Jangan marah anak ? Pagi tadi, sewaktu breakfast dengan rakan sekerja one of us share pasal parenting talk yang dia pergi last week, sangat interesting… kadang kadang mak bapak ni pun kena ada booster or self check up samada betul atau tak cara kita didik anak anak.
Table Of Content
Aku and asben pun pernah attend talk sebegini.. Huh.. Insaf sekejap. Antara benda yang kawan aku captured masa parenting talk tu pasal bab ini lah Jangan marah anak!
Kebetulan pulak tengah viral kes budak budak 8 orang yang meninggal dengan sadisnya di JB awal minggu ini. Maka bermacam macamlah teori orang keluar pasal parenting dengan anak anak ni.
Tapi yakinlah setiap famili tu unik, sebab latar belakang budaya, background famili, tahap akademik tu berbeza. susah sebenarnya utk letakan 1 garis lurus yang sama.
Janganlah kita menuding jari kepada keluarga mereka sbb kita pun belum sempurna. Yup aku admit yang aku pun masih mencari teknik yg terbaik dalam membentuk sahsiah anak anak ni dan sangat tidak konsisten.
BACA : IMAN TERKESAN DENGAN TEGURAN PAPA
” Jangan Marah anak “
Betul ke jangan marah anak?
Haaa.. berderau tak dengar.. kih kih.. sebabnya secara jujurnya susah nak jumpa mak pak yang tak pernah marah anak. betul tak? tambah tambah bila datang “hantu” hahaha.. abis.. abis.. silap hari bulan apa yang ada ditepi semua abis kena lempar tak gitu?
heheh tapi aku tak pernah buat lagi.. siyes ni… tapi aku mmg selalu tinggikan suara marah dia kiranya aku ni tahap garang jugak. ..
Zaman zaman dulu, gitulah arwah bapak aku punya cara adalah dengan menggunakan tali pinggang bomba bapak aku tu hehhe.. semua dah kena libas kut.. tapi. aku kurang jugak kena… hehehe.. sbb aku ni mmg jenih kurang buat hal masa kecik..
Husband aku lebih bagus bab parenting ni
Dalam hal parenting ni sebenarnya aku bg kredit dekat asben aku lah, sebab dia lagi berminat untuk attend talk yang sebegini, Katanya kalau kat ofis kalu HR buat talk macam ni.. dia antara 3 orang lelaki yang akan tetap hadir. Ofis aku tak de.. (alasan) hahaha..
Asben aku selalu pesan, pagi pagi jgn marah anak… sbb nnt emosi dia akan tergangangu masa kelas.. so topik yang sama yang kawan aku p parenting talk tu… katanya emosi budak tu akan terganggu paling kurang 6 jam.. so dalam kelas nnt dia tak boleh fokus.
Okay ni sebenarnya nak cerita parenting eksperimen yang we all buat dengan iman, kadang kadang bila kami dalam keadaan waras .. or sedar diri… maka we all cubalah yang terbaik. tapi sesungguhnya benda benda macam ni perlu istiqamah atau berterusan. huhu
selalunya terbabas.. especially aku ni lah . yerlah kadang kita letih.. dia dok gerak sakan… lompat sana sini.. hanya dok diam kalau ada Ipad jer..
Baca : Ulser Mulut bayi
So ni antara eksperimen kita orang
Case 1. : Jangan marah anak
We all dah plan nak dinner luar. So dah remind, dia boleh tengok ipad sampai 8.30 sahaja. 8.30-9.00 kena siapkan homework. unfortunately dia tak boleh stop sebab nak abiskan cerita yang dia tengok di you tube.
So husband pun dah tertinggi suara, dah marah and buat reverse psikologi suruh tgk utube sampai abis. (jarang tengok asben aku marah sebenarnya) so aku pulak diam jer.. selalunya aku yang marah.
Masuk kereta, kali ni aku ubah stail sikit… aku cakap lembut giler kut.. sampai aku pun tak percaya… hahah.. antara isi yang sampaikan.. “kalau iman tak siapkan homework.. bukan mama yang kena marah… iman jer… bla ba. bla..
kenapa dia kena bertanggugjawab dengan kerja dia..
kenapa dia kena belajar rajin2..
all the basic thing lah… and memang kena ulang kali ckp dengan budak budak nih.. tapi memang ayat keluar sebutir – sebutirhahah lembut gigi dari lidah.
Dia pun diam jer dengar. memula tu mcm nak counter balik apa yang aku cakap tapi disebabkan cakap slow lembut dengan dia .. makanya tone dia pun rendah lah… huhuh …
So we all mkn macam biasa.. tak ungkit lansung pasal homework dia yang tak siap lagi, ini semua gara gara nak rebut mkn king crab di MFM.. (family favourite)
On the way balik dalam kul 10 iman dah ngantuk and tertidor… so we all cakap.. takpalah. kalau dia kena marah.. dia akan belajar something. dia tak buat tanggungjawab dia.
surprisingly, sampai rumah dia dah jaga… we all terus kelam kabut nak masuk bilik, dia cakap
“papa.. wait.. wait.. iman nak bawak buku ni masuk bilik iman. nak siapkan homework juga“..
fuh… terkejut jugak, selalunya kalau dia ngantuk sampai rumah memang susah nak kejut dia balik
Moral of the story rupanya dia paham bila dok bebel kat dia sebelum ni… and mmg kena cakap pelan pelan sebab kadang kadang bila tengah marah dia, kita cakap laju + nada tinggi.. hahah at the end dia cakap..
” mama cakap apa ni.. iman tak paham lah”….
