Europe trip yang pack tapi best giler, berangan untuk sampai ke negara org putih nih dah lama sebenarnya. Bila pak tony mula buat penerbangan ke sana, so apalagi tunggu. We all terus target for Europe trip bila sahaja tiket murah maka beria-ria untuk booking tiket.
Table Of Content
Alhamdulillah dpt harga tiket dlm RM1500.00 return.. hehhe now
Alhamdulillah dpt harga tiket dlm RM1500.00 return.. hehhe now everyone can fly. Tapi nak dpt harga sebegini, normally tarikh nak berlepas ambil masa setahun. So kena byk bersabar but kebaikkannya dptlah simpan dan buat research apa yang patut.
The most memorable “travelicous” for 2010. Kira Europe trip ni pengalaman aku pertama berpack di negara 4 season.
Europe trip hampir cancel kerana gunung berapi meletus
Bila tiba sampai waktu berangkat our journey bermula di stansted airport, opp terlupa nasib untuk ke sana ni sebenarnya 50-50 sbb pada masa tuh gunung berapi di finland meletus. Byk penerbangan air asia terpaksa ditunda. but alhamdulillah akhirnya dpt sms yang penerbangan spt biasa.
Kapal terbang Air asia dah mcm sardin sbb penumpang dari flight yang batal sebelum nih pun dimasukkan sekali. mmg pack!. penerbangan ambil masa hampir 15 jam.
Ambik kereta jam 2 pagi sejuk oit
Sampai sahaja di stansted terus nasib baik tempat kereta sewa masih buka and dapat kereta Peugeot 5008. Masa tu model ni lom sampai Mesia lagi tau..hehehe..tapi yang paling kelakar hubby and abg ajih ambik masa yg lama nak start kereta sbb tak tahu mcmmana nak lepas kan hand brake. (utk pasaran Mesia, handbrake ni dah diubahsuai).
Jenuh aku dan kakak ipar aku tunggu, kenapalah lama sangat. ITu rupanya masalah depa hahaha.
Standsted to mancherster
We all mulakan journey ke manchester..masa tu dalam pukul 2 pagi..mata tak ngantuk sbb dah tidur lama dlm flight.
Terus cari makan, nasib baik ada pak garmin, masa ni belum ada waze atau google maps. Itu pun banyak senangkan kita orang. heheh senanglah nak cari, jalan memang tak susah bila ada pak garmin. cepat dengan lambat shj bwk kereta, tapi mmg best tgk pemandangan. berhenti di rest area pun nampak arnab berlarian.. heheh mmg jakun .
Sepanjang perjalan di bumi england mmg seronok sbb cool and steady. Perjalanan kami melalui highway M1, then exit masuk jalan kampung…jauh sikit tapi view yg best.
BACA : Traveloque ke Amerika
Hotel pulak dah booking awal jugak. Nama hotel tu Travelodge, memang byk di sekitar UK dan jgn terkejut kalau betul musim promosi boleh dpt dlm 8 pound shj. kalau tak silap hubby dpt booking range dlm Rm 140.00++ kut. boleh benor org Perak kata.. heheh so we all pusing bandar machester.
Hubby tersangat happy sbb dpt menjejakkan kaki di Old Trafford, abg pulak Liverpool fan so kenalah p dua dua stadium nih. Dari Manchester ke Liverpool taklah jauh sangat. Drive amik masa dalam sejam.
The next day teruskan perjalanan ke London..kebetulan kwn anak sedara ada di London so we all menumpang lah disana, tinggal brg2 yang ada di beli di manchester.
London to paris
Journey ke Paris dengan menaiki eurostar yang di booking secara online terlebih dahulu. Kami juga dah pre-book tiket keretapi untuk pergi ke 3 negara melalui Bousted Travel…France,Swiss dan Itali.
Dari Kings Cross St London ke Gere du Nord Paris ambil masa dlm 2 jam shj. Hotel pulak di booking berdekatan kwsn tersebut. Yang paling susah di france ni.. masalah komunikasi.. tension betul. We all sempat pusing2 di “eifel tower, siap naik local bas lagik.
Paris ke Switzerland
We all dah beli siap-siap eurotrain sewaktu plan nak travel europe ni. semua naik first class okay. Bermalam di France dlm 2 mlm sahaja dan meneruskan perjalanan ke Switzerland. Sempat singgah di Geneva. Mata hubby and abg tak tahan melihat koleksi jam kat sana. Mula2 mmg takde plan nak beli jam.. tapi termakan hasutan abg tu.. katanya belikah satu buat kenangan.
Pengalaman di swiss mmg best.. bandar cantik, bersih. rakyatnya hensem2. hehehe.. tapi mmg peaceful. rasa mcm nak pindah sana.
Sepanjang naik kereta api tu mata mmg tahan tak nak pejam sbb pemandagan tersangat indah dan menarik. entah bila boleh sampai di sana lagi. sayang betul nak tidur.
Opps lupa nak ckp.. sepanjang perjalanan di sana dpt duduk 1st class. maka terjuling ler sekejap mat salleh tgk kita orang nih yang agak selekeh dengan bag2 berat tu. ish.. berbaloii…
Negara swiss tu we all hanya lalu sahaja..we all meneruskan perjalanan ke negara itali.
Switzerland ke Rome
We all stop bermalam di Milan. Hemm… mmg tpt shopping dan agak murah kalau berbanding dengan KL. we all turun sampai ke Rome. mmg best.
Tempat yang tak dpt dilupakan adalah colosseum.. mmg meremang sampai kat situ sbb ikut sejarah mmg dah lama building nih. struktur bangunan memang nampak tua dan menyimpan berubah sejarah. We all amik Hop On. Hop off so byk lah tempat dapat dilawati.
Next selepas tu we all balik ke France dengan menaiki train yang ada katil. dapatlah jimat duit hotel. tapi ambil masa dalam 15 jam jugak kut. sepanjang perjalanan we all berdoa jangalah keretapi nih delay sebab nak kejar eurostar ke London.
Balik semula ke kota London
Sampai di london, terus ke rumah shina. bermalam di sana. tapi sempat pusing ker bayswater dan kota london di malam hari. The next day we all pusing ke oxford street. tempat yang paling best nak shopping pastinya Primark. berbaloi baloi.
Seronok betul kat london tapi antara yang shooping pergi carboot sale. memang best. rasa nak beli semua. ish.. kalau lah dpt pergi car boot sale yang lain. Periuk Tefal pun ada jual kat situ.. and nyaris2 nak beli iron nak bwk balik malaysia.. hahaha.. nasib baik tak beli.
So dari kota london we all beli tiket bas untuk balik ke stansted. Disiplin sungguh driver bas kat sana tuh.. mula2 we all dah terlepas bas nak balik ke airport. punyalah panik nak mampus.. tapi rupanya boleh naik bas yang seterusnya tanpa tukar pun.
Pengalaman travel ke sana nih memang tersangt best. walapun dah hampir 2 tahun tapi kenangan tu masih segar dan sentiasa berangan nak ke sana lagi. Insyallah kalau ada rezeki tapi tunggulah iman besar dulu kut… memang best Europe trip ni. susah nak cakap tapi cerita tak abis abis.
10 hari untuk Europe trip memang tak cukup sebenarnya. Korang kalau nak pergi cubalah amik 2 minggu paling kurang. pack giler weh
BACA : London aku datang lagi
Assalamualaikum, boleh saya tahu lagi detail ttg perjalanan, dari segi kos,tempat tinggal,lokasi menarik di london? atau boleh wassp saya di 0177470279