Gion Japan : Dalam Part 2 aku dah janji nak sambung cerita pasal GION kan. part ni masih cerita hari kedua. Dari Nara we all menuju ke GION pulak yang mengambil masa dekat 1 jam lebih. heheh kat sini berlaku sedikit kesilapan masa nak tengok train tu.
Table Of Content
We all naik platform yang salah, jadi tak nampak lah train tersebut. Kiranya we all buang masa dekat 1 jam jugak.
Mr. asben dok marahkan diri sendiri bila dah salah ni hahaha… ingat ingat balik kelakar pulak
KOrang pastikan ada map gion yer. Tapi yerlah setiap yang berlaku tu pasti ada hikmaknya kan. Makanya we all sampai di Gion Japan agak lewat dah lah pukul 5 petang dah gelap macam maghrib disini. Selalu orang datang sini orang akan lepak di tepi satu sungai ni. Tapi huhuhu we all tak lalu.. sejuk mak oit.. yang penting we all nak p tempat yang abam ingin-inginkan tu.
Baca : Tips menabung untuk travel
Dari station GION we all menggunakan google maps untuk pergi ke arah hanami koji kiranya jalan ni memang famous lah Ini kira wish list mr abam. Nak sangat tengok suasana jepun zaman dulu. Ni mesti terbayang scene macam citer oshin lah ni.
Geisha dan Gion
Lepastu we all teruja tengok banyak awek awek pakai kimono disekitar Gion Japan .Tapi sebenarnya kalau korang google, Geisha and Gion ni memang sinonim. so we all dok pikir ni awek awek geisha ka.. hahaha rupanya dekat sini boleh sewa baju kimono dan berjalan jalan di sekitar kawasan sini.
Gitu kekdahnya ..hahah… teringin jugak tapi dengan cuaca sejuk hahaha tapi tak berani lah…plus kasut macam capal tu yang tak tahan. I need my ‘timberland shooes’ badly.. ini lah penyelamat aku kat sana yang tak rasa letih pun walaupun travel banyak tempat
Okay dari station tu we all agak agak tengok orang menuju ke satu tempat plus dengan pertolongan pakcik google. Bila berjalan dengan budak tahulah kan. Banyak persinggahan nya. Satu lagi maybe jalan musim sejuk ni cepat lapar. We all banyak kali berhenti di Family Mart untuk beli roti dan coffee.
Berpusing mencari Gion Japan
Akhirnya sampai tempat di tuju. Masyallah cantik sungguh tempat ni. Hikmahnya bila sampai waktu magrib ni cantik rupanya kalau ambik gambar. heheh apalagi tangan ni laju lah test main kamera.
Lepas dah abis lalu kawasan tu , we all berjalan lagi ke satu kawasan lain menuju ke ninen zaka yang ada banyak tangga dan fav spots untuk photographer dan agak jauh jugak. Kaki dah sakit. Iman pulak memang dok mengeluh letih berjalan.
Yang tak laratnya sebab naik kawasan bukit. Jenuh lah dok bercerita and divert pada cerita cerita lain supaya dia tak terasa perjalanan tu lama.
Tapi sesungguhnya memang penat pun. sian jugak dekat dia … nak buek camno.. mak pak bajet traveller gitulaa. kadang-kadang we all dukung jugak dia sebab nampak letih sangat.
Bila dah dapat dukung ni sukalah dia sebab macam main main dengan dia. Hilang penat dia dah boleh sambung jalan.
Kalau tengok masa ni banyak juga bas pelancongan yang turun naik. Taxi pun ada. Tapi kalau we all amik taxi tu maknanya terlepas lah soru malam tu hahahaha.. confirm mahal weh.
Sepatutnya we all boleh jer terus naik ke atas bukit menuju ke arah kiyomi zudera temple, Tapi di sebabkan perut yang dah berkeroncong dan iman ulang kali cakap lapar terpaksa lah we all batas kan hajat tersebut.
Maybe bila datang lagi we all akan mai subuh subuh ke sini nak tengok view pagi pulak
Pastikan ada Halal Navi apps
We all banyak menggunakan halal navi untuk mencari makan halal. Dekat sini ada byk pilihan tapi bila mengenangkan jarak perjalanan tu we all terpaksa pikir beberapa kali.
So on the way back tu Gion station ni terjumpa satu group budak melayu pun yang tengah cari makanan. So bersama sama dia orang we all navigate thru google maps, malangnya kadang kadang we all jadi pening sebab tak berapa tepat.
Baca : Japan trip part 2
Nasib baiklah dapat jumpa satu awek jepun dan fasih pulak berbahasa Inggeris. Memula ingat sombong. tapi punyalah baik, dia siap hantar kita orang sampai depan kedai tu. Nak ajak makan sekali, hahah duit tak berapa nak ado. Taulah kat jepun ni baper rega sekali makan.
Nasib baik lah kami anak beranak ni biasa makan berkongsi satu pinggan, hahah sure orang jepun tu frust we all order 1 set plus tambahan set yang agak murah jer.
Tu pun dah cecah dekat RM160.00 tapi daging lembu tu daging wagyu okay. Memang sedap. Tapi part yang paling best hehehe… dia siap belanja iman sausage hahah sbb we all order sikit sangat kut erk?
Tempat we all pergi tu ada 2 kedai halal sebelah menyebelah. so budak budak melayu yang follow kami tu perfgi kedai sebelah sbb tak cukup bajet kata derang. Kita orang ni pulak gatal nak merasa makanan lain sikit. hehhe so siap jerlah duit.
On the way to Gion station selepas perut pun kenyang we all guna jalan shorcut. Rasanya we all dah termasuk jalan red area. heheheh sebab nampak beberapa aweks ‘pinoy’ yang macam menanti pelanggan di tepi jalan.
But to be frank ngan you olls Kalau kat sini lorong haji taib tu kan kawsan red are, sini punyalah bersih dah tak rasa takut pun nak berjalan jalan. Memula jer aku cuak sbb terasa silap hahah.. tapi so far okay. Ramai jugak orang orang kerja yang melewati kawasan ni.
So GION , checked. we all dah sampai.
Kalau jalan2 ngan kids memang kena layan derang dulu. Musim2 sejuk memang cepat lapau…bila dan penat start la crancky. Kasi perut kenyang dulus…baru ade energy nak teruskan pengembaraan gitu. Heheh..Part best, public transport derang sangat effective. Balik Malaysia, terkujat sat…letak kad kat touch and Go pun rase macam ‘sejam’ baru palang tuh nak naik ke atas. HAHAH! Dulu la…now dah adapt balik. poyos…hahah!