Cara pilih course yang sesuai dengan result SPM . Zaman sekarang memang berubah sekarang matapelajaran pun ikut STEM. Tidak sama seperti zaman aku 23 tahun dahulu. Ijazah yang korang dapat untuk kerja pertama belum tentu menjanjikan kerjaya korang selepas graduasi. Ramai yang kerja Grab sebab nak habuan RM lebih tinggi.
Table Of Content
- Dahulu lain sekarang lain
- Cara pilih course yang sesuai di Universiti
- Contoh bidang UX design baru naik di Negara kita, tiada dalam bidang pengajian utama
- Kisah anak-anak saudara dalam pemilihan bidang pengajian di Universiti
- Ujian Psikometrik bantu pilih cara pilih course yang sesuai
- Kisah aku, zaman degree hingga kerja
- Zaman kemelesetan Broadcasting
- Plan hidup korang
Tapi aku nak tekankan disini, Pemilihan bidang pengajian di Universiti amat penting korang tengok dari segi keperluan 5-10 tahun kehadapan.
Dengan kata lain korang kena tahu cara memilih bidang pengajian yang sesuai
Boleh katakan pada zaman (1990 an) aku 60% meneruskan pengajian dalam bidang yang dipelajari. Tapi sekarang aku tengok yang amik Bidang perubatan pun belum tentu meneruskan kerjaya dalam bidang itu.
Faktor ekonomi dan pembangunan negara memang sangat mempengaruhi peluang pekerjaan. Pada tahun 1990-2005 , bidang engineering memang hebat. Tapi kalau ikut kata kawan kawan dalam bidang ini. Sekarang telah menjadi stagnant, gaji pun underpaid.
Contoh yang korang boleh lihat kebanyakkan kilang kilang hebat di bayan lepas telah berpindah ke negara yang menawarkan kos yang lebih rendah seperti vietnam dan china.
Dahulu lain sekarang lain
Masa aku belajar di USM tahun 1994-1998 memang budak-budak engineering masyuk yakmat oo pada masa tu.
Aku grad 1998, zaman serangan soros, zaman meleset so bidang broadcasting yang aku ambil sangat affected. Ramai yang hilang pekerjaan. Broadcasting dan advertising adalah satu bidang yang bergantung bajet yang secondary kepada sesuatu syarikat.
Namun aku bernasib baik jalan atau path aku menjurus kepada bidang hari ini, walaupun aku suffer 1 tahun pertama selepas grad. Jadi clerk sahaja, tapi eh! pengalaman situ pun banyak yang aku dapat.
Sebab itu Cara pilih course yang sesuai di Universiti sangat- sangat penting dengan keadaan mengetahui permintaan 5 atau 10 tahun selepas tamat belajar.
Cara pilih course yang sesuai di Universiti
Secara ringkas ini yang aku boleh kongsikan dengan korang. Sebelum buat keputusan untuk memilih bidang pengajian universiti kelak
- Rajin rajin jengah worldforum economic
- Rajin rajin masuk Linkend
- Dapatkan info dan data terkini dari VP and Director Human Resource untuk faham pattern. Ini korang suruh mak, ayah atau sedara untuk dapatkan info
- Perlu diingatkan setiap negara mempunya data dan demand yang berlainan contohnya di US boleh refer disini https://www.cnbc.com/2019/01/24/here-are-the-most-in-demand-jobs-for-2019.html
- Malaysia mengikut hays https://www.hays.com.my/press-releases/HAYS_2013162
- Refer https://afterschool.my/ untuk maklumat terkini setiap bidang dari maklumat kursus dan peluang pekerjaan kelak
- Ujian Psikometrik membantu memilih course yang sesuai, (baca info dibawah)
Contoh bidang UX design baru naik di Negara kita, tiada dalam bidang pengajian utama
Kalau korang tengok data dibawah ini, UX design kiranya adalah antara top 5 skill untuk malaysia buat tahun 2019.
Alhamdulillah setelah 10 tahun dalam bidang ini barulah nampak permintaan yang hebat. hahah aku ada sedikit kecewa sebenarnya bila mana syarikat yang aku kerja sekarang ini belum fully appreciate demand untuk bidang ini.
Maklumlah ……. ( tak boleh cakap lebih-lebih bahaya) belum masuk internal politik. Nanti lah aku share pasal life sewaktu kerja pula. tapi eh.. aku bersyukur tau sebab berada dalam syarikat yang stabil terutama dalam keadaan ekonomi sekarang.
Owh ini pun faktor penting untuk pemilihan kerja.
BUt again, aku bersyukur sebab ter… masuk dalam bidang ini tanpa sengaja, bermula dengan episod sedih dan kecewa tapi setelah 20 tahun bekerja bidang ini menjadi sesuatu permintaan yang sangat tinggi, cuma akulah pula yang tak mampu nak ikut pace zaman sekarang kena lah sacrifice untuk benda lain pula.
Dan sekarang pada tahun 2019, aku sekarang adalah ux designer yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi dalam bidang IOT. Siapa sangka dari masscomm ke bidang UX. Sebenarnya ada kaitan.. or aku patut cakap bidang ini berkembang dengan keperluan teknologi dan trend masa kini.
Kisah anak-anak saudara dalam pemilihan bidang pengajian di Universiti
Mungkin experience aku agak lama . Tapi aku nak kongsikan untuk korang based on pengalaman pemilihan kursus untuk anak anak sedara aku.
