Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang di Terazza Brasserin and Melati dengan tema semarak rasa bermula dari 6 May hingga 4 June 2019. Selain dari itu terdapat juga promosi early bird semurah RM99.00 sehingga 5 May 2018.
Table Of Content
Kalau betul betul nak bawak famili berbuka puasa musim ramadhan nanti aku rasa korang kena rebut peluang nih. Berbaloi baloi. Jimat banyak tu.
Keistimewaan jamuaan buffet ramadhan di sini terdapat 100 juadah istimewa yang dibawakan dari setiap negeri di negara kita tau. Memang super specialllah. Kalau ada yang teringin sotong sumbat atau Laksa sarawak boleh datang ke Buffet Ramadhan Dorsett ini. First time aku jumpa hotel buat laksa sarawak, kurlass kan.
Kalau aku tengok history dari dulu Hotel Dorsett Subang ini tetap mengekalkan Menu Istimewa Sup Tulang Gear Box dan Kambing Golek Berempah. Kedua- dua ini adalah signature dish dari Dorsett Subang. Bercakap pasal sup tulang Gear Boax ni paling terkejut, bila tengok jiran sebelah mintak dekat kaunter tersebut siap tanya nak makan berapa oran? kalau 2 orang saya bagi 2 hahahah.. matilanak … banyak tu …
Kalau hari tu datang dengan abam memang dah amik dah sup nih. Tapi takut membazir pulak bila makan sorang-sorang. Perut dah penuh dengan makanan lain hahaha. Memang rambang mata lah. Sebelum ni aku pergi preview buffet ramadhan di Best Western abam jugak yang pulun banyak makan heheh.
Jadi untuk korang yang memang kaki Sup Tulang Gear Box, pergilah serbu Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang . Boleh ulang banyak kali makan nih hahahahha…
Juadah makan disini memang banyak. Kalau rasa rindu masakan negeri tapi bertaraf hotel korang boleh intai intai sini tau.
To be frank tak kesemua makanan yang aku cuba, huhu tak muat perut tapi aku memang memilih apa yang betul betul aku nak cuba. Bila food tu memanggil manggil tu hahaha kenalah ambik kan.
Jadi aku nak kongsikan menu wajib korang cuba tau… please cuba. Nanti share komen kat bawah ni apa pendapat korang pula.
Pilihan Modernmumthingy di Buffet Ramadhan Dorsett Grand Subang
- Creme Brulee
Korang wajib rasa yang ini, antara creme brulee yang terbaik pernah makan. hahah aku makan dalam 4 mangkuk kut. Memang sedap sgt, cukup rasa. Gebu, lembut and manis yang boleh terima. - Gulai Tempoyak Patin
Aku memang agak cerewet makan gulai tempoyak ni. Hanya makan di restauran Gobang Temerloh, tapi bila tengok jiran sebelah meja aku ni sedap jer sauk kuah nih . Aku pun apa lagi ambik juga nasik. hahaha… Tak tahan woo.. sehingga menjilat jari - Bubur Lambuk
Yan ini betul betul berdekatan kaunter Sup TUlang gear box. Feel bulan posa yang best makan denagn bubur lambuk Yang ini pun sodap weh!!
Menu Menarik
- Briayani Gam Johor
- Gulai Tempoyak Pating Pahan
- Gulai Kawah kelantan
- Rendang Tok Perak
- Sup Campur kedah
- Spageti Makanan Laut Sabat
- Gulai Lemak Pisang Muda Selangor
- dan banyak lagi…. korang tengok jelah gambar gambar ni COnfirm terliur
Harga
Terdapat 2 jenis harga mengikut lokasi
- Terazza Braseserie RM 165 ( Dewasa)
- Melati Room RM155 (Dewasa)
- Early Bird Pruchase sehingga 5 May 2019 RM99.90 sahaja
- Pakej Kareem Ramadhan Room package Sahur and Iftar untuk 2 orang RM370
Fasiliti
1. Surau.
2. Tempat letak kereta.
3. Ruang makan indoor dan outdoo
Hubungi
- Untuk membuat sebarang reservation : 0350316060 ext 1912
- Via Email :bookfnb.subang@dorsetthotels.com
- Website: http://www.dorsetthotels.com/malaysia/subang
- Facebook : https://www.facebook.com/DorsettGrandSubang/
- Kalau nak beli voucher 25% diskaun dari harga biasa secara online boleh dapatkan di https://dorsettbooking.com/ramadan-overview.php
Nampak sodap dan menyelerakan 🙂
wah bestnya .. teringin ni nak makan katluar lagi.. bila yer
meriahnya kakk makanan kat sini….