Mudahnya nak bayar zakat sekarang ni. Sebenarnya tidak ada alasan lagi untuk kita tidak bayar zakat sebab semua dihujung jari. Antara mau atau tidak sahaja. Hujung tahun memang selalunya aku sibuk kira semua sebab kelebihan bayar zakat ini boleh dapat rebat untuk potongan Tax.
Table Of Content
- Syarat Wajib Bayar Zakat
- NISAB Zakat 2020
- Bayar Zakat dengan Potongan Gaji
- Bayar Zakat Tambahan dengan Online Perbankan
- Perkhidmatan dan Pembayaran Zakat di Bank Islam
- Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi
- Langkah Langkah Untuk Menyertai Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi
- Hadiah Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi
- Jalankan tanggungjawab kita
Sebab apa hujung tahun? sebab senang nak kiralah. Contoh zakat simpanan tu boleh tengok perkembangan dia selama setahun. Ada turun naikkan.
Tapi hahaha dulu zakat simpanan pun tak berapa cukup untuk dizakatkan. Cuma bila dah berumur ni hutang pun dah kurang, tabungan pun dah meningkat so tidak boleh lah aku nak ambik mudah sama macam zaman muda muda yang tak berapa cukup tu.
Zakat ni ada macam macam yer. Zakat Emas, Zakat pendapatan, Zakat saham, zakat simpanan. Dulu aku sendiri pun naif jugak or mungkin aku sebut ambik mudah. Mentang mentang aku dah set bayar gaji secara potongan memang aku terlupa bab potongan yang lain.
heheh Jangan lupa yang korang dapat I Lestari, I citra semua tu, semua kena zakat yer adik kakak. tetapi kalau duit itu untuk kelansungan Hidup makanya tak payah zakat.
Tapi kalau korang keluar duit tu beli emas, beli kereta, renovate rumah korang rasa kena zakat tak? Opkos lah diknon dah jatuh taraf “sempurna milik”
Sebelum aku membebel panjang Korang tahu tak wajib Zakat?
Syarat Wajib Bayar Zakat
- ISLAM
- MERDEKA
- MILIK SEMPURNA
- CUKUP NISAB
- CUKUP HAUL
- BERKEMBANG (AL-NAMA)
NISAB Zakat 2020
Apa-apa pun jumlah yang kita kena bayar zakat bersandar Nisab yang telah ditetapkan. Sandaran Zakat bagi tahun 2021 adalah RM20,299.00
Untuk korang yang belum lunaskan zakat 2020, referlah Nisab zakat ni. Kalau jumlah simpanan melebih jumlah ini makan jatuhlah syarat korang kena bayar zakat?
Aku baru tengok MyAsnb jumlah yang aku kena bayar zakat ASNB untuk tahun 2020, so aku lunaskan pada tahun ini 2021 tahun 2022 aku boleh masukkan dalam Rebat Zakat.
Susah nak bayar? Eh jangan risau Online Perbankan kan ada.
Bayar Zakat dengan Potongan Gaji
Selama bertahun aku kerja dari tahun 1998 memang aku dah buat potongan gaji. Senang! tak payah aku pikir dah. Kalau gaji naik so kenalah naik amaun untuk potongan gaji.
Cuma hubungi HR korang dan isi borang. Mudah sangat.
Tak ada alasan dah kan, bak kata kawan aku “sanggup ke nak kena sebat kat bawah tu? ” Aduh makan dalam hahaha.
Aku masih ada zakat tertunggunggak yang aku belum selesaikan. Aku ada buat pengeluaran duit EPF untuk settlekan loan rumah aku. Banyak jugak huhuhu , insyallah aku akan cuba selesaikan satu persatu.
Dahulu aku memang tak tahu lansung yang keluar duit EPF kena bayar zakat, rupanya bila dah jatuh tahap pemilikan penuh ke atas makan jatuhlah syarat wajib untuk bayar zakat. Insyallah aku akan cuba susuan kewangan sebab dalam keadaan ekonomi sekarang terutama selepasa laki aku kena MSS haritu ..huhu kita set priority satu satu yer
Sekarang setiap kali pengeluaran duit sepanjang PKP macam I lestari, I citra memang aku bayar zakat terlebih dahulu. Dah tak tangguh-tangguh dah. Jenuh nak korek duit nanti
Bayar Zakat Tambahan dengan Online Perbankan
Dahulu, aku bercakap 15 tahun dahulu, aku naik pejabat zakat untuk bayar zakat tambahan ini. Memang leceh sikit sebab aku malas nak keluar. Untuk aku yang kerja di Bukit Jalil selalunya aku pergi pejabat zakat selangor di Puchong.
