Nak juga pergi USA ! Ini cara kami simpan duit dan planning kalau korang nak tahu.

cara simpan duit travel | Korang ada tak plan nak travel Amerika Syarikat? Seriously korang kena bermimpi baru korang ada ‘action’. Aku bermimpi untuk jejak lagi ke bumi USA semenjak aku balik dari trip New York pada tahun 2014. Lepas tu Covid pulak, aduih memang terbuang travel window dekat 4 tahunkan.

Lepas tu paling aku rasa risau, VISA aku ni hanya valid selama 10 tahun. Bermakna akan tamat pada tahun 2024 huhu maka makin kuranglah harapan huhu. Rasa tak ada peluang dah memula tu nak travel lagi ke sana.

Nak buat VISA us ni agak rumit dan mahal yer.. nanti lah aku cerita pulak proses visa USA ni

Lepas tu laki aku kena MSS, kena pindah kerja, cuti pulak payah nak lepas dekat tempat baru ni maka makin susahlah impian kami huhuhu . Tapi kami tetap bermimpi nak jejak Los Angelas, San Francisco, Yosemite. kami terus berangan and bermimpi tanpa henti .. aaa gitu.

US ni best tau, sebab negara dia besar landskap muka bumi dia pun berbeza dan paling best shopping.

Akhirmya masanya tiba, pucuk di cita ulam mendatang, dapat tiket murah, dapat pelepasan cuti so apa lagi.?

Maka jadi lah trip 13 hari Melancong Ke West Coast USA

Cara simpan duit Travel Ke USA

Nasib baik kami dah buat tabung travel & rumah sejak 8 tahun yang dahulu walaupun ada kembung kempis tabung tu. Maka, tidak ada masalah nak grab tiket tersebut bila ada offer. Tiket pulak tersangat murah untuk orang yang nak travel ke USA, hanya RM2689 yer, selalunya RM4000++ ke atas kalau korang nak tahu. kalau pakej pulak boleh sampai RM18k seorang.

Jadi nampak tak kepentingan untuk simpan duit travel ini awal-awal ?

Kalau tak paham lah mai aku spill bagaimana ia membantu merealisasikan impian travel korang

taman

Mewujudkan Dana Melancong

Membina asas kewangan: Mulakan dengan menubuhkan dana melancong yang khusus. Pertimbangkan membuka akaun simpanan berasingan untuk mengelakkan belanja tidak disengajakan.

Tetapi !

Travel ini bukan mandotari, jadi kami buat satu dana gabungan tabung Travel + Rumah, yakni yang mana datang dahulu mengikut keperluan. Pada masa musim PKP, kami banyak menghabiskan dana tersebut untuk baiki dan deko rumah. boleh follow IG rumah aku instagram.com/makeover_no13 tang mana yang aku dah perabih.

Selepas PKP kami buat renovasi semi major sebanyak RM10k -RM20k, dan juga beberapa projek kecil termasuklah segala yang berkaitan dengan rumah. So susutlah sikit duit tu, korang boleh tengok projek Deko aku.

Sewaktu booking tiket tersebut hanya ada dalam RM5k dalam tabung travel. Aduh!! tak cukup, tapi masih ada cara, baca sampai habis.

Menetapkan Matlamat yang Realistik

Takrifkan bajet melancong anda: Kita kena Jujur dengan diri sendiri mengenai keupayaan kewangan. Tetapkan matlamat simpanan yang dapat dicapai yang sejajar dengan pendapatan dan perbelanjaan kita.

Untuk kami memang hanya mampu bajet travel, tidak mampu lah nak tidor di hotel mewah, huhu. Kami ni tak nak abiskan duit pada makanan, jadi kami bawak food dari Malaysia, jimat banyak tau.

Kami memang ada satu joint akaun, aku dan husband sumbangkan RM600 seorang so purata kami dapat kumpul RM1200 sebulan bersamaan = RM14,400.00 setahun.

Lojiknya begini lah,

Tapi disebabkan tabung travel = tabung rumah, jadi jumlahnya ada lah turun naik, bila tetiba ada bocor bumbung rumahlah, tukar sinkilah dan lain-lain.

RM14,400 x 3 tahun = RM43,200 (anggaran kasar), tetapi dalam tempoh itu adalah beberap siri travel kecilan dan projek rumah kecilan yang telah menyusutkan duit kami hahaha

  • Travel singapore
  • Travel Indonesia
  • Travel dalam Malaysia
  • Projek Renovasi 1
  • Projek Renovasi 2
  • Baiki rumah
  • Baiki rumah sewa

Mengikut pengalaman dahulu, travel bajet kami ke Jepun, Turki memang around RM14-RM15k untuk sekeluarga, sebab tu buat bajet RM600 seorang. Sepatutnya boleh cover travel tahunan, tapi itulah .. ada keperluan lainkan seperti yang aku kongsikan ini.

Membuat Bajet dengan Bijak

Membuat bajet melancong: Bahagikan perbelanjaan, termasuk penerbangan, penginapan, makanan, dan aktiviti. Peruntukkan jumlah tertentu untuk setiap kategori untuk memastikan perbelanjaan yang disiplin.

cara simpan duit travel

Setiap tempat yang kami lawati memanglah kos yang berbeza. Travel ke Indonesia selalunya dalam RM3k sahaja pun dah mewah sangat.

