Apa yang blogger kena tahu dan belajar yer ? Aku harap korang dah baca entri aku sebelum ini yang menceritakan korang blogger yang macam mana? Aku nak kongsikan mengikut pengalaman aku sebagai blogger dan juga sebagai UX Designer dan SEO writer .
Table Of Content
- So, Apa yang blogger kena tahu dan belajar ni?
- 1. Praktikal tips untuk menulis blog post yang best
- 2. Struktur kandungan blog
- 3. Tips untuk menjadi blogger, SEO knowledge – keyword.. keyword
- 4. Broken link – Ignore je? Jangan yer.
- 5. Design – responsive design
- 6. UI design & Layout
- 7. Blog Performance
- Stop dulu buat masa ini, bab apa yang blogger kena tahu dan belajar.
Tak kisah lah korang yang macam mana janji dapat ‘spark’ atau buatkan korang pikir how serious korang dalam blogging ini sebab ini yang selalu fikirkan dalam hala tuju aku.
Kalau sekadar hobbyist blogger pun nanti confirm korang akan berubah arah menjadi separuh serius hahaha, jadi pastikan korang amik kira aspek yang aku share nanti. Kalau tak, jenuh korang nak betulkan balik semua entri-entri korang. Aku tengok blog post aku yang pertama pun kelakar habis. Tapi sengaja aku simpan unutk jadikan reference.
So, Apa yang blogger kena tahu dan belajar ni?
1. Praktikal tips untuk menulis blog post yang best
Pikir sebelum tulis. Apa yang korang nak bagi tahu audience korang. Apa info yang dia orang nak tahu. Topik apa yang korang nak sentuh. Kadang kadang aku pun terlupa bila ghairah sangat nak menulis. Dalam asas komunikasi yang aku belajar dari zaman degree lagi.
4W and 1H, What, when, where, when, How. Ini wajib ada.
Kedua, menulis lah dalam paragraph yang senang di fahami. Jangan meleret. Ada tips yang aku baca, mulakan ayat yang penting di mula ayat perenggan pertama. Ini semua penting dalam aspek Readibility dan SEO untuk di rank oleh Google. Bahasa melayu Keboleh bacaan erk ? hahah.. aku tak tau..
Ketiga aku ada baca, sebelum menulis set dulu keyword korang, lepas tu kembangkan penulisan dari situ.
Tapi search engine tersangat lah bijak. Ataupun ia telah di program dengan algorithm sebegitu untuk cari ciri ciri content yang baik
Cumanya, aku ada masalah typo hehehe. ini pun tidak baik ya anak anak, ada masa aku rajin ubah, ada masa aku biarkan jer.
2. Struktur kandungan blog
Korang tahu tak, menulis novel atau cerita tidak sama seperti menulis di laman web. Bagi aku sangat berbeza. Menulis di blog atau laman web kena ringkas tapi tersusun dengan struktur tertentu.
Kita kena set heading dan subheading. H1, H2, H3 atau paragraph. Masa dulu dulu bantu geng multimedia, cara kami susun content dalam dreamweaver atau HTML begitulah asas utama bila buat laman web. Sama juga pada zaman skrg bila kita buat dalam CSS atau bootstrap. Supaya keseluruhan laman web akan lebih standardise dan difahami oleh carian enjin.
Sekiranya korang pengguna wordpress, sila guna dan utilise template yang ada dengan penggunaan kesemua ini kerana GOOGLE BOT sangat suka crawling sekiranya kita buat penulisan sebegini.
Lagi satu, korang janganlah buat blog post yang bawah dari 500 patah perkataan yer. Baik tak payah tulis. kasar plak bunyinya kan. Tapi bukan aku cakap hahaha, aku terbaca satu artikel yang macam itu. Untuk pengguna wordpress selalunya ada notification sebegitu sebab ia akan mempengaruhi SEO.
Korang tahu tak cara orang membaca di komputer adalah mengikut F pattern dan Z Pattern. Yakni orang scan content korang. Boleh baca study di sini dari Nielson Norman group
Korang boleh refer imej dibawah ini dimana kajian dibuat cara mata kita lihat content. and of course lah ada machine yang capture our eye movement.
