Baju Sekolah Murah dan mampu semestinya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Ini tahun kedua kami shopping baju sekolah di sini. Tup-Tup… Iman pun dah naik tingkatan 2 pada Mac 2023 nanti. Cepat betul masa berlalu, rasa baru lagi Shopping baju sekolah berkualiti iman masa form 1 dulu . Senang shopping di Pusat Pakaian hari-hari ni
Table Of Content
- Iman puas hati kualiti baju Pusat pakaian hari-hari
- Cutting Baju Sekolah Menengah kena dengan dia
- Kenapa Pusat Pakaian Hari-hari menjadi pilihan
- PIlihan Baju banyak dan Setempat
- Harga Baju sekolah yang mampu milik
- Berikut adalah beberapa tips dan rekomendasi
- Kedai dan Cawangan Pusat Pakaian Hari – Hari
Pusat pakaian Hari-Hari ini memang Setempat ! semua ada
Pengalaman Iman Sekolah rendah dahulu lain, semua baju sekolah dia sekolah yang siapkan, maklumlah sekolah integrasi agama . Baju-baju dia tak dapat dekat luar. Jadi tak pernah ada pengalaman baju sekolah harian . Naik form 1 ini baru kami ada pengalaman Tapi itulah, iman ni terkenal dengan kecerewetan dia, bukan harga jadi ukuran tapi ‘sedap pakai’ itu yang dia lebih concern.
Pening nak cari baju untuk iman ni tau, kadang-kadang give up juga.
Iman puas hati kualiti baju Pusat pakaian hari-hari
Naik form 1 ni tiba-tiba badan dia melonjak naik, masa sekolah rendah agak slow pergerakan badan dia ini tiba-tibalah pulak asyik nak tukar seluar and kasut. Sekarang ni tetiba nak dekat tinggi mama dia ni, kaki pulak nak sama dengan papa dia.
Dulu sekolah rendah kira katagori pendek .. sekarang belum tinggi tapi dah mula menaik
Adehh.. jenuh mak pak hang. Walaupun abam sis berkerja di salah sebuah Mall terkemuka di negara kita ni boleh sahaja nak beli baju di situkan, tapi nampaknya iman tetap nak beli baju di sini.
Baju yang dah beli dekat Mall tu, dia pandang sebelah mata jer korang. Eh bukan baju je, singlet. Dia cakap singlet beli tempat lain tu mengecut, tak sama macam yang beli di Pusat pakaian Hari-hari.
Kan tadi dah cakap iman ni sejenis budak cerewet yang berkaitan dengan pakaian dia. Ini antara beberapa alasan yang dia suka sangat baju-baju di pusat pakaian hari-hari
Cutting Baju Sekolah Menengah kena dengan dia
Dah naik sekolah menengah ini bukan sahaja dia cerewet atas kualiti dan material kain, tapi dia cerewet tang design, sebijik ikut papa dia weh. Pantang kalau seluar yang menggelebeh
Seluar yang dia ambil dibawah brand john&jenny tu cuttingnya agak slim fit. Tidak mengelebeh and kemas sahaja dipakai. Dengan kata lain nampak segaklah. Papa iman ni sukalah tengok anak dia kemas-kemas macam tu. Lepas tu papa iman akan pergi tailor untuk potong pulak, nak bagi kemas.
See…. nampak tak dua beranak nih?
Malangnya masa kami pergi tu bawah brand john&Jenny tu dah habis, so ambiklah brand “no Problem“. Eh, memang no problem hahahaa, sebab basib baik cantik juga cutting dia.
Just nice untuk iman .
Iman cakap janji kain tu tak kasar, tak panas, sedap kena pada badan dia sebab kelas dia takde aircond macam sekolah rendah dulu, harapkan kipas jer.
Kenapa Pusat Pakaian Hari-hari menjadi pilihan
PIlihan Baju banyak dan Setempat
Selain baju sekolah memengah ni memang nampaklah ramai ibu bapa bawak anak- anak shopping disini. Aku syak semua takut Baju-baju ni habis. Eh! macam tau trick aku jer, tapi ini pun kawan kawan yang kongsi tips ni.
Baik beli awal-awal di pusat pakaian hari- hari ni sebab memang dibawah kategori mampu milik dan semua golongan akan datang
Pendek kata variasi model baju sekolah yang tersedia di Pusat Pakaian Hari-hari.
- Baju Sekolah Rendah
- Baju Pengawas Sekolah
- Baju Sekolah Agam
- Sampin Sekolah Agama
- Tudung sekolah
- Singlet sekolah
Harga Baju sekolah yang mampu milik
harga baju sekolah di sini lebih murah dibandingkan toko lain yang menjual produk yang sama, tanpa mengurangi kualitas dan desain yang menarik
Berikut adalah beberapa tips dan rekomendasi
Nah aku ringkaskan untuk korang kalau nak buat pilihan untuk beli baju sekolah bukan sahaja di Pusat Pakaian Hari-Hari, tetapi untuk jenama lain juga
- Fokus pada kualiti
Pasti korang dah kenal anak masing-masingkan. Contoh macam kes iman ini. Jadi Sebelum membeli baju sekolah, pastikan bahawa bahan yang digunakan berkualiti tinggi dan tidak mudah luntur atau rosakk.
Ini akan memastikan baju sekolah anda boleh digunakan selama beberapa tahun. - Cari yang sesuai dengan bentuk badan
Lain brand lain cuttingnya. Kenali anak masing-masing. Kalau untuk budak sekolah menengah ni dah pandai buat keputusan. Pastikan baju sekolah yang anda beli sesuai dengan bentuk badan anda. Baju yang terlalu ketat atau terlalu longgar akan mengurangkan keselesaan dan akan menonjolkan kekurangan bentuk badan anda.
Kalau budak sekolah rendah, selalunya jarang cerewet tentang cutting - Periksa label cucian
Pastikan baju sekolah yang anda beli boleh dicuci dengan mesin dan tidak perlu dibasuh tangan. Ini akan memudahkan anda dalam membersihkan baju sekolah anda.. - Pastikan anak-anak mencuba terlebih dahulu
Penting tau faktor ini, sebab kebanyakkan sekolah tak ada penghawa dingin jadi keselesaan menjadi faktor utama untuk mereka
Kedai dan Cawangan Pusat Pakaian Hari – Hari
Jom semak cawangan Hari-Hari terdekat dengan anda. Pilihan Terbaik Untuk maklumat lanjut layari
- Untuk lebih lanjut, layari website dibawah, tekan link biru.
- 95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
- Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
- Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
- Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari
memang kat sini antara pilihan bei baju sekolah. kain berkualiti dan selesa anak-anak nak pakai. good choice!