Saat aku menulis entri pasal buffet Ramadhan Swiss Garden Hotel & Residence Kuala lumpur baru baru ini, aku belek belek gambar yang aku dah ambil. Aku memang tak boleh move on dengan 2 menu nih. Kecur mulut aku !. Asam laksa dan juga sup perut yang dihidangkan hari itu .
Table Of Content
Swiss Garden Hotel & Residence Kuala lumpur kali ini menawarkan juadah khas buka puasa ramadhan dengan berkonsepkan “Selera Warisan “ dengan kerjasama “Flavors Restaurant yang terletak di dalam premis ini.
Terdapat lebih 150 juadah yang terhidang menyambut aku dan rakan blogger yang lain pada hari itu, dengan suasana dan ambience yang sangat best tambahan pula dengan iringan alunan ghazal. Terasa seperti sudah berada di dalam bulan Ramadhan. Seperti entri entri aku terdahulu seringkali aku cakap selain faktor makanan yang disediakan aku memang menitik beratkan hospitaliti dan ambience yang best. Itulah yang membezakan antara makan di hotel atau di rumah. hahah itu aku lah…
Nak cakap pasal pilihan menu, memang banyak ya amat dan pelbagai jenis. Perut aku pula tak lah besar mana jadi aku cuit cuit semua sikit-sikit supaya aku boleh rasa dan kongsikan pula dengan korang Tapi ada juga yang balun sungguh.. mana tahan beb!
Pilihan Modermumthingy
Aku memang suka yang rare atau susah dapat. Bila aku nampak sup perut + keting + daging, perghh… terus aku dah target itu lah juadah pertama yang aku akan serbu. Ke hulu ke hilir aku pusing di Restoran Flavors untuk Scan apa yang aku nak makan hahah.. Tapi dalam fikiran aku masih terbayang sup tersebut.
Mungkin sebab sebelum ni salah seorang anak sedara aku update di IG sup perut masam yang dia makan di kelantan 2 bulan lepas membuatkan aku rasa aku kena cari juga. hahah Pucuk di cita ulam mendatang bila Hotel ini menyediakan juadah yang istimewa ini.
Kedua aku dah nampak cucur digoreng di dalam kuali panas tu. Eh ! orang mesti cakap dekat kedai biasa pun ada. Memang laa tapi aku cukup suka kalau tengok cucur yang di goreng panas panas dan sangat bersih dan sopan.. hahha.. well yaa.. itulah expectation aku setiap kali aku makan di hotel.
Ketiga.. selaku anak tokey laksa berpuluh tahun, memang aku tak boleh tengok laksa weh. Wajib cuba! Walaupun ianya asam laksa tidak seperti yang ayah aku buat tapi dah namanya laksa. Mana boleh tahan. Laksa derang ni memang best. Mencapai tahap QA aku hahah, kalau sesiapa yang suka letak otak udang pun ada disediakan. Letak pulak cili padi.. pergh .. terangkat
Kawan kawan yang duduk semeja dengan aku pun semua pakat amik sorang satu. So korang datang ni korang wajib cuba okay…
Keempat . Ada bubur lambuk rusa dan bubur lambuk arnab. Tu dia aihhh… spesel bak hang. Tak pernah jumpa lagi kat tempat lain. heheh yang ini aku balun 1 mangkuk la, Rare tu. rugilah tak makan.
Menu yang pelbagai
Kesemua menu haruslah dihidang dengan well prepared dari kulinari teamSwiss Garden Hotel & Residence Kuala lumpur dari Kerabu, sup, dessert, sebagai pembuka selera. Antara menu yang mendapat sambutan tahun terdahulu seperti kambing golek, dan juga makanan arab juga dihidangkan.
Tak lupa juga dengan menu menu tradisi seperti Rendang Tok, Kerabu, Siput Sedut, Bubur lambuk, Satay dan segala jenis manisan dah bubur seperti pengat jeli, puding dan sebagainya.
BACA : Buffet Ramadhan Seri Pacific
Harga Buffet Ramadhan Swiss Garden Hotel
- RM82 dewasa untuk early bird
- RM118 dewasa
Hotel jugak menawarkan pakej “Ramadhan Stay & Dine” antara RM250 dan RM320 yang mana termasuk pakerj bilik + Buka puasa + sahur. fuhhh… menarik sangat kan. Bukan orang luar dari Kl sahaja berminat, orang di kawasan selangor dan KL pun silap silap join sekali. eh.. teringin jugak yer.. macamana agaknya feel tu yer.
Surau
Surau terletak di tingkat 3 residence block. dan jangan risau, pihak hotel akan meletakkan signage sepanjang bulan ramadhan nanti.
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan
Tel : 03- 2785 1190
Email : foodandbeverages@shrkl.swisgarden.com
Korang juga boleh lihat Senarai Buffet Ramadhan untuk semua hotel terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor
Swiss Graden memang sedap makanan dia.. Saya suka
menggodanyaaa menuuu