Cara memohon E-visa umrah sendiri| Sebenarnya guna visa pelancong untuk tujuan Umrah.
Table Of Content
Umrah adalah ibadah suci yang dilakukan oleh umat Muslim dengan tujuan untuk mengunjungi kota suci Makkah dan Masjidil Haram. Ibadah Umrah dapat dilakukan bila bila saja sepanjang tahun, namun lebih afdhal jika dapat dilakukan dalam bulan Ramadan.
Aku sendiri telah melakukan ibadah Umrah pada tahun 2005 yang lalu, hampir 18 tahun rupanya. Alhamdulillah, aku dapat lakukan ibadah umrah pada usia yang agak muda Umur 33 tahun. Sesungguhnya ianya umpama satu mimpi bagi aku dah suami bilamana dalam keadaan kami tidak mempunyai kewangan yang kukuh tapi berkat memohon dan berdoa agar dipermudahkan urusan untuk sampai ke sana.
Memang magik!
Betullah kata orang, bab umrah dan haji ni kena selalu sebut-sebut dan berdoa. Tidak tahu bagaimana tiba-tiba ruang dan peluang tu ada depan mata.
Kos umrah pada tahun 2005 hanyalah RM4,200 untuk 14 hari. Hahaha murahkan. Sekarang dengarnya harga umrah 2023 dari RM8,000 – RM 10,000. Aduhh…. 2 kali ganda. Sebab itulah aku dan suami tengah bercita-cita nak lakukan umrah secara DIY atau sendiri sahaja. Sepertimana kami travel ke New York, Turki dan lain-lain
Kalau korang ada masalah dialisis masa umrah aku cadangkan korang amik ikut travel ejen. Bila aku baca artikel dr geng blogger aku ni rasa impressed sangat
Kewajipan Umrah
Dalam Al-Quran tidak ada ayat yang secara langsung menyebutkan tentang wajibnya melakukan ibadah umrah, Namun dalam beberapa hadis Rasulullah SAW menyatakan bahwa melakukan umrah dalam bulan Ramadan sama dengan haji.
Namun, dalam Al-Quran terdapat ayat yang menyatakan tentang keutamaan dari ibadah haji dan umrah, seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 196 yang berbunyi :
“Dan haji itu di waktu yang tertentu. Dan barangsiapa yang bertekad untuk melakukan haji maka sesungguhnya (wajib) baginya berhaji pada tempat haji itu. Dan barangsiapa yang tidak mampu berhaji maka (wajib) baginya berfasta pada dua bulan yang ditentukan. Dan barangsiapa yang tidak mampu berfasta maka (wajib) baginya memberi makan seorang miskin. Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan dengan izin Allah maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.“
Ayat ini menunjukkan bahwa haji dan umrah diwajibkan kepada yang mampu secara kewangan dan fizikal. Namun bagi yang tidak mampu Allah mengizinkan untuk berpuasa selama dua bulan atau memberi makan kepada orang yang membutuhkan.
Disebabkan kos yang agak tinggi untuk mereka yang teringin untuk pergi secara umrah DIY dan ingin tahu Cara Daftar e-Visa Arab Saudi secara Online, mungkin blog post ini dapat membantu korang
Tapi sebenarnya ini adalah lebih untuk simpanan info sendiri. Aku terjumpa dari status FB En Mohd Nizam yang menerangkan cara-cara Proses visa pelancong untuk Umrah. Boleh contact dia terus kalau nak pergi under trip dia juga
Sebelum tu, korang kena paham perbezaan visa pelancong dan visa umrah harga visa umrah 2023 pun mahal dari visa pelancong
Bagaimana isi e-visa pelancong untuk Umrah
- Melakukan urusan pendaftaran di web resmi e-Visa yang ditentukan oleh pemerintah negara Saudi.
- Mengisi aplikasi yang tersedia secara online dengan informasi yang benar dan lengkap, termasuk informasi peribadi, perincian perjalanan, dan informasi kontak.
- Menyertakan dokumen yang diperlukan, seperti paspot yang masih valid tempoh, fotokopi halaman depan paspot, dan surat keterangan sehat dari dokter.
- Membayar visa e-Visa melalui cara pembayaran yang diterima, seperti kredit atau transfer bank.
- Menunggu pengesaha dari pemerintah negara Saudi melalui email atau SMS.
