Kasut larrie di pagi raya? Why not kan. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan penting bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan satu lagi peluang bagi kita untuk menyambut kedatangan Syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Selain daripada mempersiapkan baju raya, kasut raya juga merupakan satu perkara yang perlu diambil kira untuk menambahkan lagi kesempurnaan penampilan kita pada hari yang mulia ini.
Table Of Content
Tidak lengkap sekiranya berbaju Melayu atau sepersalinan Baju Kurung di musim perayaan Aidilfitri tanpa sepasang kasut yang memainkan peranan penting untuk tampil bergaya. Sempena dengan Aidilfitri 2023, LARRIE berbesar hati untuk memperkenalkan koleksi baharunya yang bertemakan “Milano Flair”. Koleksi “Milano Flair” diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen
Kasut raya yang selesa dan bergaya dapat meningkatkan kepercayaan diri dan membuatkan kita merasa lebih baik tentang diri kita sendiri. Salah satu jenama kasut yang boleh dipertimbangkan ialah kasut Larrie.
Sejak-sejak terkena sakit plantar facities 3 dahulu, aku memang lebih berhati hati memilih kasut supaya tidak cedera lagi seperti dahulu. Untuk yang memilih gaya kasual pada Aidilfitri, Larrie menyediakan pilihan kasual untuk para wanita . Didatangkan bersama kusyen di dalam tapak kasut yang tebal dan lembut ,kelebihan ini membantu menyokong dan memberikan keselesaan kaki sepanjang hari kepada si pemakai.
LARRIE Untuk Si Jejaka
Menampilkan gaya yang bergaya, selesa serta sempurna untuk ziarah-menziarahi pada Aidilfitri kelak. Musim ini, LARRIE membawakan anda koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas yang didorong oleh fesyen Milano yang terkenal dengan gayanya.
LARRIE Untuk Si Anggun
LARRIE memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni untuk disuaipakai pada Aidilfitri. Juga diinspirasikan gaya Milano yang bergaya, koleksi ini menampilkan selipar, sandal dan Mary Jane dalam warna pilihan wanita kini seperti merah jambu limau, biru diraja, dan putih romantis. Untuk mencipta rupa yang bergaya dan menawan, mereka yang anggun boleh menggunakan kasut sneakers jenis wedge dengan tapak kasut yang tebal dan selesa, sesuai dipadankan dengan Baju Kurung atau Baju Kebaya.
Bagaimana Memilih Kasut Larrie yang Sesuai?
Apabila memilih kasut Larrie untuk dipakai pada hari raya, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Antara yang perlu diambil kira ialah:
1. Keselesaan
Pastikan kasut yang dipilih selesa dipakai sepanjang hari. Jangan terlalu fokus pada penampilan kasut sahaja tetapi abaikan faktor keselesaan. Tak ceria nanti dihari ray.
2. Saiz Kasut
Pastikan saiz kasut yang dipilih adalah saiz yang betul. Saiz kasut yang terlalu kecil atau besar boleh menyebabkan ketidakselesaan dan menyebabkan kaki terasa sakit.
3. Jenis Kasut
Pastikan jenis kasut yang dipilih sesuai dengan jenis pakaian yang dipakai pada hari raya. Jangan memakai kasut formal dengan pakaian yang kurang formal dan sebaliknya.
4. Kualiti Kasut
Pastikan kasut yang dipilih mempunyai kualiti yang baik. Kasut yang berkualiti tinggi tahan lama dan boleh dipakai pada pelbagai majlis pada masa hadapan.
Cara Memadankan Kasut Larrie dengan Pakaian Raya
Selepas memilih kasut Larrie yang sesuai, langkah seterusnya ialah memadankan kasut dengan pakaian raya yang dipilih. Antara cara untuk memadankan kasut Larrie dengan pakaian raya ialah:
1. Padankan Warna
kasut dan pakaian mempunyai warna yang sepadan dan serasi. Anda boleh memilih kasut dalam warna yang sama dengan pakaian raya atau pilih warna yang serasi.
2. Padankan Jenis Kasut
Pastikan jenis kasut yang dipilih sesuai dengan jenis pakaian raya. Kasut formal sesuai dipadankan dengan pakaian formal manakala kasut semi-formal sesuai dipadankan dengan pakaian yang lebih santai.
3. Padankan Aksesori
Tambahkan aksesori seperti tali leher atau rantai emas untuk menambahkan lagi keanggunan pada penampilan
Dimana beli kasut Larrie ?
Koleksi Aidilfitri Larrie in boleh didapati di semua gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan pilihan kedai dalam talian di larrieshoes.com dan larrieconceptstore.com serta di Shopee, Lazada dan Zalora.
Harga produk bermula dari RM 99.00 hingga RM 399.00. Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, layari larrieconceptstore.com atau www.larrieshoes.com. Gunakan #Celarriebrationraya2023 untuk lihat dan berkongsi koleksi LARRIE Aidilfitri terkini di media sosial
No Comment! Be the first one.