Bercuti ke Pulau Pinang | Kalau sebut Pulau Pinang memang ia seringkali dikenali dengan syurga makanan dikalangan rakyat negara kita. Negeri ini sememangnya dekat dihati aku sendiri. Walaupun hampir 4 tahun aku pernah bermaustatin di Pulau Mutiara ini namun nampaknya ada banyak tempat yang belum dijejaki. Secara purata hampir setiap 2 tahun aku pasti jejak ke sini dan tidak pernah jemu.
Table Of Content
- Kempen Nikmati Pulau Pinang seumpama memanggil untuk “jom bercuti ke Pulau Pinang” sekarang!
- Tujuan Utama Kempen Nikmati Pulau Pinang untuk galakkan Bercuti ke Pulau Pinang
- Pelancaran Risalah Terbaru tarikan Bercuti ke Pulau Pinang
- Promosi dan tawaran di laman penangtraveldeals.com.
- Tempahan Pelancongan Dalam Talian
- Tarikan lain untuk Bercuti ke Pulau Pinang
- Balik Pulau
- Teluk Bahang
- Boulder Valley Glamping
- “7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang” tarikan Bercuti ke Pulau Pinang
- Gelongsor air terpanjang di dunia
- Entopia by Penang Butterfly Farm
- Seberang Perai
- Pulau Aman
- Kampung Agong
- Tapak Warisan Unesco
- Dekat dihati selalu ingin Bercuti ke Pulau Pinang
Umpama sirih pulang ke ganggang, sentiasa memanggil-manggil untuk ke sana dan pada 4-6 Disember baru-baru ini aku dan beberapa rakan karib telah membuat “road trip” khas untuk menikmati makanan dan melawati tempat kenangan sepanjang pengajian di USM, Minden pada tahun 1994-1998 dahulu.
Perancangan dari sebelum PKP akhirnya berjaya direalisasikan dengan rakan karib ini telah meninggalkan satu memori kenangan yang indah buat kami. Tapi rasanya kami tetap akan kembali ke Pulau Pinang
Ada banyak faktor kenapa Pulau Pinang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Mereka ada pelbagai ‘cerita’ yang boleh dikongsikan dengan semua rakyat Malaysia.
Kempen Nikmati Pulau Pinang seumpama memanggil untuk “jom bercuti ke Pulau Pinang” sekarang!
Ini yang membuatkan aku kagum, nampaknya Penang Global Tourism (PGT) terus menghasilkan idea yang kreatif untuk terus mempromosikan Pulau Pinang demi memastikan ianya kekal dalam carta destinasi pelancongan utama di negara kita.
Dibawah seliaan EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) dan Ketua Pelancongan Negeri Pulau Pinang, YB Yeoh Soon Hin dan Encik Ooi Chok Yan, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism bersama-sama mempengerusikan majlis pelancaran pada 14 Disember 2021 dengan kempen “Nikmati Pulau Pinang” untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pilihan dan memacu industri pelancongannya terulung di Negara kita.
Kempen Nikmati Pulau Pinang ini pantas dilancarkan bilamana majoriti rakyat telah divaksin, aktiviti pelancongan telah dibenarkan dan kawalan pergerakan telah dilonggarkan di negara ini. Justeru, tanpa melengahkan masa terus mereka memasang langkah untuk meningkatkan lagi promosi pelancongan ke Pulau Pinang
Tujuan Utama Kempen Nikmati Pulau Pinang untuk galakkan Bercuti ke Pulau Pinang
- Memacu pengunjung domestik dan antarabangsa ke Pulau Pinang
- Untuk mengingatkan pengunjung-pengunjung tentang tarikan luar biasa di negeri ini, daripada dua tapak warisan yang ditetapkan oleh UNESCO;
- Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town
- Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera yang baru sahaja diiktiraf,
- Seni jalanan Pulau Pinang yang unik,
- Makanan tempatan yang pelbagai dan semestinya lazat,
- Tidak kurang juga hutan hujan yang berusia 130 juta tahun,
- Untuk memastikan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi paling ikonik di dunia
Namun ia tidak berakhir dengan senarai diatas. Mereka turut melancarkan 2 risalah terbaru untuk menguatkan kempen “Nikmati Pulau Pinang” ini. Aku sendiri tidak menyangka kedua -dua tempat ini sangat menarik dan membuatkan aku sendiri membuak buak untuk kembali kesana.
