Sejak ASB announce dividen, berpusing pusing aku cari buku aku. Rasanya dalam bulan 9 ada pergi update buku. Haish.. dalam hati terdetik, macamana kalau hilang buku ASB? ini entry awal yer, sekarang bagi no IC pun dah okay kan.?
Table Of Content
Kalau buku bank biasa memang dah tahu proses. Ini buku ASB. tambah pulak buat Loan ASB. Biasalah aku ni, belum apa apa dah panik. Dok pikir apa worst scenario yang boleh berlaku. Mesti nangis tak berlagu, hhuhuhuh… kalau korang??
Takut Duit dalam ASB pun hilang
hahhaha biasalah minah panik macam aku, tah apa-apa kan
Pak Guard Bank Bikin Cuak
Nak tau kenapa aku panik? Sebab ada satu masa tu aku pernah pergi CIMB dekat sri petaling. Tanya dengan pak guard or officer.. memang tak berapa nak ingat. Tapi yang aku ingat. hahah kena buat report Polis. aduhai .. terus terbayang keremehan nak buat benda ni dan segala mak nenek punya proses yang ishhh! tak payah nak cerita lah
So memikirkan ini, kepala dah serabut. cari cari tak jumpa jugak! giler tak stress hahahah
so,… aku pun mulalah google dan tengok website PNB sendiri sebab panik sangat hilang buku asb ini kan.
BACA : akhirnya aku buat loan ASB
Conclusion dari hasil research aku.,Website PNB ni tak bagi maklumat yang cukup untuk kes macam ni.. simple benor penerangannya.
Nasib baiklah jumpa info dekat satu blogger nih, bagus. jadi aku pun nak buat entri ni.. incase orang lain search keyword yang lain pulak. Korang jumpa blog aku ni pakai keyword apa ? heheh
Senang sangat rupanya so ni untuk my case yang dok selangor. ada option beberapa tempat. Korang kena cari pejabat ASNB. Jangan pergi bank, sebab bank ini macam 3rd party sahaja. Terus cari tempat sebenar dia hahaa.
Langkah-langkah bila hilang buku ASB
Cari pejabat ASNB yang berdekatan.
Meh nak share beberapa tempat. Aku ada pilihan putrajaya and dekat jalan tun razak. so akhir aku pilih putrajaya sebab parking senang. Waktu operasi bermula 8.15 pagi.
Masa aku sampai dalam 8.25 memang ramai orang beratur. So memula sampai tercagak bangak.. hehe orang lain update buku and keluar duit.. aku nak cakap buku hilang. siap takut kena marah boleh.. pastu terbayang duit hilang …
Overal proses dalam 30min sahaja, cepat and pantas bagi aku! sebab di saat orang ramai update buku selepa dividen diumumkan… maybe kalau masa bulan 3 and seterusnya lagi cepat. heheheh… aku rasa lah….
So nih antara pejabat ASNB yang korang boleh p.. Kesemua ASNB ni beroperasi dari kul 8.15 pagi – 4.00 petang.
- ASNB putrajaya +60 3-8890 4880
- ASNB Kuala lumpur +60 3-2050 5500
- ASNB Shah Alam +60 3-5510 3155
- ASNB Seremban +60 6-762 6239
- ASNB Kuala Selangor
- ASNB Teluk intan
- ASNB Bayan Lepas
- ASNB alor Setar
- ASNB Kangar
- ASNB Kota bharu
- ASNB kuala terengganu
- ASNB Kuantan
- ASNB Johor Bahru
nampak gaya semua negeri ada perjabat ASNB. cuma orang yang di pendalaman contoh dari gerik tu.. kenalah pergi ke ipoh kan… huhu bertabahlah ..
2. Inform dekat kaunter yang bagi number –
– Please mentioned berkenaan buku hilang. Nanti dia orang akan bg form yang berbeza
3. Isi form
– aku panik sekejap sbb tengok ada part stem hasil… heheh.. panik sokmo. rupanya tak payah pergi perj pos. Derang dah ada. Bayar RM10 sahaja.
4. Pergi kaunter.
– teller akan terus masukkan info info lain yang ko tak ingat. yang penting IC kena bawak yer… itu saja.
dah siap tu,… LEGA… cuma .. history dalam buku ASB sebelum – sebelum ni takderlah… Jadilah kan.
Harapnya info ni membantu okay. ! sebab saya dah tau susah .. so harap ini dapat membantu orang lain pulak. Jangan Panik okay. Follow jer macam aku citer kak atas tu.
pejabat asnb putrajya
parking berdekatan pejabat asnb. Antara masjid besi dan dataran putrjaya
10 Comments
Leave a Reply
Our site uses cookies. By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
memang risau kalau hilang buku ASB…sebab satu dia kalau nak check atau keluarkan duit kena pakai buku..tak pakai atm card…terima kasih share kak azni.
haa.. panik giler aritu…. hehe mcm lah duit juta juta ….
nk tnye..so mcm mane dgn duit yg sedia ada dlm buku yg hilang tu? adakah lpas update lg skali br nmpk total amount? sy pgi buat buku br & pnb update ade amount seribu lebih je..sedang kn seingat sy dlm buku yg hilang tu, amount dlm 4k mcm tu..
Sepatutnya amount tu sama shj spt yg last sekali. Sebabnya semua info dalam data server. So mmg tak sepatutnya berubah .
DUit i sama jer … alhamdulillah…
tapi tak tahulah kan….
Tetibe dpt inspired psl bab menabung asb kt 1 blog td. Teros ingat kat buku asb aku yg nta kemane.. Mls nk selongkar rumah sbb aku bru pindah dlm staon. Buku tu pon aku last ingat ad kt uma lame. Sgale buku dgn document aku yg aku simpan dlm fail dh belek confirm la ni hilang mse kelam kabut kemas nk pindh dlu.. Dok ralit google bab buku asb ilang finally jumpe jwpan. T.Kaseh 😘
yes mimi… jgn risau.. saya pun mcm mimi jugak.. hehehe.. saya pun buat asb loan.. rm200k. ada saya share dlm entri kat blog saya. good luck… and selamat menabung
Tq sgt2 membantu…😊😊
alhamdulillah…. hepi dengar