Aktiviti riadah di putrajaya; aktiviti untuk elak iman bersoping moppin. Sejak sejak iman masuk sekolah ni… atau pun dengan lebih tepat bila dia makin membesar kan, nafsu soping dia amboii..bukan main lagi. Dah pandai mintak. Jadi kami elak pergi ke shopping Mall.
Agaknya sebab dia banyak bercerita dengan kawan kawan. kartun apa yang dia suka.. mainan apa yang best..Lepas tu masing-masing pun cakaplah koleksi apa yang dia orang dah ada.
ISh.. masalah ni ..
masalah… pergi 7 Eleven pun mcm masuk soping complex. memang lah setakat ni iman ni anak sorang buah hati pengarang jantung… tapi.. tak nak di ajar. takut melampau jadinya. Nak kena ajar cara manage kewangan dari kecik. Kena biasakan bercatu sikit.
Tapi ni konsep famili aku lah kan. Masing-masing ada cara. Cuma bab makan aku satu famili ni memang kalah hahah
Jadi apa yang kami cuba buat.. kita kalihkan kejap dia ke tempat lain .. kita bawak p tempat tempat berriadah. so antara tempat yang dekat dan sesuai adalah di Putrajaya ni. Rupanya dekat putrajaya ni memang banyak tempat yang menarik tau.. heheh jimat duit…
Aktiviti riadah di putrajaya lebih sihat
Nasib baik lah rumah dekat dengan putrajaya. Ekceli byk uolls nak habaaq mai. Selalunya kami akan suka p pusat maritim di putrajaya. Bawak iman p swimmming kat situ. suka sangat dengan perancangan di putrajaya. kalau tau… mmg dah beli rumah area putrajaya nih.. tapi sekarang dah mahal sangat.
Kali ni ubah pulak ke tempat lain. so ai share beberapa tempat and gambar yang menarik disekitar putrajaya nih…
Orang putrajaya sebenarnya sangat beruntung dengan fasiliti yang disediakan. Kami yang tinggal di kawasan Equine juga boleh kata hampir setiap minggu akan kesana.
Boleh dikatakan setiap presint dilengkapi dengan kawasan untuk riadah yang lengkap dengan swimming pool dan juga dewan untuk bermain badminton dan sebagai nya. Pendek kata segala Aktiviti riadah di putrajaya memang terbaik.
Comeynya Iman masa ni. HAHAH! muka baby face sangattttt….aunty belum bawak anak2 pergi riadah kat sini lagi. Asyik2 taman blakang rumah ajer. HAHAHAH! aunty ni kurang rajin bab jenjalan. Untung Iman..papa and mama Iman rajin bawak Iman beriadah. Semoga terus consistent beriadah. Badan sihat otak cergas. gituuu!!!