Jadi korang bayangkan, kalau di landing page header korang besar di atas, atau terlampau banyak iklan di kawasan header orang tak nampak content korang di bawah tu. Kemungkinan audience akan lari. Next entri aku explain dengan lebih details. Nanti korang pening pulak kaan.
Kalau dekat mobile header pun besar… aduh!! campur pulak Iklan… uwaa…
3. Tips untuk menjadi blogger, SEO knowledge – keyword.. keyword
SEO adalah Search Engine Optimisation. Ada orang tak kisah pun. Tapi bagi aku … aku kisah! Sebab akan jadi kerja sia-sia sahaja bila aku buat entri di blog. Sebab yang paling penting aku bukan selebriti blogger dan belum ada nama. Sila baca entri sebelum ini yer.
Cuba tanya diri sini, macammana korang cari info di laman web. Of course korang akan pergi ke google and taip keyword yang kita inginkan. Betul tak?. Jarang orang cari nama blog korang melainkan korang memang power atau dah ada branding.
menulis blog untuk adsense, Jadi korang kena tahu ilmu SEO ini
Ada beberapa teknik untuk SEO dan aku masih belajar. Kalau pengguna wordpress ada plugin tertentu yang akan tolong korang buat dengan senang. Tapi kena fully utilise betul betul barulah membantu korang. Bukan install plugin jer dah solve. no.. no..
Perkongsian aku dengan beberapa geng wartawan digital sendiri tidak menggunakan sepenuhnya, in fact mereka tercengang dengan tips yang aku bagi. Sampai suruh aku buat kelas lah, sebab dia orang hanya menulis tapi developer yang setkan untuk posting mereka.
Tapi bukan cara meletakkan keyword ini sahaja, banyak cara lain. Nantilah aku cerita hahaha kalau aku rajin menulis lagi. Mahal oo course nih. Tapi korang boleh jer google kan apa ke benda semua ni.
4. Broken link – Ignore je? Jangan yer.
Alahai dulu aku tak kisah broken link. Tapi tersangat penting sebab faktor ini akan membuatkan enjin carian tidak percaya pada entri korang kalau banyak sangat broken link. Dengan kata lain dia terus stop carian atau crawling di blog korang. Kesannya akan ada masalah dalam “indexing” blog korang semua.
Jadi rajin rajin lah check yer. korang boleh pakai mana-mana broken link checker. Fix kan kalau boleh. Cari entri tersebut. Jangan Malas!
Bagaimana kes broken link ini boleh berlaku juga? Sebenarnya bila antara link laman web yang korang letak dalam entri blog tidak valid lagi, email tukang komen pun tidak wujud, spam yang tah apa apa dan pelbagai kes lagi lah.
Jangan terkejut kalau tengok beribu broken link. Kadang kadang berpunca dari link button sharing social media di template utama akan affect keseluruhan page/post korang. Korang fix yang satu itu sahaja akan selesai masalah lain tapi untuk kes ini lah. Untuk kes lain, lain lah pulak caranya.
so macam mana membantu tak korang untuk aspek Apa yang blogger kena tahu dan belajar ?
5. Design – responsive design
Dalam zaman mobile ini penting untuk korang cari template yang responsif, yakni layout yang berubah mengikut size dan resolution gadget yang korang pakai. Pening tau kalau baca tulisan yang kecik dekat phone. Udahnya aku blah je dari blog/web korang, korang pun kan.
Inilah kita panggil USER EXPERIENCE. haaa ini lah kerja aku di ofis. Kena study user perception and view.
Cuba tengok dalam google analytic, korang akan nampak audience korang datang dari mana. Macam aku contohnya paling banyak mengikut mobile. Dan aku rasa semua orang pun sama.
Selain dari itu aspek navigation juga penting. Kalau korang maintain untuk design and layout desktop memang mengelabah untuk audience korang cari info yang di inginkan.
So mana-mana blogger yang belum migrate kepada responsive design sila amik action dengan segera.
