Komputer dan Games solitaire | tiba-tiba aku teringat kisah 27 tahun dahulu, kisah zaman Universiti di utara nun kiranya tahun 1995. Yerlah semua pernah jadi student dan harung kampus life, lepas tu baru-baru ni bila kecohlah kisah lecturer tu marah student takde laptop belajar dalam kelas dia.
Table Of Content
Memang aku pun tak boleh bayangkan bagaimana dia buat assignment terutamanya yang melibatkan kerja kursus yang perlu menggunakan komputer juga. Yelah mungkin dia B40 tapi akhirnya terbongkar kisah sebenar student tersebut dan paling kesian teruklah prof tu kena bahan dengan netijen
Personally, sepatutnya pada zaman sekarang memang patut student tu ada benda keperluan asas untuk belajar, HP boleh ada laptop pulak tak ada. Mungkin boleh pinjam laptop kawan kan?
Zaman Universiti 27 tahun dulu
Aku belajar di USM pada tahun 1994-1998. hampir 27 tahunkan. 2 keperluan asas untuk aku pada masa itu adalah komputer dan motor. Tak ada dua-dua ni memang teruklah wey. Bayangkan nak panjat bukit di pusat bahasa di USM tu amik masa 30 minit kut. Sampai kelas mesti berpeluh dan selalunya mintak time break dengan lecturer nak habiskan penat
Benda kedua yang penting adalah komputer .
Alkisah pada 2 tahun pertama di Universiti hanya mampu pakai typewriter. korang bayangkan bagaimana menaip asignment dengan typewriter tu . Parok oo kalau silap, nak ubah or tukar paragraph memang susah gila, melainkan ko menulis tangan dulu dan hanya mengikut semula catatan ko bulat bulat.
heheh sekarang ni dengan komputer canggih, dan internet pulak ada, sepatutnya kerja jadi lebih mudahlah itupun pun budak-budak U zaman sekarang, bagi macam-macam alasan nak siapkan assignment
Akhirnya pada tahun ke 3, aku bodek abang and kakak aku pada masa itu nak beli komputer. Alhamdulillah senanglah hidup aku. Malah kawan-kawan aku pun turut tumpang komputer aku nak buat assignment. KOmputer ini juga dipakai oleh husband aku pada tahun 1998 sewaktu dia giat nak mencari kerja pada masa itu.
Eh! aku tak ingat kesudahan hikayat komputer dimana. Tapi selain dari buat kerja assignment, hahaha masa itulah aku belajar benda baru
Komputer dan Games solitaire, kemaruk weh!
Selain aku nak cerita kelebihan komputer vs Typewriter. Aku ada kisah lucu yang aku tak boleh lupa sampai bila-bila. Kalau cerita dengan anak aku pun sure dia tak percaya sebab aku selalu je bising dia main game tak berhenti-henti, jadi dalam hati dia mak dia ni tak fahamlah jiwa seorang gamer hahaha. Iman dalam proses nak pujuk beli komputer lagi besar lagi canggih kononnya. Macamlah mama dia tak tau tujuan untuma nak main game. Cuma itulah aku cakap tunggu keputusan nak masuk Asrama atau sekolah biasa. Kang mama hang pulak dok main game sakan.
hello iman … “Mama been there, done that“ kita lagi dulu makan garam laaa
Ya ampun, aku ngaku aku bukanlah pelajar yang baik . Aku rasa 40% sahaja buat assignment, lepas tu aku main games sollitaire dan jugak tengok movie.
Masa tu aku pakai PC yer , besar gedabak atas meja. Sekarang ni aku rasa orang yang into Gaming sahaja yang suka pakai PC, orang lain prefer pakai laptop disebabkan faktor mobiliti
Kalau tak ada kelas pagi-pagi aku terus On komputer dan main game. kadang memang tak boleh berhenti. Yelah masa tu mana ada hp nak contact boypren or nak chatting. Aku pulak bukanlah kaki tidor, tapi baca buku tu malas hahah. Selain berpoya poya dengan kawan kawan sewaktu lapang aku juga kemaruk main games solitaire nih.
Ish tak tau lah nak cerita betapa aku addicted
Tapi aku rasa anak aku macam kurang main game sebegini, untuk umur dia mungkin suka game yang tembak-tembak kut. Aku pulak suka games yang ada strategy macam ni. Boleh jadi ketagih. Nak lagi dan lagi dan lagi. Selalu terbayang macam manalah situasi orang main dekat kasino. heheh ini main dalam komputer sahaja kira tak berdosalah kan!
alang-alang aku dah cerita pasal solitaire nih korang tahu tak beberapa fakta menarik yakni games ini. Sekarang ni macam aku pengguna macbook, aku lebih mudah untuk masuk secara online untuk games solitaire
Best ooo layan solitaire secara online pun, satu lagi game yang aku rasa nak cuba main mahjong hahaha, ni sebab aku tgk movie crazy rich asian tu, macam best je
Fakta menarik Games Solitaire
- Permainan Solitaire telah dicipta oleh seorang bangsawan Perancis semasa dia dipenjarakan di Bastille
- Rujukan cetak terawal permainan solitaire dunia muncul pada 1746, menurut Oxford English Dictionary (OED)
- Perkataan solitaire berasal dari Latin solitarius.
- Permainan Microsoft Solitaire PC kini berusia 28 tahun.
- Nama lain untuk Solitaire ialah Sabar.
- Solitaire mungkin telah digunakan untuk meramal nasib.
- Istilah “asas” adalah penting untuk permainan.
- Terdapat pemain solitaire profesional
- Mungkin terdapat lebih banyak jenis solitaire daripada semua permainan kad lain bersama-sama
No Comment! Be the first one.