Tapi sekarang Allah senang bebenor, sejak 4 tahun yang lepas aku bayar mengikut transaksi online sahaja. Semua dihujung jari. Hanya melalui perbankkan. Yang penting korang tahu berapa amaun yang korang dienakan zakat.
Dahulu aku kira manual untuk zakat saham ASB aku. Aku turun ke pejabat zakat selangor untuk bantuan pengiraan. Sejak 2015 memang tiap tahun aku lunaskan bayaran zakat ASB aku.
Sebenarnya susah sikit untuk Zakat ASB aku ini sebab ada aku ambik loan ASBF, so bukan straight forward macam zakat saham ASB yang biasa
Latest news, baru 3 bulan yang lepas kalau korang masuk MyAsnb dah ada satu section untuk zakat. Settle dah ! tak payah pening-pening. Lepas tu terus pi masuk FPX.
Untuk mereka yang ada saving akaun di Bank Islam, korang boleh terus buat pembayaran menggunakan online perbankan mereka dan terus masuk ke pada Lembaga Zakat Selangor
Perkhidmatan dan Pembayaran Zakat di Bank Islam
Untuk pengguna BIMB, jangan risau. Bank Islam Haruslah menekan bab-bab sebegini. In fact aku baca dia orang ada perkhidmatan yang lebih istimewa untuk pelanggan mereka
- Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan pembayaran Zakat Simpanan dan Pelaburan?
- Perkhidmatan pembayaran Zakat Simpanan dan Pelaburan adalah inisiatif Bank Islam Malaysia Berhad untuk membantu para pelanggan mengira dan membayar zakat atas
- Simpanan dan Pelaburan mereka (yang terdapat di Bank Islam sahaja) kepada Agensi Mengurus Zakat (“AMZ”)
- Manakala, bagi Simpanan atau Pelaburan para pelanggan yang terdapat di institusi kewangan lain adalah menjadi tanggungjawab para pelanggan sendiri untuk melunaskan kewajipan Zakat Simpanan ke atas harta tersebut.
- Bagaimanakah cara mendaftar/melanggan perkhidmatan pembayaran Zakat Simpanan dan Pelaburan ini?
- Pelanggan perlu mengisi borang perkhidmatan pembayaran Zakat Simpanan dan Pelaburan yang disediakan di semua cawangan Bank Islam
Boleh baca info tersebut di sini
Tetapi kalau korang tidak melanggan perkhidmatan ini korang boleh terus sahaja membuat bayaran secara FPX
Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi
Kempen tunaikan zakat kini kembali dengan Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi. Kali ini pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama rakan sinergi Tabung Haji (TH). Hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM17,000 untuk dimenangi.
Langkah Langkah Untuk Menyertai Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi
Untuk menyertai peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi, korang hanya perlu ikuti 2 langkah mudah seperti tertera di bawah. Jika korang bertuah insyaallah korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dalam peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi.
1. Tunaikan zakat di mana mana platform Lembaga Zakat Selangor LZS (online, ejen LZS, cawangan LZS).
2. Imbas kod QR untuk mengisi borang penyertaan.
Hadiah Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi
Nak bagi semangat kat korang untuk join peraduan ni, KakYa warwarkan jugak kat sini apa hadiah yang bakal di menangi nanti.
- Hadiah Utama untuk peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi adalah;1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM5000
- Hadiah Kedua adalah;1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM3000
- Hadiah Ketiga adalah;1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM2000
- Hadiah Keempat adalah;1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM1000
- Hadiah Saguhati;10X Simpanan Tabung Haji bernilai RM600
Tarikh tutup penyertaan untuk peraduan ini adalah pada 31 Disember 2021. kalau Berminat nak join, boleh klik kat sini http://my2point5.zakatselangor.com.my/
Jalankan tanggungjawab kita
Jadi tunggu apa lagi, tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim dan jangan lupa masuk peraduan ini juga. heheh penat dah bebel banyak kali, tapi aku tak akan putus asa untuk mengajak semua orang ke arah kebaikan.
Kita sama sama cari pahala okay dan sekurang kurangnya dengan entri ini aku telah menjalankan tanggungjawab sosial aku terhadap orang sekeliling
Bagus kan ada zakat online ni.. sekarang dah mudah dah sebenarnya kalau nak lunaskan hutang zakat tertunggak..
Wow info sgt menarikkkk tq zisss
Info sangat bermanfaat. Tq.