Finally, finally( pls imagine my face masa cakap ni)… dapat juga jejak Dotty’s TTDI . Dah lama dengar about this place. Walhal selalu je lalu dekat area TTDI ni. well you know lah sometimes masa tak kenalah, kena rush ke tempat lain. Kadang tu dah plan nak ke OU so fikiran tu ke situ sahaja tak terpikir nak melencong kat situ.
Table Of Content
Heheheh yang tak puas hati, anak sedara aku pun dah sampai situ. Camana aku tak sampai ni!!.
Bila iman dah start training bola di Sunway Giza, aku dah plan baik punya. aku akan pastikan aku sampai sini. Husband aku selalunya memang melayan jer aku kalau bab makan-makan ni.
BACA : Iman join kelab Bola
So kul 12.20 tengahari aku sampai kat situ. Parking memang senang sahaja. If tak dpt parking depan depan tu, ada satu kawasan lapang khas untuk parking. Aku nampak kedai ni jer terus aku senyum tak habis hahaha.. rasanya dekat 1 thn aku punya plan nak sampai sini. Since kita orang breakfast agak light so we decided untuk order yang heavy sikit.
Masuk masuk sahaja ke dalam dottys ni aku tengok tempat nya agak limited, tak berapa besar dan FULL HOUSE you all. Memang rezeki kami dapat tempat duduk ni. Bila buka je pintu, terus nampak pastries di bahagian kanan. Fuh.. cantik sungguh sungguh pastry and susunannya. Tapi rasa okay ke? heheh jeng jeng kena rasa barulah tau kan.
Dari segi presentation memang aku suka sebab nampak kemas and presentable. Takdalah macam kedai pastri yang biasa kita tengok kat Mall tu. Ni terus berasa korang berada di Perancis wahh.. gitu. sebab selalu follow retis kat IG yang makan pastries kat obersea nun.
Memang cantik setup dia
Apa yang aku tengok, passtries dia tak macam dekat kedai kedai biasa tapi harga quite reasonable untuk sesetengah benda. contoh Donut.. kalau beli kat Jco or dunkin donuts pun dah dekat 4.00++ tapi this one dahlah nama “kelas” harga dalam RmM 5.
Kalau ikut nafsu banyak aku nak try, tapi I don’t think boleh makan banyak-banyak. Takpala nanti kita boleh mai banyak lagi
Baca: Me’nate steakhouse review
Our Food for the day
-
Seafood Aglio Olio Spaghetti
Simple and sedap. Satu famili gila spaghetti. Just nice. And kalau makan sorang pun boleh habis.
-
Soft shell Crab burger
We all selalu order soft shell crab kalau order kat beberapa tempat yang kita orang pergi. Napa erk sedap. Rasanya sebab roti dia dibuat sendiri kut. Takdalah rasa macam roti burger yang biasa tu. Nasib baik tak sama kan, sebab harga pun lain . Tak gitu..
-
Charcoal salted eggyolk cruffin
fuh.!! . this one memang menikam jiwa. rupanya tak cantik. Kaler hitam. Combination ini dengan salted edd tu memang walla. Kalau makan asing asing cam tak best. Kena gigit kedua dua nya sekali sebab kedua duanya compliment each other. Memang sedap. ughh… sekarang pun rasa nak pergi beli. Dulu kalau dengar ada campuran salted egg yolk rasa tak lalu, rasa hanyir, tapi yang ini memang lain macam, Takd pulak rasa mcm tu. Or nama sahaja egg yolk? heheh entah.. tapi aku suka sgt yang ini.
-
Chocolate Eclair.
Yang i ini tak berapa best. For me la… Sebab pernah rasa yang lagi best. Iman muka kena paksa suruh try mkn juga sbbd ia bukan peminat chocolote macam mama dia .
5. Beverages :
chocolate ice + hazel nut – hurm.. yang ini tak berapa kena. If coffee + hazelnut sedap. Takpala.. tak cuba mana nak tau kan. Iman as usual Ice lemon tea. Papa, ice kosong jer. Kita orang share share jer.. sbb budak iman tu tak pernah habis
Selain dari itu ada macam2 juga , Long black, latte, cappuccino, cold brew; tea; carbonated drinks; specialty drinks such as doughnut latte, tiramisu latte, orange chocolate, salted caramel latte, matcha latte and so forth.
From my observation, I suka sebab semua pekerja Dotty’s TTDI nampak macam orang kita bukan nepalese or bangladeshi hehehe. Dari kitchen, waiter and cashier. I believe nak hire budak budak ni semua of course budak budak yang terlatih especially yang jaga kitchen kan. No wonder lah kualiti semua best.
Masa nak balik tu siap cakap dekat budak cashier, I suka semua food korang. hahahha… yerlah dah sedap kenalah puji kan. Jadi I would say, Dotty’s memang tempat yang best untuk korang hang out sambil menikmati makanan yang berkualiti.
Address:
Dotty’s Pastries & Coffee Cafe TTDI KL
20-G, Jalan Tun Mohd Fuad 2,
Taman Tun Dr. Ismail,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Contact: 03 – 7733 4233
Opening Hours:
Mon – Sun (9:00am – 5:00pm)
tak nampak pastry bila nampak aglio olio tu ,hantu pasta gak hehehhehe
Wawawaah!!! best nyaa …belum lagi dapat jejak kadi ke kedai pastry yang cengginih. Suatu hari nanti boleh la kot jenjalan ke sini. Nyumsss….
Kalau ke OU boleh lajak ke sini. Mmg puas ati nany
Yummmyyyyy sedap2 yer kak azni mkn…mmg rewards sgt ni…nk cuba la sis
Haah kak azni suka sgt. Plan nak repeat lagi
Sedapnya semua Tu.. yg buruk mmg Ada to yg cantik lagi byk. Yg penting rasanya
Wow mahal ke morahhhh harge kat situ
Hehhehe if standard harga restaurant kira ok dgn kualiti dia
Yg charcoal egg yolk tu nampak menarik nya
sedap nani wehhh…… nih dok pikir nakp jer lagi heheheh