Berkat Korban AEON 2022 | AEON CO. (M) BHD meneruskan Pogram Berkat Korban sebagai salah satu usaha mereka membantu rakyat Malaysia menyediakan platform untuk ibadah korban semudah ABC, samada secara AEON online atau boleh daftar di mana-mana kaunter di seluruh cawangan AEON.
Table Of Content
Ibadah korban adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut. Diberitakan, Nabi Muhamamd SAW tidak pernah ketinggalan dalam melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun, walaupun hanya seekor kambing.
Waktu penyembelihan korban ianya selepas terbit matahari pada Hari Raya Adha dan selepas selesai solat sunat Aidil Adha sekalipun ke tanggal 13 hari Tasyrik. (Hadis diriwayat Al Barra’)
Nabi SAW bersabda maksudnya:
Sesungguhnya perkara yang mula-mula kami lakukan pada hari ini (hari Aidil Adha) bahawa kami lakukan solat Aidil Adha kemudian kami balik rumah dan lepas itu kami sembelih korban. Barang siapa yang lakukan demikian ia telah menepati sunahku dan siapa yang menyembelih korban sebelum itu maka dagingnya menjadi daging yang diberikan kepada ahlinya dan bukan dari daging korban.
Beberapa tahun ini terdapat beberapa trend yang melakukan ibadah qurban dan aqiqah di Luar negara, dan terdapat juga beberapa isu “ketelusan” yang berlegar di sosial media yang mana sesetengah ejen mungkin tidak melaksanakan pun ibadah tersebut. Dengan kata lain pemilihan ejen atau tempat korban amat penting untuk kita semak terlebih dahulu.
Menurut kata ustaz Don Daniyal, lebih afdhal untuk kita lakukan ibadah korban ini didalam kawasan penempatan kita.
Berkat Korban 2022 bersama AEON
Tahun ini merupakan tahun ketiga AEON Online melaksanakan program Berkat Korban yang telah mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak sebelum ini. Untuk Berkat Korban 2022, AEON berkolaborasi dengan Yayasan Islam Darul Ehsan(YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm.
AEON merupakan cawangan pusat beli belah pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini. Kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Shariah dalam kita memastikan umat Islam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna
Dr. Kasuma Satria Mat Jadi,
Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap
Pengarah Komunikasi Korporat AEON
- Dilaksanakan di seluruh cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu.
- Program Berkat Korban 2022 menyediakan dua kategori haiwan korban iaitu lembu dan kambing.
- Seekor lembu seberat 210kg hingga 250kg akan dibahagi kepada tujuh (7) bahagian, harga yang ditetapkan bagi satu bahagian adalah sebanyak RM880.
- Manakala harga seekor kambing seberat 28kg hingga 30kg adalah sebanyak RM1,200. Harga ini adalah sama bagi mereka yang ingin menyumbangkan bahagian korban mereka kepada golongan Asnaf.
- AEON mensasarkan sebanyak 1,000 ekor lembu dan 200 ekor kambing untuk program ini
Bagi tujuan tempahan, para pelanggan hanya perlu hadir ke kaunter-kaunter yang dibuka khas di semua cawangan AEON di seluruh negara atau menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012–7591816
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ikon Berkat Korban 2022.
Saya merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan AEON untuk program Berkat Korban 2022. Selain daripada memperkukuhkan ukhwah dan silaturahim setiap golongan masyarakat serta dapat melaksanakan ibadah untuk diri dan diinfakkan kepada golongan yang memerlukan, usaha ini dapat membantu penjanaan ekonomi para penternak tempatan serta peladang-peladang kecil.
Ustaz Don
Menurut Ustaz Don. Alhamdulillah, setiap kerja penyembelihan dan pemprosesan juga dilakukan di dalam suasana terkawal untuk memastikan hasil sembelihan yang patuh shariah, bersih serta berkualiti tinggi selari dengan halalan toyyiban.”
BACA : Cara solat taubat satu persatu
Hikmah di sebalik pensyariatan ibadah korban
Antara salah satu hikmah dalam ibadah korban ini, sebagai tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya dikurniakan sepanjang tahun dan juga dengan menunaikan ibadah korban boleh menghapuskan dosa-dosa kecil serta ibadah korban juga sedikit sebanyak boleh meringankan beban orang yang dalam kesempitan.
Pada dasarnya hukum menyembelih korban itu adalah sunat muaakad tetapi boleh bertukar menjadi wajib dalam dua keadaan:
Pertama jika ianya dinazarkan kerana sabda Rasulullah SAW maksudnya; “Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya maka hendaklah dia mentaati-Nya walaupun jika dia mati hendak dia menggantikan apa yang telah dinazarkan.”
Info lanjut
Untuk dapatkan info terkini boleh layari laman web tersebut
- https://aeonmyberkatkorban.com
- www.myberkatkorban.com.my
No Comment! Be the first one.