Beli rumah selepas pandemik | huhu takut aku tengok harga rumah sekarang, First and foremost topik ini related untuk semua orang. Aku suka kalau cakap pasal bab keperluan membeli rumah, sebab aku rasa setiap orang kena ada ilmu untuk tahu bila dan bagaimana untuk membeli rumah.
Table Of Content
Aku selalu membahas kepentingan memiliki rumah seawal mungkin, dikalangan anak saudara atau pun adik adik muda di pejabat, dan aku selalu menentang untuk orang yang suka berhabis duit untuk membeli kereta instead of rumah.
Aku cannot brain orang yang beli kereta hampir 200k aka kereta Alphard, tapi masih menyewa
Simple sahaja aku lihat isu ini , sebaik kereta keluar dari showroom terus susut nilai, tapi untuk rumah sebaik kita memilik kunci rumah harga terus menaik saban tahun. Tapi, bukan aku melarang untuk membeli kereta tetapi yang berpada-pada. Yang mampu milik maksud aku
Once kita ada komitmen kereta maka peluang untuk memiliki rumah agak berkurangan jika tidak setimpal dengan gaji kita kelak. Tolonglah baca entri aku Kereta Mampu Milik M40 mungkin korang akan lebih paham.
Rule of Thumb Beli rumah
Nak tak nak kita kena juga beli rumahkan?, cuma bilakah masa yang paling sesuai.
Rule of 30, Bayaran bulanan beli rumah tidak lebih 30% peratus pendapatan kasar suami-isteri. Kalau dapat 30% dari gaji bersih, lagi baik. Jika pendapatan bulanan suami-isteri RM10,000, bayaran bulanan tidak lebih RM3,000.
Makin besar bayaran hutang rumah, makin susah kita ada simpanan nanti.
hahah itu belum kira lagi tanggungan anak-anak, tanggungan keluarga di kampung. hurmm… banyak kalau kita nak kira. Tapi kalau nak lebih senang korang boleh cara-cara kira secara online yang mungkin membantu korang dapatkan maklumat komitmen bulanan nanti.
Penggunaan tools macam ini juga boleh bantu korang nampak secara visual komitmen yang akan dikeluarkan dari tahun pertama hingga tempoh loan.
Disebabkan aku rajin tengok kalkulator macam ini lah aku nekad untuk habiskan bayar rumah secepat mungkin. Aku sakit tengok jumlah bayaran yang bayar hanya mampu selesaikan sedikit sahaja prinsipial loan aku. Dan, heheh aku berjaya selesaikan loan rumah yang 30 tahun menjadi 11 tahun sahaja.
Mungkin orang hartanah tidak suka cara aku, tapi aku memikirkan hutang yang akan beranak disebabkan interest yang dikenakan atas baki tertunggak.
So aku adalah living proof yang berjaya settlekan hutang rumah dengan cepat dengan bantuan wang EPF aku.
Tapi yang penting sekali ukur baju di badan!
Kena tahu tahap kemampuan dan komitmen yang ada, dan teruslah menuntut ilmu
Sesuaikah beli rumah selepas pandemik
Harga rumah tidak pernah jatuh !
Tapi harga rumah makin menaik, bukan sahaja di Malaysia malah rasanya secara global kerana faktor inflasi, dan jugak kenaikan kos pembinaan seperti simen, besi, kayu kayan. Jadi agak mustahil untuk mendapat harga bawah pasaran melainkan harga rumah Lelong.
Namun persoalannya, semenjak COVID19 melanda kita banyak perkara berlaku sepanjang tempoh ini termasuklah harga rumah dan pembiayaan rumah. Pada tahun 2020, 3 orang anak sedara aku berjaya memiliki rumah disebabkan interest yang rendah, dan harga rumah yang tidak berapa berganjak.
Tetapi memasuki 2022, dengarnya bank negara akan menaiki faedah 2 kali dalam tempoh terdekat ini huhuhu. Seram pulak aku dengar.
So macammana ni? umur makin tua vs tempoh kelayakan loan. Korang nampak tak ?
Tiga orang anak sedara aku memiliki kerjaya yang agak stabil jadi daripada dia orang menghabiskan duit untuk tujuan lain adalah lebih baik komitmen bulanan disalurkan kepada loan rumah. Ini semua adalah asas kepada pemahaman kewangan yang patut dipelajari oleh setiap semua orang
6 sebab kena beli rumah secepat mungkin
Semua orang kena bercita cita untuk membeli rumah, supaya kita ada bumbung untuk berteduh bila masa kita tidak lagi mampu bekerja dan membayar sewa nanti. Kurang-kurang, pembayaran rumah sendiri tiap bulan akhirnya rumah itu akan menjadi aset kita juga.
- Faktor umur
- Harga rumah meningkat
- Hartanah pelaburan jangka panjang
- Rumah adalah aset
- Perlindunagan kepada keluarga
- Punca pendapat pasif
Panduan Asas Beli Rumah Pertama
Panduan ini adalah panduan asas sahaja, dan aku harap catatan ini dapat membantu yang nak beli rumah pertama. Tidak kiralah Beli rumah selepas pandemik atau pada masa hadapan, panduan ini akan valid untuk korang
- Modal membeli rumah pertama antara 15%-16% dari harga rumah yang nak dibeli (10% deposit + 3% S&P + 2.5% pinjaman + 0.25% penilaian)
- Asasnya 90% pinjaman untuk rumah pertama, tetapi ada bank yang tawarkan hingga 95%, 100% dan 105% bergantung pakej yang mereka tawarkan. (ada skim rumah pertama yang BSN dan BR tawarkan)
- Deposit 10% boleh datangnya dari KWSP anda, boleh berunding dengan tuan rumah untuk tempoh menunggu.