Sebelum travel buatlah pecahan bajet yang terperinci untuk semua kategori di atas.

Untuk travel ke US ni projection bajet kami memang dalam jumlah RM20-RM23k. Duit tabung tak cukup disebabkan aku cakap awal tadi, tabung travel = tabung rumah, jadi aku dan husband ambiklah dari tabung personal sendiri dari ASB atau tabung haji dalam RM5k seorang top up untuk tabung travel pada masa ini.

Laki aku siap buat simulation costing booking lyft (grab) if travel dari satu tempat ke satu tempat ikut waktu sana. Siap boleh tahu waktu mana yang murah, waktu mana yang mahal, punyalah nak jimat kos.

Memotong Perbelanjaan Tidak Perlu

Kenal pasti keperluan dan kehendak: Kenal pasti dan potong perbelanjaan tidak perlu. Pilih makanan buatan sendiri, hadkan pembelian impuls, dan batalkan langganan yang jarang anda gunakan.

Kalau betul betul kesempitan wang tapi korang nak travel, korang reviewlah perbelanjaan korang. contoh dulu aku potong ASTRO masa PKP yang berjumlah RM150 sebulan.

RM150 x 12 bulan = RM1800.00 setahun

Banyak jugakkan, dah boleh buat bajet untuk makan-makan ni!

Kami tidak shopping beberapa bulan sebelum tarikh melancong melainkan beli barangan dan baju tambahan untuk anak yang lama tak ada baju baru. Kami pi mall tapi survey harga sahaja, supaya sampai US nanti tidaklah jadi sasau nak shopping semua benda.

cara simpan duit travel

Mencari Tawaran Melancong

Buru tawaran melancong: Pantau promosi dan diskaun untuk penerbangan dan penginapan. Kefleksibilitian dengan tarikh perjalanan boleh membawa kepada penjimatan yang ketara, macam kami memang rezeki sangat bila SAUDI Airlines buat promosi tiket .

Bayangkan promosi pada masa itu RM2,400 untuk ke Turki, dan RM 2,689 untuk ke USA ! haa… fenin tak nak pilih?

Walaupun kami target untuk ke Turki pada mulanya sebab rasa tak mampu untuk repeat US tetapi bila ada peluang begini, so kami terus tukar plan untuk ke USA walau pun ambik masa travel ini makan masa hampir 24 jam, kedua sebab VISA yang nak expired, dan juga peluang cuti yang dibenarkan oleh boss suami aku.

Jadi kami terus tiket grab tiket US! Sebab rasanya lepas ni memang tak akan ke US dah sebab Visa dah tamat.

Rajin-rajinlah follow mana-mana page travel , atau pun follow social media airlinescuma customer service Saudi Airlines ni sangat teruk!!

Aku memang serius study bab airlines nih, korang boleh baca tips 15 cara dapat tiket flight murah

Memahami Kos Makanan di tempat orang

Sediakan bajet makanan lebih awal: Anggaplah persediaan makanan sebagai seni untuk mengelakkan perbelanjaan makanan yang tidak perlu hahha. Ini bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi untuk pastikan berselera dan bertenaga sewaktu di sana.

Sangat mahal yer kos disana dan makanan halal selalunya mahal. Kami makan nasi arab di LAS VEgas 2 main dish berjumlah RM270.00. Pengsan oit. Nak murah sikit makanlah di Food truck dalam jumlah RM120.00, kami suka makan nasi karzahkstan. Sedap oit.

kad

Cuma tidak semurah food truck di New York, disana bersepah food truck halal.

Memandangkan kesemua ahli keluarga peminat sambal jadi kami banyak sedia bahan-bahan seperti cilir garlic, sardin, sambal tomata sewaktu di sana.

Nasib baik kami semua bukan lah jenis kuat makan, 2 pinggan nasi boleh dikongsi untuk 3 beranak. dan cukuplah makan nasi sehari sekali.

Sebab itu kami malu malu nak ajak orang travel bersama sebab kami sebab kami boleh je hidup makan roti dan salad kalau travel

Menggunakan Teknologi untuk Simpanan dan belanja

Gunakan aplikasi bajet: Manfaatkan teknologi untuk mengawasi perbelanjaan korang. Pelbagai aplikasi bajet boleh membantu anda memantau tabiat belanja anda dan mengenal pasti area untuk penambahbaikan.

Nampak kecilkan!, tapi sangat membantu, banyak sahaja dalam apps store dan google playstore yang tawarkan apps untuk budgetting and financial ini. Sebelum pergi travel ke US aku memang menahan diri untuk tidak membeli sebarang kosmetik sebab aku tahu disana lebih murah.

Eh aku dpt beli 6 barang kosmetik branded hanya 60USD! berbaloi aku tahan nafsu shopping sebelum pergi.