Berpatah balik 5/6 tahun yang dahulu, aku ni kira menjadi sumber untuk anak anak saudara aku untuk membuat pemilihan pengajian bidang belajar di universiti sebab paling muda huhuhu.
Kebetulan ,aku bekerja di company yang agak besar, hubungan aku dengan HR and VP HR yang agak baik. normally dia orang ini ada data pergerakanan peluang kerja. Jadi kalau ada saudara/kakak/abang yang bekerja di syarikat besar gunakan pengaruh mereka.
Aku berjaya yakinkan dia untuk mengambil bidang artificial Intelligent. Pada masa itu rasanya IPTA belum ada menawarkan bidang ini. Rezeki dia dapat menyambung bidang pengajian bidang ini diluar negara.
Jadi apa yang aku lihat, saat dia pulang ke tanahair. Peluang kerja untuk dia memang banyak. Bermula dengan program SLIM di Maybank, akhirnya berjaya diserapkan dalam sebagai permanent staff dengn bayaran yang agak lumayan untuk permulaan.
Namun ada juga anak saudara aku yang masih bertatih, belum mendapat pekerjaan yang sesuai. Antara faktornya pemilihan bidang pengajian kerana menurut ibu bapa, laluan bidang yang dipilih adalah biasa dan terlebih supply, dia adalah graduan engineering dan perempuan.
Bukan Sexist yer tapi aku tetap merasakan memang berlaku diskriminasi untuk bidang ini untuk perempuan. Tapi untuk softaware engineering aku rasa okay.
Jadi faktor faktor ini korang kena consider sebelum memilih kursus yang bersesuain.
Jadi sebab inilah aku tergerak untuk bercerita pasal pemilihan bidang pengajian di Universiti.
Ujian Psikometrik bantu pilih cara pilih course yang sesuai
Korang tahu ujian psikometrikkan? zaman aku dahulu tidak ada yer, beruntung budak zaman sekarang sebab sekurang kurangnya ini dapat membantu korang membuat keputusan dalam memilih bidang yang korang suka.
Kami memilih kursus yang kununnya yang kami inginkan mengikut keputusan peperiksaan spm atau stpm. If bernasib baik dapatlah apa yang korang nak, nasib tidak baik memang kena tendang ke bidang pengajian lain.
Contohnya aku, Pilihan pertama aku adalah Ilmu kemanusiaan tetapi aku dapat bidang pengajian Komunikasi Massa yang merupakan pilihan ke3.
Kecewa sangat tapi apa boleh buat, so terpaksa harung sahajalah. (padahal aku tak tahu pun Ilmu kemanusian tu apa, masscomm tu apa hahah. Aku main hentam sahaja)
Rupanya jiwa dan minat aku dalam bidang ini, so beersyukur sangat sangat!
Okaylah untuk korang yang mungkin dapat result yang tak best or tak bernasib baik macam aku ni, aku nak bukak mata korang.
IF berada dalam situasi aku nanti.. korang baca terus apa yang aku nak sampaikan
Kisah aku, zaman degree hingga kerja
Dalam kekecewaan sebenarnya aku bernasib baik dan ALLAH telah luruskan perjalanan hidup aku yang sebaiknya untuk aku. Walaupun pada asalnya aku kecewa dan aku rasakan aku serorang yang tidak bernasib baik sebab berpunca dari kesilapan memngisi borang UPU selepas SPM, membuatkan aku memilih tingkatan 6 dalam bidang sastera pulak. berubah 360 darjah!
FUh!! bagi aku pada waktu itu consider itulah dark time dalam hidup aku. korang boleh baca kisah sedih aku dalam entri kegagalan yang membawa sinar
Tetapi itulah titik tolak dan jiwa aku dalam perkerjaan aku hari ini.
Pendek kata pemilihan aku dalam bidang masscomm bukanlah pilihan pertama aku, tetapi itulah yang terbaik untuk aku rupanya. Bila habis graduate orang lain semua menuju ke production house atau TV station tapi aku dah tetapkan aku mahukan bidang NEW MEDIA yang masih asing pada masa itu. Rezeki dapat company sekarang, dan masih disini. 20 tahun sudah!
Zaman kemelesetan Broadcasting
1998, Broadcasting mengalami zaman kemelesetan, byk production house bungkus. Aku pernah jadi freelance script writer tapi gaji habuk pun takda. Aku dengan kawan aku yg femes jadi direktor skrg ni. heheh dia degil… dia tetap teruskan bidang ini, dan memang berbaloi sebab memang dikenali ramai. dialah director untuk drama kekasih paksa rela…
Tahun 1998-2005 memang tengah hot dengan bidang new media dan akhirnya berkembang kepada zaman sosial media yang korang hadap sekarang.
Dari menjadi account excutive untuk multimedia department (dlm bidang new media bukan finance dept yer) , project management dan akhirnya aku pilih jalan untuk menjadi UX Designer .
Inilah kisah aku, dan aku bersyukur sebab jiwa aku disini. Dan aku belum tentu sampai bila walaupun sekarang permintaan bidang ini sangat tinggi, namun faktor umur yang membuatkan aku berfikir 20x untuk berpindah ke syarikat lain.
Plan hidup korang
Habis SPM maknanya korang dah jadi dewasa, plan course apa yamg terbaik, dapatkan kerja terbaik dan urus kewangan dengan baik semoga korang dapat pencen dengan bergaya .
bagus entry ni kak. untuk rujukan adik-adik nak masuk universiti
Alhamdulillah .. saja share pengalaman
good info, kadang kita tak tahu apa job yang tengah market skrg. nice2