- Simpan dan cetak e-Visa yang diterima dan bawa saat ibadah umrah nanti
Cara memohon E-visa umrah sendiri
- Mohon E-Visa melalui pautan https://visa.visitsaudi.com/
- Klik ‘Apply Now’. Bagi pemohon yang pernah memohon sebelum ini boleh klik ‘Log in for existing user’ manakala bagi pemohon kali pertama boleh klik ‘Register untuk create account’.
- Klik ‘enter verification code’ serta isikan kod yang diberi melalui email yang didaftar dan mesti mengisi kod tersebut dalam tempoh masa 5 minit.
- Terdapat 2 jenis permohonan iaitu ‘Individual’ atau ‘Group’. Hanya umur melebihi 18 tahun boleh memohon secara ‘Individual’.
- Jika umur di bawah 18 tahun mesti memohon pada kategori ‘Group’. Permohonan untuk anak, boleh memohon bersama permohonan ibubapa pada kategori ‘Group’.
- Untuk gambar visa mesti berlatarbelakang warna putih.
- Gambar mesti resize less than 100kb dengan resolution 200×200 pixel. Boleh guna website untuk dapatkan setting gambar https://resizeimage.net/ dan pilih No. 4 Resize Your Image – just untick Keep Aspect Ratio dan isi dekat ruang pixel mengikut tetapan 200×200 pixel kemudian klik ‘Resize’.
- Untuk Nama terdapat 3 ruang mesti diisi :
- ‘Given Name’ – isi nama sendiri sahaja tanpa Bin/Binti (15 aksara sahaja di benarkan) siapa yang ada nama panjang agak sukar dekat sini kerana kena sambung nama di Middle Name
- ‘Father Name or Middle Name’ – boleh kosong kan sekiranya nama pendek atau boleh letak sambungan nama yang panjang dari Given Name atau boleh letak Bin/Binti jika nama bapa melebihi 15 aksara
- ‘Last Name or Family Name’ – boleh letak Bin/Binti bersama nama bapa jika No. 2 di atas dikosongkan atau nama bapa sahaja jika No. 2 sudah diisi Bin/Binti.
- Butiran diri yang lain diisi seperti biasa.
- ‘Current Residence Address’ kena diisi dengan alamat di Malaysia walaupun berada di luar negara.
- Kemudian isi maklumat passport seperti biasa.
- Mesti diisi ‘Date of Arrival dan Date of Departure’. Pastikan tempoh dari ‘Date of Arrival’ dan ‘Date of Departure’ mesti kurang dari 90 hari. Visa ini sah selama setahun dan maksimum tinggal adalah selama 90 hari setiap kali masuk ke Saudi Arabia. Sebelum 90 hari kena keluar dari Saudi Arabia dan boleh masuk balik selepas itu.
- Klik ‘Select All’ untuk ‘Purpose of Visit’ untuk muslim dan abaikan untuk non muslim.
- ‘Residence Address’ boleh diisi nama hotel atau boleh menggunakan alamat jika terdapat kenalan yang menetap atau bekerja di Saudi Arabia.
- Insurans boleh klik ‘Agree’ untuk bayar insurans nanti sewaktu pembayaran dilakukan. Sebaiknya mengambil travel insurance sendiri di Malaysia untuk sebarang kecemasan ketika berada di Saudi Arabia.
- Kemudian ‘Term & Condition’, baca semua dan boleh klik ‘Agree’.
- Sebelum melakukan pembayaran boleh klik ‘Review Application’ untuk pastikan semua maklumat betul atau sebaliknya.
- Untuk ‘Group application’ terpulang samada bayar sendiri atau bayar dulu setiap visa yang sudah diisi.
- Setelah selesai membuat pembayaran, boleh tunggu keputusan visa melalui email yang didaftarkan. Kebiasaannya, cuma dalam tempoh masa 5 minit untuk ‘approval’ selepas selesai melakukan bayaran. Kemungkinan juga mengambil masa yang lama sekiranya ramai yang memohon visa pelancong ini.
Wah! bestnyer. Nak ikut pergi umrah DIY. Nak ikut package mahal sangat-sangat.
Teringin nak buat diy umrah
Terima kasih atas info yang dikongsikan…
Buat Umrah secara D.I.Y katanya lebih menjimatkan.. Dapat Jimat banyak tak?
Menarik lah umrah DIY ini. Moga dapat sampailah ke tanah suci ini jua suatu hari nanti.