Bayar Zakat secara online? Kalau ada yang complaint, payahlah nak bayar zakat fitrah kali ni sebab tak boleh keluar, sebab covid19, heheh aku rasa nak lempang boleh? Alasan jer semua tu. Semuanya di hujung jari. Bukak komputer, or pakai handphone pun korang dah boleh buat segala mak nenek transaksi.
Table Of Content
hahaha maafkan aku atas bahasa yang kasar ni. Tapi aku memang tak boleh terima alasan alasan macam nih! Ye alasan yang tak boleh diterima dalam zaman milienial nih. Absurd orang putih cakap .. gitu
Aku nak tambah bebel lagi, first kita yang dilahirkan sebagai orang Islam kena ingat 2 rukun yang paling asas kita kena pegang. Jika kita gagal untuk tunai kedua-duanya ini jadi apa lah maknanya kita bangga lahir jadi lahir sebagai orang islam.
BACA : Adakah Simpanan Wajib Zakat?
Mari kita buat ulangkaji sikit pasal rukun Islam nih.
Rukun Islam 5 perkara
- Pengucapan dua kalimah syahadah – merupakan satu perisytiharan kepada tauhid dan lambang ketaatan tidak berbelah bagi kepada Allah SWT dan Rasul-Nya mengikut manhaj al-Quran yang diturunkan kepada Nabi SAW.
- Solat – solat tiang Agama. merupakan hubungan di antara seorang Muslim dengan Allah.
- Zakat – merupakan amalan yang bertindak menyucikan harta dan hati dari sifat bakhil. Zakat juga bertindak menyuburkan harta sekali gus menjadi pelaburan akhirat yang sangat menguntungkan.
- Ibadat haji – merupakan satu program pelancongan tahunan atau amalan sekali seumur hidup.
- Puasa – merupakan latihan bagi mendidik hati dengan kesabaran dan ikhlas sedangkan pengamalnya dalam keadaan sihat dan afiat.
Aku tak nak certia pasal lain tapi kali ini pasal zakat sahaja. Zakat pula ada macam-macam, pendapatan, simpanan, pertanian, emas dan lain-lain. Tapi yang paling kecik adalah zakat fitrah yang harus kita langsaikan sewaktu bulan ramadhan ini. Zakat fitrah ini memang berbeza di setiap negeri. Tapi amaunya sangatlah sedikit.
Memang ada banyak cari untung kita langsaikan zakat ini. Samada ke Pusat Zakat, melalui amil dan juga melalui perbankan. Punyalah banyak cara nak tunaikan. Tepuk dada pilih yang mana
Dalam musim pandemik ni, ramai yang terkesan. Ramai yang hilang pekerjaan, Ramai yang miss makan. Apa kata kita bantu mereka. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim sejati.
Zakat Fitrah
Zakat Fitrah adalah zakat yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan yang beragama Islam dan berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Waktu menunaikan Zakat Fitrah
1. Waktu Wajib
Apabila terbenamnya matahari akhir Ramadan sehingga terbitnya matahari 1 Syawal.
2. Waktu Afdal
Sebelum sembahyang sunat Hari Raya.
3. Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadan.
4. Waktu Makruh
Selepas selesai sembahyang hari raya dan sebelum terbenam matahari 1 Syawal.
5. Waktu Haram
Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.
So korang dah paham pasal ni? Nah aku ajar korang cara nak lunaskan tanggungjawab kita ni.
Cara Bayar Zakat secara online dengan Bank Islam
Kebanyakkan bank menawarkan perkhidmatan ini. Jadi sekiranya anda pemilik akaun di Bank Islam, hanya click untuk transfer dan mulakan lah pembayaran tersebut.
Hanya semudah ABC
Jom Zakat Cashless Bulan Ramadhan ini
Sempena Kempen Pay Smart Stay Smart, LZS telah menganjurkan Jom Zakat Cashless Sepanjang Ramadhan yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula dari Tarikh 13 April sehingga 12 Mei 2021. Korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan bermanfaat dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000.
Bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, e-zakatpay, online atau branch, mobile banking, ATM Machine atau e-Wallet, yang penting cashless.
Korang tahu tak pahala menunaikan zakat di bulan ramadhan ni berlipat kali ganda. Apa lagi cepat lah rebut peluang ini
2. Imbas kod QR atau korang boleh terus isi borang di
3.Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my
Info sangat berguna niii