Pelancaran Risalah Terbaru tarikan Bercuti ke Pulau Pinang
‘Other Side of the Island, Teluk Bahang and Balik Pulau’ dan ‘Opposite Side of the Island, Seberang Perai’
Kedua-dua tempat ini umpama membuka ‘hidden gem’ yang harus kita terokai dan lawati. Selaras dengan aspirasi Pulau Pinang untuk menjadi destinasi pelancongan yang terulung, mampan dan dari pelbagai segi seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang dan wawasan Pulau Pinang 2030 untuk mencipta pelbagai produk pelancongan berkualiti di seluruh pulau dan Seberang Perai.
Promosi dan tawaran di laman penangtraveldeals.com.
Untuk menguatkan lagi Kempen Nikmati Pulau Pinang ini, ianya juga disokong oleh promosi dan tawaran berpatutan di laman web penangtraveldeals.com
Pengunjung-pengunjung dapat menelusuri pelbagai tawaran menarik seperti
- Tawaran Hotel Terbaik,
- Tawaran Tarikan Terbaik,
- Pakej Pelancongan Terbaik,
- Tawaran Keperluan Pelancongan Terbaik,
- Produk Terbaik Pulau Pinang,
- Tawaran Bawa Pulang/Penghantaran Terbaik,
- serta Tawaran Perkahwinan Terbaik.
Promosi ini semestinya menawarkan pengunjung pengalaman yang berbeza dan penjimatan yang besar bagi penginapan, tarikan, dan lawatan. Pastikan korang grab mana mana promosi yang menarik disini.
Di samping itu, kempen “Nikmati Pulau Pinang” juga dipaparkan pada platform e-dagang seperti Klook dan Shopee
Tempahan Pelancongan Dalam Talian
Platform tempahan pelancongan dalam talian mendedahkan bahawa Pulau Pinang merupakan antara lima destinasi teratas yang paling ditempahi orang ramai. Boleh kata kesemua hotel di Pulau Pinang ‘Fully Booked” sebaik PKP ditamatkan.
Bandar Pulau Pinang sememangnya menawarkan kemeriahan kehidupan kontemporari sambil mengekalkan daya tarikan sejarahnya
Tarikan lain untuk Bercuti ke Pulau Pinang
Balik Pulau
Kawasan desa Balik Pulau yang menawan menyediakan pelbagai khazanah untuk pencinta alam, dari pantai terpencil ke rumah kampung tradisional, ladang, perkampungan nelayan, ladang haiwan, dan sawah padi.
Pengunjung-pengunjung dapat menikmati perjalanan yang indah melalui landskap luar bandar yang tenang di Balik Pulau dengan berbasikal dan meneroka industri rakyat kampung, ladang, dan pantai mengikut rentak masa mereka sendiri.”
Teluk Bahang
merupakan destinasi yang terkenal bagi pencinta alam dan pengembara. Hutan Teluk Bahang adalah rumah kepada rangkaian tarikan ekopelancongan moden seperti Boulder Valley Glamping, Tropical Spice Garden, Taman Tema ESCAPE dan Entopia by Penang Butterfly Farm.
Boulder Valley Glamping
Khas untuk mereka yang ingin menikmati kehidupan di hutan tanpa melepaskan keselesaan kehidupan moden boleh berbuat demikian di Boulder Valley Glamping, sebuah tempat pelancongan yang mewah terletak di dalam hutan hujan Teluk Bahang.
Tempat “glamping” ini menawarkan penginapan mewah dengan bilik mandi “en-suite” dan peluang yang tidak ternilai untuk bangun pagi dengan bunyi kicauan burung atau meringkuk di bawah bintang di tepi unggun api pada waktu malam. Pengunjung juga boleh menyerikan jadual perjalanan yang penuh dengan alam semula jadi di Tropical Spice Garden, di mana mereka boleh bersiar-siar di bawah pokok pala yang menjulang tinggi dan berehat di tepi kolam yang indah dengan teratai air terapung dan ikan koi berenang.
“7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang” tarikan Bercuti ke Pulau Pinang
Dua keajaiban buatan manusia yang tersenarai dalam bucket list “7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang” mereka boleh menuju ke Taman Tema ESCAPE dan Entopia by Penang Butterfly Farm.