Kami juga ada working file excel, projection untuk tabung travel. dari situ boleh tahu lojik atau tidak untuk travel sekian date.Jadi korang kawallah perbelanjaan korang agar tidak membeli barang yang korang boleh ‘puasa’ untuk membeli dengan monitor and tracking pembelian

Satu lagi pasal apps ni aku gallkakkan ko pakai wise, korang boleh beli duit sikit2 and top up untuk future travel korang. in fact pakai ni tak payah pi currency exchange dah . nah korang boleh install order kad wise nih DAFTAR SINI . Boleh link dengan akaun korang untuk senang transfer duit.

wise

Memanfaatkan Cashback dan Ganjaran kredit kad

Maksimumkan cashback dan ganjaran: Gunakan kad kredit yang menawarkan cashback atau ganjaran melancong. Pastikan penggunaan yang bertanggungjawab untuk menikmati faedah tanpa menanggung hutang.

Semasa pembelian tiket kapal terbang yang berjumlah RM8,600.00, aku telah menggunakan kredit kad dengan Bank OUB bank, kemudian aku bayar dalam RM 1,500 sahaja dari tabung travel kami. Duit cash yang ada untuk kami buat booking benda2 lain seperti kereta, entrance fee untuk lower antelope canyon.

Jadi cash yang ada lebihan dalam tabung travel kami boleh stanby untuk pembayaran kredit kad disana nanti.

Kemudian baki hutang tersebut aku pindah ke akaun Maybank untuk menikmati 0% payment untuk 12 bulan. Hutang ini akan habis bulan August 2024 nanti, duit bayaran itu adalah dari RM1200 bajet travel bulanan kami itu. So maknanya, tbg travel kami dari januari – dec 2024 hanya RM9600 dek kerana nak settlekan hutang CC tersebut.

Aku suka pakai CC sebab dapat track perbelanjaan dan juga kali ini kami amik CC travel untuk menimati premium lounge. heheh dah jimat dah makan di airport sebelum boarding.

Mencari Penginapan yang Mampu Dimiliki

Terokai penginapan mesra bajet: Pilih hostel, Airbnb, atau hotel bajet korang boleh bandingkan dari segi apa yang korang inginkan.

Spesifik untuk travel ke USA ini Airbnb murah, tapi bila ada kos pembersihan ni yang jadi mahal, dan kebanyyakkn agak jauh dari tempat pengangkutan

Jadi tiada pilihan kami pilih hotel yang murah-murah tapi murah pun dalam RM400.00. Cuma satu hotel yang laki aku pilih tu rupanya agak memberhaya . hampeh tul laki aku nih.

ini basic harga hotel yang kami dapat

  • Los Angelas 1 = RM 338.06
  • Las Vegas 1 = RM 792
  • San Franciscov = RM810
  • Modesto = RM
  • MOnterey = RM
  • Los Angelas 2 = RM1549.14

Menggunakan Kesabaran dalam Melancong

Tunggu jualan dan promosi: Amalkan kesabaran dan tunggu jualan musim atau tempoh promosi untuk menempah penerbangan dan penginapan pada harga yang lebih rendah.

Ikutkan nafsu memang nak travel sentiasa, tapi kena kental! untuk orang yang income median seperti aku laki bini, kami pegang biarlah travel ke tempat yang berbaloi dan kami tak suka menanggung hutang.

2019 kami travel ke Turki, kemudian kita PKP, kami sabar dan sabar sehinggalah pada tahun Dec 2022 barulah kami travel ke Bandung. Kemudian kami sabar dan kumpul duit lagi untuk pergi travel ke Turki atau tempat lain.

Akhirnya bila ada promosi yang terbaik barulah kami terus booked tiket ke Los Angelas, memang terkejut semua orang dengar harga tiket kami tetapi yang tak bestnya currency pula agak teruk sewaktu kami travel ke sana .

Habis 21k pun aku puas hati atas kesabaran aku.

Cari Pendapatan Sampingan

Terokai kerja sampingan: Pertimbangkan pekerjaan separuh masa atau peluang bebas untuk meningkatkan pendapatan anda. Guna pendapatan ekstra ini secara eksklusif untuk dana melancong anda.

Selain dari blogger aku juga nano influencer, tapi tidaklah hebat mana, boleh lah buat top top duit orang kata. kalau ada 2k pun dah membantu sangat. Nak harapkan duit gaji sahaja memang tak cukup lah nak shopping nanti.

Kesimpulan

Dalam entri sebelum ini aku pernah tulis tips menabung untuk travel tapi yang ini apa yang aku buat untuk travel ke USA tempoh hari. 21k tapi aku puas dan berbaloi.

Secara keseluruhan, menyimpan wang untuk pengembaraan ke USA ini memerlukan keazaman dan perancangan strategik sebab jumlah yang besar ( bagi aku lah)

Jangan ikut rentak orang lain, ikut rentak poket kita. 21k mungkin amaun yang kecil untuk orang lain, tapi ianya besar untuk kami sebab selalunya kami travel hanya 15k untuk 2 minggu.

Ada orang mampu setahun 2 kali travel, tapi kami tidak mampu untuk bermewah seperti itu sebab ada benda lain yang kami perlu pikirkan.

Add Comment

error: Content is protected !!