Universal Studio Japan review. Hari terakhir di bumi Japan. .. well, actually esok last tp memandangkan flight pagi so hari ni kira mcm last day lah. Cadangnya esok awal2 lagi dah kena check out dan terus ke Kansai airport. Harini kitorang pergi Universal Studio Japan…nak jadi Harry Potter…yeayy.
Table Of Content
Our first trip to Universal Studio ialah di Singapore but masa tu USS masih baru dibuka dan ada few rides yg masih dlm constructions. So kita orang tak sabar nak pergi USJ (Universal Studio Japan…bukan USJ Subang Jaya ek..hehe). Iman mmg dah looking forward trip ni dari Day 1 lagi.
Menuju ke Universal Studio Japan
Kalau korang naik train, turunlah kat Universal City Station. It took us about 30 mins from Tennoji Stn. Sekali je tukar train kat Nishikujo dan yes train ni under JR line, so sapa yg ada JR Pass tu tunjuk je kat kaunter tiket. Airbnb yang terakhir ni memang we all pilih di tennoji sebab dekat dengan USJ dan juga senang nak balik airport.
Kitorang sampai gate masih belum dibuka. Dan pastikanlah korang sampai sebelum opening hours ye, untuk mendapat masa yg maksimum kat dalam park nanti. Opening hours di USJ ni berbeza2 ikut masa. Bolehla rujuk kat sini https://www.usj.co.jp/e/parkguide/calendar.html.
Macam biasalah pastikan juga tak bawak masuk outside food dan sebagainya…biasala regulation ni untuk semua theme park kan.
Tips untuk main rides di Universal Studio Japan and Review
- kena plan cara efektif utk pastikan korang dpt naik sebanyak ride atau benda2 lain kat sini.
- Ramai yang lari terus ke Harry Potter (HP) dulu sebab ianya berada dekat dengan entrance.
- Lagipun tarikan Harry Potter ni suatu yg unik kat sini sebab di USS tak ada.
- Tapi kalau boleh pastikan terus ke hujung dahulu.
- Patternnya mula dari belakang lepas tu ke depan. Masa mula2 dpt tahu suggestion ni kitorang tak brp yakin, but we tried…and it is true.
Kitorang terus ke Spiderman dulu…ha mmg tak ramai org langsung. Dlm hati terdetik jugak..eh mmg tak ramai org kot dtg arini. Dari Spiderman kita orang pusing ke Backdraft dan Jurassic Park. Ada digital display yg tunjuk brp lama queue kat sesuatu ride, masa tu kebanykan ride atau show yg belah blkg rasanya paling lama pun 30mins. Separuh jalan.. kitorang tukar teknik.
Hmm..jomlah kita terus ke Harry Potter lepas tu mai sini balik la…So kitorang pun ke HP.
Baca : info penting jika travel ke jepun
Harry Potter
WOW…Harry Potter memang best ! Ini lah tempat yang kita orang satu family nak sangat sampai. Korang akan dengar background music HP bila masuk je area ni. Feel dia mmg best. Masa berjalan masuk ke area tu, nampak ada bbrp bebudak pakai robe mcm uniform sekolah pun ada. Ingatkan rombongan sekolah…rupa2nya derang ni mmg die hard fans HP. So derang akan pakai baju uniform Hogwards siap ada wand lagi.
Ride dan show tak berapa byk di HP. Kitorang sempat naik satu ride. Queuenya masa tu dlm 45min. Satu ride lagi tu Iman tak lepas, so no point wasting time beratur bagai. But attractions lain termasuk degan feel dia mmg best. Kalau korang ingat scene washroom dengan Moaning Myrtle dalam episode Chamber of Secret…haaa washroom dia kat sini sebijik mcm tu…dengan bunyi dlm tu…huhuh..mmg layan sambil nak melepaskan hajat. Toilet pun dah jadi tempat photo op…hehe.
