Drama kau Sundaeku | Zaman sekarang semua di hujung jari, tambahan bila berada dilingkungan gen Z komputer dan Hp itu umpama keperluan wajib untuk mereka. Menyedari evolusi media massa, McDonald’s Malaysia mendekati golongan belia melalui platform media sosial bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam syarikat tersebut.
Table Of Content
Menggunakan pendekatan inovatif dan menarik, restoran khidmat segera terkemuka ini mengeluarkan satu siri drama original di Instagram Reels untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan.
Drama Kau Sundaeku
Siri mini drama sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku” mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, dengan setiap episod mengambil masa satu minit. Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s.
Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.
Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.
“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi,”
Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia
Bagus juga inisiatif McDonalds ni, kiranya mereka tahu bagaimana nak ‘tap’ golongan muda dengan memberi pendedahan sebegini. Bagaimana rasanya kerja di Mcdonald malaysia gitu.
Pencapaian McDonalds’s sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia
Sejak sekian lama, McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah
- Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)
- Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global.
- Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018.
- Syarikat ini turut diiktiraf sebagai Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015 dan
- Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013, yang secara langsung mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman.
Pelaburan latihan Belia Bersama Kementerian Sumber Manusia
McDonald’s melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman. Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas.
Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.
Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.
Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran di seluruh negara.
McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
Macam best je nak layan drama ni…