BACA JUGA : Sekolah Integrasi Jadi pilihan
Case 2 : Perlu pukul ker?
Iman the only child, setakat ni anak tunggal lah.. korang pernah dengar cerita anak ku sazali?
huhuhu ini lah yang paling takut.. terlebih sayang sampai tak pernah marah anak.. selalunya soalan orang pada kami asben n wife.. pernah marah iman dak? so you all boleh agak lah soalan seterusnya kemana kan. So memang lah kami ada marah.. heheh.. kami ibu bapa yang biasa..
Cuma.. kami tak pernah pukul anak dihadapan orang lain… never kut.. cuma marah and cubit adalah… Sbb aku and asben percaya budak pun ada maruah dia sendiri. Kalau nak pukul maybe kita tarik dia ketepi.
Ada satu kes dalam famili aku sendiri.. pergaduhan iman 7 tahun dan sepupu yang umor 15 tahun. Budak umur 7 tahun korang tahu lah macam mana aktif nya dia dalam bergurau senda terlebih sudah dia belum paham tindakan dia tu salah, niatnya hanya bergurau.
Tapi bagi aku dalam hal ini iman tetap salah sebab sentuh kepala sepupunya, tapi dibalas dengan tumbukan di dada yang amat kuat korang bayangkan tumbukan 15 tahun pada budak 7thn agak2 sakit ke dak?
Tindakan aku, tanpa aku terus sedari aku terus marah iman, aku jarang marah anak org wpun anak sedara aku sendiri. So dlm kes ni memang salah tindakan dia menyentuh kepala sepupunya.. mmg salah.
Aku biarkan dia menangis dulu tapi heheh kakak aku yg lain dah amik peluk dia terlebih dahulu kerana tumbukan utk budak 7 tahun tu sangat kuat and memang sakit.
Perlukah aku pukul dia lagi? rasanya tidak so apa yang asben aku buat tarik dia ke luar rumah slow talk dan bagi tahu dia tindakan dia salah and bla bla.. supaya dia faham .
hahah tapi dalam keluarga aku sendiri tidak faham pendekatan kita orang dan kata aku perlu pukul untuk sedarkan iman.. hurm.. yang teruk kena tumbuk tu iman…dan sepupunya tu dah umur 15 tahun kowt…. takkan aku nak tibai lagi kan
korang rasa? katanya lagi punca iman jadi macam tu sebab aku tak pernah pukul iman. bukan kah fitrah budak tu bermain dan kita pula kena tegur bahawa tindakan itu salah?.. betul tak?
Betul ke pukul anak akan buatkan dia jadi lebih baik?
Err.. persoalan penting ni.
Ya atau tidak, selagi budak tersebut tidak tahu apa kesilapan dia pukul bukanlah penyelesaian yg terbaik..
Walaubagimanapun, Setiap family ada cara tersendiri kan.. tak kisahlah…
Bila kita dengar talk and ceramah macam ni. aku kind of agree.. pukul and marah tidak semestinya solution yang terbaik kalau budak tak faham kesilapan apa yang dia telah buat
Banyak lagi yang kita perlu belajar… sbb anak yg kita kandung 9 bulan tu akan terus membesar dan akan melalui fasa yang berbeza, dari bayi, kanak, remaja dan dewasa. So kita sebagai ibu bapa pun kenalah terus belajar.
Mama sedar…. sepatutnya mama tak boleh marah marah.. tapi kadang kadang mama ko ni lupa anak oit.. huhuhu….
kalau sesiapa yang ada baca entri ni.. apa pendapat korang…?
Jangan marah anak Jangan marah anak Jangan marah anak Jangan marah anak Jangan marah anak Jangan marah anak Jangan marah anak
Senyum-senyum baca entry Azni nih. Nany setujuk sangat bab yang kita semua tak sama tuh. Banyak sangat aspek yang kena ambil kira. Termasuklah background and cara didikan kita masa kecik. Bila dah kawen kita pun rasa macam pelik memula tengok perangai husband yang kita rasa I cannot brain this! HAHAHAH! sebab maybe mmg macam tuh didikan kita masa kita kecil .Dahn bawak ke besor memang payah ler nak ubah yer dak? Really takes time and one step at one time. Bila kita waras dan emosi terkawal memang kita sendrik akan nampak hasilnya. Betul sangat ayat….sabar itu satu kejayaan. Kejayaan yang kita ajer boleh rasa bile kita betul2 sabar. Hasil tuh kadang cepat kadang lambat. Ujian namanya. Bagus your husband dengar talk2 gini. Memang selalu geng2 Mak Jemah yang penuhkan hall. Geng2 Pak Leman selalu nya kurang. Tak tau lah nape. Nanti I tanye husband I pulak. HAHAHAH! sorry beb! terpanjang…suka topik2 parenting ni. Muahss!!
hehehh tu lah nany… dia mmg suka sgt.. and dia mmg dia praktikkan dengan iman… heheh beruntung jugak lah.. azni ni panas baran sikit…
selalu jer tertinggi suara… so budak pun kadang terikut kan style kita .. huhu my bad lah…
Huwaaaa.. tetiba rasa nak nangis.. selalu rasa bersalah selepas marah anak..
Hahahah kaaan
sangat setuju yang tak semua anak boleh dididik dengan cara kekerasan
huhuh itulah.. saya pun masih belajar, bila tgh ngamuk tu hahah kena sedar balik nak dpt dia lah susah.
Suka baca sharing puan.. 🙂
Tapi betul, anak ni bila kita cakap slow heart to heart senang je dia nak dengar. Semoga kita jadi ibu yang dicintai anak selalu, aameen !
terima kasih… sama sama belajar juga.