Infaq Ramadhan Lapowey. Baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti satu program atau Projek Infaq Lapowey yang di lancarkan oleh group blogger ben ashaari untuk sama-sama merasakan keenakan dan kualiti makan yang disediakan oleh pihak Lapowey. Aku memang berbesar hati bila dapat join program sebegini
Table Of Content
Ada banyak sebab kenapa aku sangat berbesar hati. Mungkin salah satunya bila dah makin mencari ilmu ni aku rasa banyak yang perlu lakukan untuk kewajipan sebagai umat islam. Salah satunya bekalan untuk akhirat adalah perbanyakkan sedekah
Tak hanya berpahala, memberi makan bahkan dipuji oleh Nabi SAW, “Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani).
Jadi aku ambil kesempatan ini untuk menwar-warkan bahawasanya banyak pihak memudahkan cara kita untuk berinfaq contohnya pihak Lapowey ini. Jadi aku nak kongsikan di kalangan pembaca blog dan kawan-kawan fb ni samada secara indvidu atau pun wakil korporat yang bercadang nak buat infaq or CSR program boleh cuba Lapo Wey.
Aku tahu ramai dermawan dan geng korporat dlm circle aku ni yang berminat dalam usaha-usaha murni seperti ini.
Jadi, Sempena ramadhan yang bakal menjelma ni pihak lapo wey memang menawarkan servis tambahan sekiranya kita berminat utk menyertai mereka dlm program infaq ini.
Kualiti makanan dari Lapowey sesuai untuk Infaq Ramadhan
Kami cuba 2 jenis makanan, Beriani kambing dan juga nasi tomato ayak masak merah. Dua-dua sedap tapi aku lebih rasa puas beriani kambing. hurmm… maybe sebab aku suka kambing kut. Tapi sempatlah menjilat habis kuah beriani kambing tersebut.
Dari segi penyediaan, aku suka bekas yang mempunyai compartment asing dan tidak bercampur. Jadi ia tampak kemas dan presentable jika mahu memberikan kepada orang lain.
Pilihan makanan
Terdapat pelbagai menu sebenarnya, tapi untuk Infaq ramadhan ini pihak lapowey telah pakej mengikut kesesuain bulan ramadhan. Menu bermula serendah RM8.00 siap dengan air dan kurma.
- Terdapat 6 menu pilihan yang sangat sedap.
- Set A – Briyani Kambing Tok Cu
- Set B – Ayam Percik Merecik
- Set C – Briyani Kambing Kelate
- Set D – Daging Salai Gomoncheh
- Set E – Briyani Ayam Merah 6
- Set F – Ikan Masam Manis
- Minima tempahan adalah sebanyak 100 pax
- Setiap set menu datang dengan sebotol air mineral dan kurma yang berkualiti.
- Harga set bermula dari serendah Rm8.
- Tempahan awal adalah digalakkan.
Mudah Sahaja dengan Lapowey untuk Infaq Ramadhan
Selepas tu mereka akan buat penghantaran ke tempat yang kita inginkan. Minima order adalah 100 pack dan penghantaran adalah percuma.
Contoh korang rasa nak hantar kepada frontliner hospital, dapatkan PIC .,buat tempahan dengan lapowey lepastu buat bayaran dah settle.
Kalau korang berminat boleh hubungi salah seorang PIC ni. Kalau korang tak berminat, korang like dan share post sis ni pun confirm dapat pahala
Seorang laki-lai bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Untuk info lanjut atau kiranya berminat , boleh terus hubungi mereka di :
Hubungi Lapowey
- Website : https://www.lapowey.com/
- Facebook : Lapo Wey
- Instagram : https://instagram.com/lapo_wey
- Office : 03-77341278
- Call/Wasap Person Incharge :
Sedap sangat tengok. Elokla servis macam ni, mudah untuk orang buat infaq makanan
Insyaallah mudah nak berinfaq
Terliur tengok menu dia. Nampak sedap sedap
jd lapo ngk nye.. barulah penderma yakin nak infaq untuk ramadhan nie.. terbaik lapowey
Sedap rasa dia. Nak berinfaq pun x ragu-ragu.