Buffet Ramadhan Best western I City Shah alam kali ini menampilkan tema Aladin & The Malaysian Treasures. Huhh.. sesuatu sangatkan. Kenapa lah tetiba Aladin di bulan puasa . hahah terkejut tengok maskot menyambut di depan pintu.
Table Of Content
Rupa-rupanya Chef berkongsi cerita, konsep mereka kali ini bertemakan aladin seperti cerita zaman P Ramlee dahulu kala. Cerita seperti Ali baba bujang. Masih dalam mood melayu dan diselitkan Elemen arab.. makanan yang terhidang itulah harta karun yang dipersembahkan oleh pihak hotel.
OOO…
Muncung sahaja bila aku mendengar penjelasan chef tu. Setiap hotel pastinya ingin mencari kelainanan supaya mudah kita mengingati makanan yang boleh kita kaitkan dengan hotel tersebut. Jadi ingat Aladin ingat hotel best Western i city
Haa siap berkonsep kan!
Juadah berbuka puasa yang disajikan memang sangat menarik, sangat sangat asli seperti melayu lama.. Ada beberapa dish yang aku nak korang cuba try test tengok and masuk mulut terus nanti heheheh. Yerlah dah bayar mahal mahal.. balun sahajalah makan. Apa nak takut yer dak..
Terdapat 160 jenis juadah yang korang boleh cuba Buffet Ramadhan Best western I City. Dari nasi, lauk pauk, satay, kebab dan hidangan sampingan seperti kebab and macam macam lahi lah . Nanti aku kongsikan complete menu dia bawah.
Buat pertama kalinya, aku tidak menuju ke bahagian dessert, berbanding sebelum sebelum ini. Mata aku dari awal bila masuk ke dewan makan ini memang tertumpu kepada lauk pauk untuk di makan bersama nasi.
Entahlah, memang sangat menggiurkan. Memanggil manggil aku untuk mencuba kesemuanya.
Serius aku pelik kali ini. tapi .. eh bukan aku sahaja. Abam aku pun sama rupanya.
Memang banyak sungguh, and bak kata abam first time datang hotel lauk pauk ni memang ada “rasa”.
Rasa maksud disini seperti di masak dari rumah cukuplah semua.
Pilihan Modernmumthingy
1. Ketam Masak Lemak
Memang aku peminat ketam. Tapi bila datang hotel selalunya aku kurang sikit nak ambil sebab faktor nak mengopek dan mengupas. Tapi aku tengok kuah lemak tu memang nampak macam cukup lemak, pedas. So Aku ambil jugak sebab geram!
Huihh.. memang 5 bintang aku bagi. Serius sedap. Cukup semua lah, siap dimasak bersama nenas so semua cukup rasa.
Alku harap bulan ramadahan nanti adalah hidangan ni nanti, dan korang wajib ambik dan cuba. Serius tak menyesal
2. Durian Free flow
Bila sampai nampak durian tergolek golek dekat luar. Mak aih biar betul nih. Haa makan lah berapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat kena makan diluar tu lah. Nanti habis berbau dalam dewan makan tu hahah.
Eh setting di luar tu menarik juga sebab selain dari itu terdapat pelbagai stall yang akan menawarkan makanan yang macam macam
BIla aku dah tengok balik gambar-gambar rupanya tak banyak yang aku ambil sebab asyik sangat melayan makanan di situ hahahha. Paling best ketam masak lemak tu lah. Tapi kalau korang betul- betul nak tengok gambar makanan yang ada korang jengah blog kawan aku ni . Saidila.com
Menu Buffet ramadhan
kalau Ikutkan memang banyaklah menu yang tersedia. In total sebanyak 160 menu tau. banyak sangat. Tapi mai aku nak share sikit sebanyak apa yang ada
- rendang ayam,
- ketam masak lemak nenas,
- rendang daging minang,
- pajeri terung,
- bamboo clam,
- kentang masak rosemary,
- ikan lemak merah,
- ayam bakar dengan sos cili pedas,
- labu lemak udang kering,
- Sotong goreng berempah,
- Ikan masak asam pedas,
- daging salai masak lemak
Belum lagi dessert, side dish, lauk pauk bakar seperti Lamb BBq, udang, ketam,
Stall :
In total akan terdapat 12 Stall . Macam macam ado.
Rojak Campur dan Rojak Sotong, Cucur Udang, Keropok Lekor, Keledek Goreng, Cendawan, Cucur Kurma, Keladi dan Pisang Goreng beserta sos pencicah cili, tomato, thai dan susu pekat. Roti Canai, Murtabak dan kuah dal sayuran, ABC dan Cendol beserta pelbagai bahan-bahan.
Eh ada banyak lagi.. Memang marbeles… cuba lah pergi .
Untuk makluman setiap hari pusingan menu berubah ubah yer. Jangan marah sis pulak kalau ketam masak lemak tak ada hehehe.
Harga Tempahan Awal (Early Birds) Buffet Ramadhan Best western I City
- Dewasa: MYR 119
- Kanak-kanak / Warga Emas: MYR 69
Tempahan awal bermula 13 Mac hingga 30 April 2019 akan mendapat harga istimewa iaitu hanya MYR 99 / pax sahaja untuk dewasa.
Lagi istimewa, tempahan 9 pax dewasa, akan mendapat 1 pax percuma.
Tempahan
- Buffet Ramadhan di Best Western I-City akan bermula pada 6 Mei hingga 3 June 2019.
- Untuk tempahan, sila hubungi
- 03-5521 9000
- enquiry@bestwestern-icity.
- sales@bestwestern-icity.my
Lokasi
- Best Western i-City Shah Alam, A-GF-01, No. 6,
Persiaran Multimedia, CityPark, i-City,
4000 Shah Alam, Selangor - Instagram : www.instagram.com/bwicity
BACA : Review dapor penyet
4 Comments