- Bawa ‘pay slip’ kemana mana bank berhampiran mintak dia hitung kelayakkan gaji kita. Berapa harga rumah yang kita layak beli. Lebih senang kita faham proses pembelian kelak
- Buat sedikit kajian, pastikan hartanah yang kita beli ada potensi seperti dekat kemudahan awam dan fasaliti yang baik.
- Ini yang banyak orang terlupa. Buat lawatan dua waktu yang berlainan, sekali siang sekali malam. Jika padat dengan orang, ada potensi untuk disewakan jika kita nak sedikit keuntungan.(Jangan padat dengan Nepal atau Bangla, nanti sukar kita nak tinggalkan)
- Cari rumah yang sesuai dengan margin gaji kita, jangan beli yang terlampau mahal. (Gaji Tahunan x 6.5 = Harga Rumah Kita)
- Jangan mudah terus jatuh cinta dengan satu hartanah, lihat 100 hartanah, lawat 10 dan belinya 1
Proses ini memang agak remeh. Tapi dahulu sewaktu aku beli rumah umur 26 tahun pada tahun 2000, maklumat dan cara membeli rumah agak limited. Hanya bergantung kepada developer dan juga Banker untuk memberikan maklumat cara beli rumah.
Kesilapan aku jadikan panduan
Banyak benda yang aku silap buat, sepatutnya aku beli rumah bermula dari rumah kecil mengikut gaji aku pada masa itu rumah yang berharga RM50,000 mungkin, kemudian aku boleh Flipping untuk membeli rumah yang lebih mahal.
Kedua kesilapan aku adalah 2 nama satu rumah. Ini menyebabkan peluang untuk membeli rumah dengan loan pada kadar 90% untuk kami suami isteri sudah tersekat.
Nampak tak bezanya kalau beli rumah dengan ada ilmu vs tidak ada ilmu. Semakin banyak ilmu kita semakin kecil peluang kita buat silap
Moga perkongisian mudah aku ini dapat membantu korang Beli rumah selepas pandemik ini. Ingat beli lah rumah secepat mungkin dan ikut komitmen korang, jangan ikut ikut orang lain.
Tq share tips pasal rumah. Moga ada rezeki beli rumah nanti
menarik..doakan la yong pun cadang nak beli juga seketul~
Sebenarnya jika berkemampuan memang pada sy agak berbaloi jugak la tambahan lg skrg sy tgk byk yg tawar kan zero deposit tp tu la atas kemampuan gak la kan
Pada yang mampu dan ada duit memang bagus beli rumah sekarang, sebab akan datang rumah akan jadi lebih mahal… tak tahu maybe sekarang dah setengah juta akan datang 600 -800 ratus ribu tak mustahil
terima kasih sis share ilmu beli rumah ni, at least dapat tambah pengetahuan bab beli rumah, betul akak cakap ukur baju di badan sendiri and kereta pun beli yang biasa-biasa je. doakan saya dapat beli rumah satu hari nanti
Syoknya dapat settle loan rumah awal. Itu idaman.. tapi nampak gaya macam tak mampu je ni..huhu
Kak pip nak ikut cara Azni nanti nak nasihatkan anak2 once dah kerja fokus simpan duit n beli rumah.
Awal beli awal habis hutang. And nak galakkan anak2 cari rumah pertama yg sesuai dgn gaji, biarlah kawasan kecil tapi Ada rumah sendiri.
Dulu kak pip x terdedah dgn semua Ni, so now dah expose so akan guide anak2 pula utk future investment mereka.
Ah, saya suka tips no 6 tu. Kadang memang lupa terus nak pergi melawat tapak waktu malam. Atas sebab dulu, tapak baru nak naik jadi kawasan pun macam tak safety. Intai waktu siang jelah
Om beli pun awal tahun 2020 , nasib baik masa proses cepat, tpi tunggu rumah dekat setahun juga
bestlah, hutang 30y tapi dalam masa 11y dah habis. tahniah kak azni. betul apa kak azni katakan, kena cari yang padan dengan diri kita. yang penting kita dapat. mula dari bawah pun takpa
alhamdulillah.. semua bermula dengan niat. masa kawin kak azni dah set nak follow MIL. umur 40 tahun dah habis hutang rumah . ya allah .. rezeki dipermudahkan. tapi tulah kena work for it .. bukan biar gitu tetiba habis hutang heheheh
Risau juga sebab sekarang ni dah jadi macam bertanding pulak. Banding-banding umur dengan dah ada rumah ke belum. Kadang-kadang beli bukan sebab mampu, tapi sebab tertekan. Bagus tips ni supaya dapat buat keputusan dengan rasional.
Tak silap tu… Itulah dinamakan rezeki… Alhamdulilah sekurang-kurangnya kita ada juga rumah kan…
Alhamdulillah .. betulll…. path/ jalan yang Allah tentukan dah terbaik.
Betul la kan beli rumah lagi berbaloi dari beli kereta. Moga ada rezeki nak beli rumah nanti.