Char koay Teow Sedap Penang | aku kenal char koay teow ni masa belajar di USM Pulau Pinang dalam tahun 1994-1998. hehehh itu pun abam aka boypren pada masa itu yang introduce kan pasal char koay teow nih. First time pekena boleh teringat ingat mimpi sampai nak pi pekena tiap hari .
Table Of Content
Kalau orang lain cari nasi kandar, tapi aku memang hunt char koayteow
Paling sedap makan pada waktu malam, normally kami akan keluar outing ramai-ramai dalam kul 10 malam selepas habis kelas (kalau ada kelas atau discussion). Masa tu ada motor sahaja, so berkonvoilah kami ramai-ramai ke sana demi char koay teow
Ini real punya cerita, hujan hujan pun kami redah sebab dah jadi ketagih. Tambah pulak letak jeruk cili hijau atau cili padi. Perghh memang surr..
Aku tak ingat apa nama kedai tu tapi dikalangan pelajar USM atau group aku kami panggil Koay Teow Longkang yang terletak dibayan lepas . haha naiya sungguh kena panggil koay teow longkang bunyi macam tak best, ater lokasi nya berada berdekatan longkang. Tapikan memang sedap sungguh sebab telur yang diletakkan diatas koay teow tu macam separuh masak.
Sepanjang belajar di Penang ni aku lebih suka layan Char koay teow dari Nasi Kandar. Kalau orang tanya nasi kandar mana payah sikit aku nak cerita, tapi kalau char koay teow haaa mai sis nak habaq heheh
Sebelum tahun 1994 tu aku hanya kenal koay teow goreng, yang agak kering dan penuh kerang dan kuchai semata-mata. Masa belajar di Taiping tahun 1990-1991 aku gila makan Koay teow Dolly mesti korang pernah dengar nama ini kan. Kiranya Food hunting ke taiping pasti masukkan Koay Teow Dolly tempat wajib pergi lah kiranya. Eh aku ada tulis tempat makan best di Kota Bharu juga, nanti korang baca entri tu tau
Aku tak berapa pandai masak char koay teow nih, tapi aku pernah lah beli kicap khas untuk masak char koayteow tapi itu pun dengan pertolongan TM6 hahaha.
Tapi kalau pi Penang OF courselah aku pi cari port char koay teow penang yang sedap kaaan…
Char Koay teow Jerung Tarikan Terkini
Aku boleh cerita panjang pasal char koay teow ni sebab aku memang suka, dan aku tahu kenapa aku suka hahaha. Bab makan dan travel serah kat aku laaa kawan-kawan aku cakap. Kalau pergi Penang dah siap list makan dari pagi sampai malam. Sampai muntah orang cakap.
Tempat jatuh lagi dikenang gitu.
hurmm agaknya itulah sebab iman hero kecik aku tu memang suka sangat sangat segala yang berkaitan koay teow nih hahaha. Masa menulis ni baru sedar, sebelum ni aku asyik marah dia hanya mintak menu koay teow kalau setiap kali kami makan di kedai, adeh! kelakar pulak rasanya
Jerung Char kuey Teow Penang (JCKT Penang) ni 100% milik bumiputera maka diyakini akan halalnya. Tak perlu risau, tak perlu was-was ye! insyallah depa pun pastikan telur dibasuh dengan betul sebelum memulakan acara masak-masak ni.
Derang dah bertapak hampir 5 tahun sejak tahun 2018 lagi dimiliko oleh Puan Salnita dan Suaminya. Walaupun masih baru berbanding dengan Kedai Char Koay Teow yang lain, tapi aku nak suggest korang pergi cuba try
Tapi aku rasa korang pun mesti setuju ngan aku, rahsia setiap kedai adalah terletak pada resepinya dan memang sos adalah perkara utama selain daripada bahan mentah yang digunakan juga mesti segar . Baru lah rasa tu takkan lari.
So aku nak suggest korang cubalah try char koay teow yang tengah trending dan jadi tumpuan selebriti juga, macam Serina Chef Wan, pendakwah tersohor ustaz Abdullah Khairi dan pemain bola sepak Pulau Pinang, Zafuan Azeman.
Orang-orang yang femes pun dah cuba try, apa lagi uolls tambah-tambah Jerung Char Koay Teow ni dah pelbagaikan menu, siap ada tambahan ketamlah, udanglah, perghh memang mantop
Lokasi Jerung Char Koay Teow
- Jerung Char Bayan Lepas
- Jalan Lengkok Kelicap,
- Mutiara Perdana, Bayan Lepas,
- 11900, Pulau Pinang, Bayan Lepas, Malaysia.
Menu
- Pelbagai jenis char koay teow ( ada tambahan ketam, kambing, chicken chop di atas char koay teow)
- Nasi lemak ayam, nasi lemak chicken chop, nasi lemak kambing, nasi lemak superman (ayam+udang)
- Makanan western pula seperti kentang goreng, chicken chop dan lamb chop.
Menurut Puan Salnita, menu yang menjadi pilihan para pelanggan di restorannya ialah Char Koay Teow dan Nasi Lemak Ayam.
- Cawangan Jerung Char Koay Teow Perlis
Menu
- Pelbagai jenis char koay teow ( ada tambahan ketam, kambing, chicken chop di atas char koay teow)
- Nasi goreng udang, Nasi Goreng Chicken Chop, Nasi Goreng Ayam Goreng dan Nasi Goreng Kambing.
- Untuk makanan Western sama jugak dgn penang.
- Paling top di sini ialah char koay teow dan nasi goreng udang.
- Yang membezakan dua restoran ini adalah nasi lemak dan nasi goreng
Korang boleh tengok social media dia orang pun selalu kongsikan menu menu dan happening yang berlaku pada masa itu.
Nak char kuey teow ke nak nasi lemak. dua-dua mengancam ni. tapi nak pilih chat kuey teow dengan lamb chp lah. padu.
Sungguh kak.. paling utama char kuey teow ni pada sos dia. Kalau sedap dia punya pergi tu boleh lupalah orang kat sebelah.. hahaha.
Pi Penang mmg char kuey teow antara yg wajib cari…Bila tau Jerung ni owner muslim, lagi teruja nak try situ plak tanpa was was.