Aku rasa aku dah kenal dengan HAITUN KAMARAZAMAN ini hampir 30 tahun, anak jati Kuala Medang, Kuala Lipis yang kini bertugas sebagai seorang guru Bahasa Melayu di SKK9, Betau, Kuala Lipis.
Table Of Content
Sejarah perkenalan aku dan tun semasa sama sama masuk USM dalam bidang Mass communication tahun 1994. huhu tuo dah kita orang nih. Tapi sepanjang perkenalan aku dan dia, Haitun memang seorang yang memang minat bidang sastera dan seni. Pandai berpantun, pandai menari tarian melayu dan dia memang suka menulis
Hajat di hati kami dulu sama-sama nak mencipta karier dalam bidang broadcasting, tapi nampaknya hanya sahabat kami Tuan Direktor Idora Abdul rahman yang meneruskan dalam bidang yang kami pelajari dulu. Kawan aku ni pun hebat juga, banyak drama yang dia dah direct.
Urmm.. apakah aku pun perlu ikut jejak derang? Eh cukup lag berkarya di Blog Modernmumthingy kut haha.
So mari aku nak sharekan kehebatan dan kegilaan kawan aku sorang nih. Dia bukan orang biasa-biasa . Penuh onak dan duri dia dah lalui , ada satu masa tu kami ni sampai terkedu bila mendengar kisah sebenar yang diharungi dahulu. Aku hanya mampu cakap ianya satu dugaan yang besar untuk seorang wanita tapi sekarang aku gembira tengok kejayaaan dia yang telah menghasilkan banyak novel yang hot selling di MPH.
Biodata Haitun Kamarazaman
Pendidikan awal
Beliau mendapat Pendidikan awal di SK LKTP FELDA Jenderak Selatan dari darjah satu sampai darjah enam. Kemudian, bersekolah menengah di SMK Kuala Krau selama lima tahun dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.Penulis memasuki tingkatan enam di SMK Temerloh.
Keputusan STPM yang agak baik melayakkan penulis memasuki Universiti Sains Malaysia dalam bidang Komunikasi.
Karier Guru
Penulis kemudiannya memasuki Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2000 dan mengambil jurusan Pengajian Melayu/Sastera. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru di SMK Agama Ranau pada tahun 2001 hingga 2003. Kemudiannya beliau bertukar ke SMK Sungai Koyan dari tahun 2003 sehingga tahun 2018.
Pada tahun 2018, penulis bertukar ke SK Betau Pahang
Hasil nukilan
- Haitun bermula sebagai penulis swaterbit pada tahun 2018 dengan menghasilkan buku solo pertama yang bertajuk BERTATIH MENCARI DIRI BERUBAHLAH. Buku ini adalah buku kisah hidup yang mengisahkan perjalanan hidup penulis dari kecil hingga dewasa.
- Kemudian diikuti buku kedua iaitu TRAVELOG HATI, KEMBARA ITU HIJRAH. Buku ini adalah catatan perjalanan penulis setiap kali beliau mengembara ke luar negara.
- Seterusnya pada tahun 2020, beliau menerbitkan novel pertamanya iaitu SALJU RINDU DI KOTA EDINBURGH,
- Diikuti novel kedua bertajuk TARIK DAKU KE SYURGA dan
- Novel ketiga bertajuk KERASNYA TAKDIR.
- Novel keempat penulis bertajuk DIAN PERAWAN,
- novel kelima bertajuk ENG AN HEIG Kuingin Terbang.
- Dan terbaharu ialah novel TABIR KARTIKA.
- Menariknya novel TARIK AKU KE SYURGA telah diadaptasi ke drama TV3 sebanyak 28 episod yang menampilkan Zul Ariffin sebagai hero.
- Novel KERASNYA TAKDIR telah memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dengan menampilkan Amyra Rosli dan Redza Rosdi sebagai teraju utama.
- Novel SALJU RINDU DI KOTA EDINBURGH, DIAN PERAWAN, ENG ANG HEIG dan TABIR KARTIKA juga bakal diadaptasi sebagai drama bersiri.
- Selain novel, penulis turut aktif menghasilkan cerpen. Koleksi cerpen penulis telah dimuatkan dalam sebuah antologi bertajuk ANGIN CINTA DARI BETAU.
- Penulis juga banyak terlibat dengan penulisan antologi bersama tokoh penulisan terkenal tanah air. Berpuluh-puluh nuah koleksi cerpen telah diterbitkan hasil kerjasama dengan penulis-penulis yang lain. Antara yang terkenal ialah Antologi cerpen dalam buku SEROJA MASIH BERBUNGA.
Sinopsis Drama Kerasnya Takdir
Haitun Kamarazaman adalah penulis novel Kerasnya takdir mengisahkan tentang seorang wanita, Intan Nurjiha (Jiha), yang lemah lembut perwatakannya dan amat sesuai dilakonkan oleh Amyra Rosli sebagai pelakon utama untuk drama ini yang akan bersiaran pada 22 April 2023 nanti.
Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga
TARIK AKU KE SYURGA | karya asal novel Haitun kamarazzaman yang telah menghasilkan beberapa novel sebelum ini. Antara nafsu diri sendiri, taat kepada ibu bapa dan kasih kepada Isteri. Konflik itu bermula apabila Umi yang telah menjumpai sesuatu yang menghancurkan hatinya .
No Comment! Be the first one.