laki aku cari hotel yang berdekatan dengan public transport. So pagi-pagi dah plan nak pergi kebeberapa tempat seperti hollywood, Beverly hills, walk of fame.
Tapi kami masih ada kereta, jadi kami cari tempat yang jauh-jauh terlebih dahulu seperti hollywood dan dan Beverly hills. , so kami pulang pada petang hari di Union Station yang senang untuk akses ke lain-lain transportation
Day 11 – Los Angelas dan Sunset di Santa Monica
Dah tak ada transport, so kami pun naiklah public transport semua, bas, metro and lfyt.
Wajib sampai di Hollywood Walk of Fame, wajib singgah Hard Rock disini kata abam. Yang aku cari sangat-sangat star untuk muhammad ali and
Dan puas pusing-pusing area situ kami gerak Santa Monica and cadangnya nak pergi venice cannel yang famouse dengan beberapa movie.
Tetapi keindahan menikmata sunset di santa monica membuatkan kami tidak sempat untuk berjalan di kawasan venice cannel adn
Sangat osem gais sunset tu dengan udara dingin
Day 12 – Citadel Factory Outlet & urban light
Plan sendiri, so kami tukar lah lagi, ikut kan nak pergi je venice tu, tapi tak puas hati tak dapat belikan kasut untuk iman, so we all decide nak pergi ke factory outlet lagi. haaa. kali ini puas hati, pilihan banyak untuk kasut Nike, berbanding dengan 2 factory outlet sebelum ini. Lepas tu tiba=tiba aku pun beli sepasang. EH!
2nd misi untuk berjumpa dengan kawan kakak yang dah lama migrate di LA, walaupun chinese tapi dia masa kecik-kecik dulu kami agak close. Dengan dia lah first time kami rasa kuih bakal tradisional
Kami di bawa makan di satu tempat yang agak famous dengan makanan halal. Tapi Ya alllah portion sangat besar
Day 13 – Walt Disney Concert all & Selamat Tinggal ke LA
Iman tak berapa sihat pulak, ceri beri. Kami syak dia terlebih makan semalam ahaha. kita anak beranak spesies makan sikit.
Ada hati yer nak pagi-pagi nak pergi tengok venice cannel tu, tapi 10x pikir jangan buat pasal hoi, kita kena sampai airport awal sebab kita tak tau faktor jem macam mana kan. Kalau kena tinggal flight errr… mampuih. Tapi sempat ke Walt disney concert hall. Peminat architecture wajib datang.
so tiba time kami nak ke airport kami compare nak naik bas seperti hari sampai atau amik LYFT terus, beza dalam 10usd. So we all decide amik lfty. kurangkan hassle. and kena sabar and cuba beberapa kali untuk dapatkan rate yang terbaik
Entah bila akan sampai lagi
Puas betul berjalan kali ini. semua mode of transportation kami cuba. kira kos perjalan travel paling tinggi antara kesemua trip kami sebelum-sebelum ini. Tapi 21k ni kira murahlah untuk 3 orang. Kalau orang lain mau RM18k seorang.
Tapi hahahah kami agak berjimat cermat especially bab makan, ada hari 2 hari sekali makan nasi hahah. makan maggi and roti sahaja. tapi ada hari siap masak nasik lemak dan lauk sardinn sambil pikinik. Kalau orang yang jenis dapat nasi jugak jugak, mungkin akan pengsan travel dengan kami
Shopping pun tidak semeriah dulu, disebabkan currency yang melampau. Tapi pengalama travel bersama famili yang lebi bermakna sebenarnya. Satu memori yang tak akan kami lupakan.
Nanti aku akan cerita kenangan 1 persatu tempat yang aku pergi dan juga total kos semua tu lah.
follow blog aku tau .. tunggu. kalau nak tau camana kami kena saman, camana laki aku buat aksi fast and furios haihh.. kenangan semua tu
Wahhh.. saya start follow blog akak tahun 2018 sbb sy pon nak ke NY+ Washington masa tu..
X sabar nak baca pengalaman ke West Coast plak. Visa sy last 2027 🙂
Heheh baru update itinerary 13 hari
Bestnya jalan-jalan US.. syok pengalaman tu.. mahal.