Kesan OPR naik pastinya akan memberi kesan langsung terhadap BR (base rate) dan sekaligus memberi kesan kepada pengguna yang mempunyai hutang dengan bank. Rasanya kita semua ada hutangkan, hatta personal loan or hutang courst mamoth or AEON Credit. Dengan kata lain kesan kenaikan opr kepada rakyat
Table Of Content
Syabas untuk mereka yang tidak ada komitmen hutang, hehehe sangat rare untuk kita jumpa tapi bukan tak ada lansung tau. Ada….Kalau jumpa orang macam tu ko kena tanya ilmu apa dia pakai, wajib tau! korek abis abisan yer
Fahami kedudukan kewangan kita
Ini yang aku baca dari FB Afyan Mat rawi. Entahlah aku suka betul baca tips-tips kewangan percuma dari dia orang ni, ramai lagi korang boleh baca. Ada orang tak amik kisah dengan pusingan ekonomi dunia, tapi kalau korang ambik tahu korang boleh tahu cara yang terbaik untuk tinggatkan simpanan, kurangkan hutang dan sebagainya.
Rajin-rajinlah visit dan check kedudukan kewangan korang sehingga korang pencen nanti Paling senang kalau korang refer dekat tool macam saving calculator boleh bantu korang untuk predict atau estimate simpanan yang korang kena ada nanti ataupun plan nak habis hutang dengan cepat.
Macam aku yang dah tak berapa muda ni pulak, aku memang pandang serius benda ni sebab aku dah kena plan untuk retirement or pencen nanti. Kesan OPR naik dan faktor inflasi memang akan kacau planning aku untuk wang pencen.
Semua orang kecoh dekat sosial media pasal OPR tu naik dan naik dan naik. Tapi sejauh mana korang paham kenapa OPR naik , dan kesan OPR naik kepada korang sendiri ? Jadi apa yang mampu kita buat membaca dan mencari tips kewangan semasa inflasi
Basically, apa yang aku paham dengan kadar inflasi sekarang OPR pastilah naik. Mari aku nak share apa yang aku nampak pasal OPR nih hasil pemahaman aku dengan membaca beberapa sifu kewangan.
2 benda paling terkesan OPR Naik
Yang pasti 2 benda ini pasti akan berlaku kesan opr pada pinjaman kita
- Bayaran ansuran dengan hutang bank akan bertambah, atau
- Tempoh bayaran ansuran hutang bank akan bertambah.
Ia terpakai untuk mana-mana hutang bank yang menggunakan floating rate / variable rate, seperti
- hutang ASB
- hutang perumahan
- sesetengah hutang kereta
- sesetengah hutang personal financing
Tiada Kesan bagi hutang bank flat rate
Bagi fasiliti hutang bank yang berkadaran tetap atau flat rate, ia tak berubah, seperti
- hutang “personal financing” / “personal loan”
- hutang kereta
- sesetengah hutang perumahan, contohnya LPPSA
(Hutang PTPTN, hutang court mamoth, hutang dengan kawan yang dah lama kau tak bayar pun tak terjejas kadar bayaran ansuran dan tempoh hutang. Tinggal lagi kau nak bayar atau tidak)
Kesan kenaikan OPR kepada Perbankan Islam dan Konvensional
Yang pasti Kesan OPR naik ini terpakai untuk kedua-dua perbankan Islam dan konvensional. Oh, nanti akan ada yang kata
“kan aku dah kata, bank Islam pun riba juga. OPR naik, dia pun naik”
kata orang
Rileks. Selalunya yang kata gitu tak memahami pun kontrak produk perbankan Islam.
Bagi hutang dengan perbankan Islam, kadar naik turun OPR tidak menjejaskan jumlah bayaran balik hutang bank sebagaimana yang termaktub di dalam kontrak. Yang berbeza hanyalah jumlah ataupun tempoh ansuran.
Ia akan ada kadar siling.
Tapi bagi perbankan konvensional, tidak ada dalam kontrak jumlah bayaran balik hutang. Ia 100% bergantung kpd naik turun OPR dan BR. Semaklah dalam kontrak hutang bank konvensional, takkan ada jumlah bayaran balik hutang sebagaimana dalam perbankan Islam.
Ramai yang kurang faham apa maksudnya jumlah bayaran hutang dalam perbankan Islam tak berubah, walaupun OPR berubah atau Kesan OPR naik kepada mereka
Maksudnya begini;
Bayaran hutang yang termaktub dalam kontrak perbankan Islam tak berubah. Ia ditulis secara jelas dan bayaran balik takkan lebih jumlah yang ditulis.
