Zaman sekarang ni kaum lelaki pun dah mengambil berat tentang penjagaan diri tau. Antara barang yang biasanya diperlukan ialah pembersih muka. Memang banyak pembersih muka yang ada di pasaran tetapi kebanyaknya tersendiri dan ianya tak boleh digunakan sebagai sabun mandi. Ini yang aku nak share pasal mandian dashing 2 in 1 ni.
Table Of Content
Lelaki cuci muka kah ?
Aku rasa produk ini amat sesuai untuk mereka yang mementingkan penjagaan kulit dan nak mudah macam aku. Isteri aku selalu bebel kenapa lah malas nak cuci muka, End up aku “pow” facial form bini aku lah . hehehheh
Produk ini adalah keluaran jenama yang memang popular iaitu Dashing, ianya adalah Mandian Dashing 2 in 1 untuk muka dan juga badan. Selain daripada mempunyai kualiti pembersih yang menyegarkan, konsep 2 dalam 1 ni amat memudahkan.
Pernah jugak aku beli pembersih muka. Bukan tak pernah. Tapi orang laki ni memang tak rajin macam orang perempuan. Selalu nampak renyah sahaja .
Nak mandi guna sabun atau buih mandi dan bila nak basuh muka guna yang lain pulak. Kadang tu bila dah siap mandi , rasa malas pulak nak cuci muka. kan dua proses yang berbeza ni.
Bila aku jumpa dengan produk ni, why not aku cuba.
Memang menyenangkan. Buih mandian yang sama kita sapukan pada tubuh kita dan sekaligus sapu pada muka. Settled. Habis mandi, badan pun bersih dan wangi, muka pulak rasa fresh. Tak perlu lagi nak mengadap cermin untuk cuci muka pulak.
Lagipun kita dapat jugak jimatkan ruang di bilik mandi kita.
BACA : 3 in 1 facial cleanser Zing yang mudah untuk travel
Kesegaran yang Awesome Mandian Dashing 2 in 1 dan baunya yang Best
Bila dah mencuba beberapa kali memang aku dapat rasakan, Kulit kita rasa segar dan tidak kering. Kelembapannya pun bertahan lebih lama.
Satu lagi yang aku suka ialah baunya. Aku perasan baunya berkualiti. Tak macam ada sesetengah produk yang baunya sama saja. Untuk pengetahuan you all BuihMandian Dashing 2 in 1 Muka dan Badan ni diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT). EDT ni adalah formula yang didapati dalam minyak wangi.
So sebab itulah aku katakana wangiannya berkualiti dan tahan lebih lama. Terdapat 4 variasi pewangi iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Aku dah bau kesemuanya best.
Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.
Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, ia dapat membersihkan kotoran dan minyak berlebihan pada wajah agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.
Jadi korang boleh gunakan mana yang berkenan yer.
Bagi aku, aku suka Active dan Hattrick. Baunya lebih maskulin. Untuk Cool dan Ultimate Kick baunya sweet dan harum. Ikutlah taste masing-masing.
Ok, untuk harganya, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml.
Empat jenis pilihan
Di bawah ni, aku sertakan sekali serba sedikit maklumat tentang kandungan setiap variasi wangian produk ni
COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.
ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.
ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.
HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.
nak citer banyak hehehe sangat subjektif kan, tapi korang boleh refer website dia orang untuk info lebih lanjut
Bagus review ni sampai rasa nak bertukar la gunakan dashing.haha….
Bau sedap Dashing ni..tapi pelik kenapa laki ema tak suka lak..
laaa pulak… kak azni pun pakai hahaha.. sbb suka bau mcm nih .