Iman Nak magic Wand Harry Potter oit
Iman ni nak-nak jugak beli wand HP ni, tp bukannya murah weiii..sebatang dlm RM200 lebih nak oii. Bila kitorang masuk tgk show Wand Magic..tiba2 Iman terpilih pulak gi depan utk bantu show dia. Konon2 dia ni pilihkan wand yg terbaik utk pelajar baru..dan Iman konon2 jadi pelajar baru tu lah. So finally dapatlah sebatang wand yg kononnya sesuai utk dia. Habis show tu dia bagi Iman simpan wand tu..WOW aku pun mcm..perghhh dpt jugak dia wand..yg mahal lak tu. Dengar jugak bebudak lain mcm ckp..”wow..he got the wand !”.
BACA : Jejak hiroshima dan Miyajima
Habis show tu semua kena masuk bilik sebelah yg penuh dgn wand yang dijual. Dtg pulak sorang minah ni kata…waaa this is a good wand and there are also other wands here. You can pay this at the counter
“…Laaaaaaa kena beli jugaaakkk rupanya.
Iman yg ingat dia dah dpt wand tu kenalah bagi balik…aduii kesian dia…
Mahal sangat pun benda tu. Dah super mangamuk dah dia…Akhirnya berjaya pujuk nak belikan sebatang kat Lazada..haha tp sampai la tak beli sebab dia pun dah lupa keinginan tu..
Bila we all keluar dari Harry Potter patah semula ke tpt2 awal tadi…hmm queue dah melebihi 45 mins. Sooo..make sure kalau korang jenis nak layan roller coaster ke ride2 yg ganas tu, pergi situ dulu sebelum ke HP. HP ni mmg the best tapi dia tak byk ride..soo tak payah nak rush. Prioritise kan ride2 atau show yg nak pegi dulu. Kitorang terlepas satu yg nak tgk ..which was show Waterworld tu…huhuh.
But yg lain sempat jugakla, Cuma beratur lama skit. Ride yg extreme kitorang skip sbb Iman x lepas nak naik. Nak naik sorang ok je tp someone kena ada dengan dia …and rasanya masa akan sikit terbuang kot.
Universal Studio Japan review
- Overall USJ ni ok ok saja. Rasanya kalau tak kerana Harry Potter, ianya sedikit bawah dari biasa2 kot..hehe kenapa ?
- For us, mood potong sikit bila Spiderman dan lain2 cakap Jepun. Shownya jugak almost all in Japanese..so kitorang buat2 paham jerla apa yg sedang berlaku. Rasanya USS (Unni Std Singapore) lagi bestlah. Itu our point of view lah.
- Walaupun disneyland Hong kong pun bahasa semua dalam bahasa hongkong, tapi ridesnya banyak and attraction untuk anak anak kecil lebih banyak.
- Ada satu tempat yang buat 4D cinema, lupa pulak namanya. Kalau di singapore derang showcase movie location untuk beberapa filem hebat dari stevan spielberg. Review, aku.. kalau compare dengan USS korang boleh skip tempat ni. Tak best sangatla. Baik korang p melawat attraction di Osaka.
- Walaupun makanan yang dijual boleh kata semuanya tak halal, tapi setakat churos tu memang boleh le amik Memang sedap churros sini. Ada yang satu matcha churoos. Highly recomended.
- Kita orang keluar sampai habis semua show. Sambil sambil lepak tengok pemandangan kat dalam tu, Diluar USJ tu ada Kat situ ada Hard Rock Café USJ dan GAP butik yang murah, tp printnye Osaka..inagtkan tulis USJ.
- Berhenti kejap kat GAP boutique…ada sale…hehe. Sebab memang murah kalau banding dekat Malaysia. Jadilah… buat kenangan
- Overall Jepun Memang best, rasa nak pergi lagi.
Betulkah kalau beli di Klook tiket lagi murah erk ? sapa ada experience
Gambar banyak diletakkan di Instagram azni or korang boleh pakai hashtag #fairasaznitravel untuk tgk gambar2 yang related dengan travel sahaja okay.. bye.. till next adventure.. Ke UK pulak kita …insyallah.
Huuwaaaaaa…. seronoknye pegi Hogwarts…. impian ni nak sampai ke sini… ramai cakap g jepun best… maybe sebab diorang negara maju… seronok jalan negara orang..
insyallah.. kena niat.. sampai ler tu nanti
Fuuh usj… InsyaAllah tahun dpn sampai
Ingat usj kat subang jaya tadi
hahahah boleh jugak laaa USJ …