Gelongsor air terpanjang di dunia
berdasarkan Rekod Dunia Guinness di Taman Teman ESCAPE menjanjikan gelongsoran penuh keseronokan tapi mendebarkan selama empat minit , Ianya mempunya jarang sepanjang 1,111 meter melalui hutan semula jadi dan kanopi pokok.
Entopia by Penang Butterfly Farm
Tempat perlindungan rama-rama dan serangga tropika yang pertama di dunia, tempat di mana kira-kira 15,000 rama-rama terbang bebas! Entopia by Penang Butterfly Farm juga mempunyai pusat penemuan yang menampilkan dua tingkat pameran dan aktiviti pembelajaran, membolehkan pelawat meneroka sendiri dunia invertebrata melalui pelbagai stesen pendidikan interaktif.
Seberang Perai
Terdapat banyak tempat-tempat tarikan tersembunyi di Seberang Perai seperti Butterworth Art Walk, Pulau Aman, Taman Rimba Bukit Mertajam, Frog Hill, dan Kampong Agong. Pengunjung boleh menyusuri lorong kecil di Jalan Bagan Luar yang dikenali sebagai Butterworth Art Walk.
Lukisan dan pemasangan yang menarik perhatian berfungsi sebagai latar belakang berwarna-warni untuk ops foto sambil mendidik pengunjung tentang ekonomi dan sejarah pertanian di Seberang Perai.
Pulau Aman
Jangan lupa ke Pulau terpencil, Pulau Aman yang akan menawarkan ketenangan dan pemandangan indah kepada pengunjung, bot nelayan yang berwarna-warni, tapak bersejarah, pantai yang indah, dan pelbagai hidangan makanan laut.
Selain itu, terdapat juga aktiviti menarik untuk mereka yang sukakan cabaran seperti berkayak, memancing, meredah hutan, berkhemah, dan banyak lagi di Pulau Aman.
Pengunjung juga boleh pergi ke Taman Rimba Bukit Mertajam yang terkenal dengan pokok Mengkundur gergasi yang dianggarkan berusia lebih 80 tahun. Pokok itu sangat besar pada akar tunjangnya sehingga memerlukan kira-kira 20 orang berganding tangan untuk mengelilinginya.
Kampung Agong
Insta spot ! pastikan singgah di di Kampung Agong yang terletak di Bakar Kapur di Penaga. Pastinya deretan pokok kelapa, sawah padi, rumah kayu tradisional dan piano-sedia-Instagram, buaian, dan sarang gergasi di kawasan itu telah tular di media sosial sejak 2018, menjadikannya ianya berbaloi untuk memandu selama sejam dari Pulau Pinang.
Frog Hill
Sementara itu, Frog Hill (juga dikenali sebagai Bukit Katak) ialah tempat kegemaran para naturalis dan para jurugambar dan juga menyerupai Jiuzhaigou yang terkenal di China. Selanjutnya, dalam jarak pemanduan yang singkat dari Kampung Agong, Frog Hill menjanjikan pengunjung pemandangan dramatik kolam berwarna biru kehijauan dan sesekali penampakan kerbau liar yang berkubang di dalam air.
Tapak Warisan Unesco
Perjalanan ke Pulau Pinang tidak lengkap tanpa melawat dua tapak warisan yang ditetapkan oleh UNESCO. Pulau Pinang adalah satu-satunya di semenanjung yang mempunyai dua tapak warisan UNESCO; iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera yang baru sahaja diiktiraf.
Dekat dihati selalu ingin Bercuti ke Pulau Pinang
Perjalanan hanya mengambil masa 4 jam dari kuala lumpur namun kadang kadang kekangan masa yang membuatkan jarak memisahkan antara aku dan Pulau Pinang. Semanis gelaran Pulau Mutiara, cahaya dan keseronokan bila berada disana membuat ianya menjadi tumpuan bercuti setiap tahun,
Jika tahun lepas impian untuk bercuti di Hard Rock Penang meninggalkan kenangan manis untuk kami sekeluarga, tahun ini pula ‘girls trip’ menjadi suatu yang istimewa.
Pastinya tahun depan kami akan tetap kembali dan Bercuti ke Pulau Pinang tanpa jemu
Kita dah save! Hujung tahun ni plan pi Penang
Thanks sharing kak