Berbanding bank konvensional, hanya nyatakan kadar sahaja tanpa jumlah bayaran balik hutang. Berapa jumlah bayaran balik? Tidak dinyatakan dalam kontrak dan ia 100% bergantung kepada naik turun OPR.
Nampak tak kesan OPR kepada pinjaman ini ?
Tengok balik dalam kontrak perbankan Islam, berapa harga jualan atau bayaran balik hutang.
Contohnya
- rumah yang harga RM200,000, harga jualan bank / hutang RM500,000
- Harga jualan bank atau hutang RM500K tersebut, takkan lebih.
- Yang berbeza ialah bayaran ansuran bulanan.
Contohnya ada bulan kena bayar RM1000. Ada bulan kena bayar RM1100. Ada bulan kena bayar RM900. Bergantung kpd kadar OPR semasa. Jumlah tadi sekadar contoh.
Ia 100% bergantung kpd OPR dan jika OPR berterusan naik, ada kemungkinan bayaran lebih tinggi daripada RM500K tadi.
Untuk makluman, dalam sejarah, kadar faedah bank-bank di Malaysia pernah naik sehingga melebihi 10%!!!
Apapun hidup tanpa hutang adalah lebih tenang. Tidak kira hutang dengan perbankan Islam atau konvensional.
Lagi kurang hutang, lagi bertenang.
Untuk memahami konteks harga jual tu, rujuk posting ni https://afyan.com/apakah-tawaruq-murabahah-comodity…/
Berbeza dengan hutang konvensional, takkan ada harga jualan balik atau total hutang yang pengguna akan bayar sepanjang tempoh pinjaman.
Apapun, hidup tanpa hutang adalah lebih tenang dan tenteram. Lagi kurang hutang, lagi tenteram hidup ini. Tak kira la hutang bank atau hutang kawan. Jauhkan sama sekali hutang dengan perbankan konvensional.
Bagaimana kenaikan OPR boleh menurunkan inflasi?
Pening juga nak faham, tapi ini teori dan analoginya untuk menerangkan kenapa bank negara malaysia terpaksa menaikkan OPR. Macam tak masuk akal , tapi itulah cara orang yang kawal ekonomi negara. Mereka melihat secara Makro demi kesejahteraan Negara dan Rakyat
Sebaik sahaja tamat PKP, rakyat dilihat mula berbelanja banyak dan ia dapat dilihat apabila
- Jalan raya semakin sesak,
- pusat peranginan mula sesak,
- pasar raya makin penuh,
- hotel dan homestay banyak yang fully booked.
Ia ada kaitan dengan apa yang berlaku selama 2 tahun PKP:
- moratorium beberapa kali
- I Sinar, I Citra
- pengeluaran KWSP RM10,000
OPR diturunkan beberapa kali sehingga paras paling rendah dalam sejarah sepanjang PKP tersebut.
Jadi apabila PKP ditamatkan dan rakyat kembali bebas, ekonomi dilihat semakin pulih dan dalam masa sama harga barang semakin meningkat apabila permintaan semakin tinggi. Sebab itulah proses check and balance.
Bagaimana OPR membantu betulkan ekonomi negara
- Apabila OPR, kadar ansuran akan meningkat.
- Apabila kadar ansuran meningkat, rakyat kurang berbelanja.
- Apabila kurang berbelanja, maka demand pun akan berkurangan.
- Apabila demand berkurangan, harga tidaklah naik tinggi sangat.
So ini adalah salah satu praktis untuk mengimbangkan ekonomi. Bukan sahaja Malaysia tapi semua negara di Dunia ini.
Perubahan OPR Terkini
Pada 3 November 2022, Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan OPR sebanyak 0.25% kepada 2.75%, ini dilakukan selepas ia dinaikkan kepada 2.50% pada September lalu.
- 8 September 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25bps kepada 2.50%
- 6 Julai 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.25%
- 11 Mei 2022 – Kenaikan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.00%
- 7 Julai 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 1.75% (terendah dalam sejarah)
- 5 Mei 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 50 bps kepada 2.00 %
- 3 Mac 2020 – Potongan Kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.50%
- 22 Januari 2020 – Potongan kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 2.75%
Seram pulak membacanya.. tapi bagus juga jadi peringatan tuk lebih berhemah dalam berbelanja.
Nice sharing kak azni. Huda lagi suka hidup sederhana apa yang ada,dari nampak mewah tapi hutang. Xsanggup hidup runsing sampai tua fikir hutang.
Baru faham OPR ni. Tq share kakAzni
Memang seram tengok. Kita hidup biasa-biasa jela taknak banyak hutang