Within the next two years, the smartphone will most likely be the only computer you own. In fact, for many people in developing countries, the smartphone is their first computer and the only Internet-enabled device they own. – www.shiftlearning.com
6. UI design & Layout
UI atau User interface design sangat penting untuk setiap blogger tahu apa yang terbaik untuk audiencenya. Tapi kalau korang beli template yang ready made pastikan korang buat study terlebih dahulu trend terkini. Kalau nak follow trend la. boleh refer disini untuk best personal theme
Aspek yang ketengahkan ini dari segi pemilihan warna, font, layout dan navigasi untuk korang pilih. Korang kena faham adesign principle semua ni.Rajin rajin google yer. contoh Biru tak boleh atas merah.
Untuk laman web atau blog yang sememangnya heavy text aku still rasa background putih adalah yang terbaik. Sebab mata tidak akan letih untuk membaca. Satu lagi gambar korang akan lebih outstanding.
Tetapi dalam era IT sekarang Usability and the utility adalah main concern yang paling penting bila kita nak buat design untuk website. Contoh korang tengok website gomen, segala benda dia nak letak, muka Menteri itulah, Pengarah itu lah. Untuk dia orang penting sangat hahahah (bercakap melalui pengalaman ni)
Tapi untuk user penting kah nak tahu itu semua?
Satu lagi yang kalau ada cursor blink blink tu, pls remove. Itu ada lah trend tahun 1980an. Avoid blinking semua.
So berbalik kepada blog kita, macam aku cakap di atas tadi ” user don’t read, they scan” kalau dia interested baru dia akan baca. Kalau kali pertama kita tak berjaya “click user untuk stay” so bounce rate akan tinggi.
7. Blog Performance
Lagi satu audience untuk web atau blog sering dipanggil “impatient” . Salah satunya, pastikan korang kecik kan resolution imej yang diletakkan di blog. Lagi besar gambar maka lagi lambatlah untuk loading dan sebenarnya korang ada ada masalah space di hosting nanti. Dulu aku pun pernah kena macam ni hahahah.
Rajin rajin jengah Speed test untuk tahu performance blog korang. Selain dari gambar faktor scripting dan plugin juga boleh melembabkan blog korang. Kurang kan plugin yang merepek. Memang ramai letak bloglist tapi ia memang confirm melambatkan performance blog korang kerana dipaksa load data dari blog blog lain.
Stop dulu buat masa ini, bab apa yang blogger kena tahu dan belajar.
Okaylah dah banyak aku merepek, tapi ini merepek dari hati dan penuh perasaan based on my personal experience dan kerja sebagai UX designer. Cuma terdorong nak share info sebegini bila ada geng geng blogger tanya pendapat. Dari masalah korang sebenarnya membawa kepada aku cari solution bila aku rajin mengoogle.
Aku cuba sebaik mungkin untuk menulis dalam bahasa “layman” takut tak orang paham dengan mengelakkan jargon jargon terterntu. Nanti aku kembangkan lagi dengan lebih details untuk entri aku tulis ini, kalau tulis teknikal kan lansung korang tak paham pulak. kita belajar satu satu okay, jadi aku harap perkongsian tips untuk menjadi blogger ni dapat membantu korang.
Perkongsian yang amat baik Kak Azni .. Sal kena praktikkan dan improve dari semasa ke semasa . Dulu menulis memang takde tujuan tapi bila dah ‘berguru’ , ilmu tu kena amal kan .. tq Kak Azni .
terbaik kak azni, info yang sgt bermanfaat utk seorang blogger. terima kasih kak azni. baru sy thu byk perkara yg penting dlm blogging
Tq kak azni. Perkongsian ilmu yg sgt bagus.
Perkongsian yg sangat baik, thanks kak Azni.
wahhh bagus perkongsian ni. tq share!
wahhh bagus perkongsian ni. tq share!
sama sama .. moga bermanafaat yer..
Bagus tips ni. Thank you kak azni sebab share
Ur welcome .. am glad kalau org appreciate juga hehhe
kebagusan pada konten blog ini amat terserlah..
memang terbaik la
Wow… terima kasih mrhanafi
Bagus infonya kak untuk yang baru bertatih macam saya ni. Nanti saya boleh praktikkan. Tq tq.
Tq sharing bagus pengisian dalam blog sis..semoga sy pun boleh follow mcm sis…
Terima kasih atas info yang bagus pengisiannya dalam blog sis..semoga sy pun boleh follow mcm sis…