Travel ke danok hatyai dan krabi | Dolu dulu orang panggil siam lah . Korang tahu? hehehe. kalau cakap pasal siam ni apa yang terpikir? mestilah tomyam.. awek cun siam kan.kan kan.. dan juga pondan siam . Jum kami nak cerita pengalaman Travel ke danok, hatyai dan krabi
Table Of Content
- Persediaan pertama
- Info Travel ke danok hatyai dan krabi
- 1. Imigresen Siam memang haru laa
- 2. Makan-makan best di Thailand
- 3. So apa yang best kalau Travel danok dan krabi
- 4. Travel ke danok, hatyai dan krabi memang penat, tapi penat yang berbaloi
- 5. Massage jangan lupa !
- 6. Ingatan Penting Untuk korang
Projek kami sekeluarga ke siam ni semuanya bermula bila salah sorang ahli keluarga kami yang aktif berbikers selalu travel ke phuket and hatyai , katanya makan sedap.. makanan halal senang cari. scenary cantik. hotel best and juga agak murah lah.
Dengar bab makan mau tak lecor mulut org perak ckp. dah ler cara cerita pun happening giler kan. Mestilah terkinja kinja nak try.
BACA : Cara masuk Thailand 2022
Persediaan pertama
So preparation yang dibuat adalah pastikan semua ahli keluarga yang tak pernah travel ni buat passport dulu. So kami decide nak travel dengan naik kereta. kesemuanya 3 kereta. rasanya ahli keluarga dalam 15 orang. Nak buat passport kan senang jerk. sehari je pun
So untuk pastikan kami travel dalam sejuk and nyaman kami bergerak awal pagi dari tapah dalam pukul 4 pagi. singgah di RnR kuala untuk sembahyang subuh. and terus kan perjalanan ke Bukit kayu hitam.
Okay untuk mereka yang travel dengan keter ni pastikan dptkan insurans dulu yer. lupa pulak nak ambil gamabr tempat nak buat insurans tu. Tempat tu dalam kawasan makan di changlun or before masuk ke danok lah.
Insyallah tips yang aku share ini masih sesuai untuk trip ke krabi 2019 sehingga ke hari ini.
Info Travel ke danok hatyai dan krabi
1. Imigresen Siam memang haru laa
So bila dah dapat.. lepas tu teruskan lah perjalanan ke Danok. Imigeresen kita selalunya okay jerk. tapi yg bohsan kat danok ni kena parking keter dulu yer.. lepas tu kena beratur nak ambik chop. setiap kali masuk siam ni mmg mck cuak sbb dok dengar citer kalau kita langgar org yg lebih kecik..
I mean kenderaan lah yer.. haa.. keter yg besar kena byr ganti rugi. Pastu ngan depa tak boleh ckp English lagi.
Muka imigresen dia org ni masam mencuka. rasa nak sepuk jer muka derang ni. Menyombong bukan main . Pastu siap minta duit kopi kalau tak kena gaya. sib baik tak kena .. heheh eksen plak erk. Tapi masa nak dapat kelulusan tu cuak jugak. Takut tetiba jer dia orang buat hal. Mau kena tinggal sorang sorang kan .
Ada juga bad experience semasa ke betong Thailand untuk melihat awan nano. Adeh! memang sesuatu lah orang siam ni. eh cantik tau awan nano nih… nih tips and pengalaman aku ke sana cuti bulan 12, 2018 baru baru ini.
BACA : Travel Ke New York, satu perjalanan yang tak di rancang
2. Makan-makan best di Thailand
Tapi kalau sapa singgah di Danok cari or makan pulut Ayam, pulut udang, bubur durian .. mak aih.. tulis ni pun dah terliur. Tomyam memamng tak payah nak habaq lah. Power.
Selepas tu kami teruskan perjalanan ke krabi. Ekceli jauh jugak. tapi korang wajib singgah makan nenas manis kat Pattalong. giler manis. so kami balun dulu sbb on d way balik nanti baru nak beli. sepanjang perjalanan akan nampak byk orang jual Nenas. Tapi kami dok balun makan kat situ .
Feel best. hehehe.. tak payah nak boh asam. Makan macam tu pun dah sedap.
Disebabkan abang biasa travel kat sana, so we all takder masalah nak cari bab makan ni. Kami singgah satu tempat ni untuk makan tengahari. sepanjang perjalanan ke sana memang agak letih. Rasanya pukul 4 petang baru sampai. terus Check in di Aonang Hotel.
hehhehe hilang terus letih sbb hotelnya cantik. Insyallah makan pun halal. katanya owner tu mmg muslim. ekceli kami ambil 2 hotel berlainan sebab saja nak try hotel lain lain .
Best betul pengalaman Travel ke danok, hatyai dan krabi ni tapi kalau korang plan nak ke London korang baca Cara Jimat Ke Kota London.
eh dari hatyai ke london pulak yer hehe
3. So apa yang best kalau Travel danok dan krabi
Hehehe apa lagi.. Makan.. makan dan juga p tgk pantai pantai yang menarik . Mmg banyak agen perlancongan kat sana. senang sangat. byk yang offer best best. Kami dok di kawasan pantai aonang ni kira macam tumpuan pelancong dengan kedai kedai souvenir dan juga untuk cari makanan.
Kalau ambil pakej untuk ke pulau tu mmg ada macam2 ada ikut bajet masing. Bot pulak agak besar, walaupun sepnajang perjalanan tu hujan turun tapi agak stabil llah bot tu.
4. Travel ke danok, hatyai dan krabi memang penat, tapi penat yang berbaloi
Pantai yang wajib p mcm pantai james bond tu. haa mcm teluk habaq mai.. best. pasir dia bersih. air dia plak mcm suam suam kuku. Ada beberapa pulau yang akan dibawa dan ada tempat berhenti untuk makan juga. Air laut situ mmg lah cantik and jernih giler. Laut andaman kan. air lautnya Crsytal clear.
We all pilih speed boat tapi ada mat saleh mcm bot nelayan tu.. sbb senang untuk mereka terjun and bersenang lenang. Disebabkan kejernihan tu si iman yang umur baru 2 tahun pun turut terjun dalam laut dengan floaties nya.
Ikut experiance bersnoorkeling nih. masa sampai kat setengah tempat yg dibenarkan tu cuaca tak berapa menarik pulak. so tak berapa puas sgt nak tgk ikan. tapi current tersangat kuat berbanding di pulau perhentian. hehehe adalah masa naik kejap bila iman dok tekan nak naik atas badan. tapi mat saleh semua sempoi.. terjun mcm tuh jerk.
5. Massage jangan lupa !
Oh ya.. lagi satu, kalau p sana jangan lah lupa ambik kesempatan untuk urut cara siam. Besst ooo.. kruk krak kruk badan kena kepak. Murah pulak tu kalau dibanding kan dengan KL laah. Rugi kalau korang tak cuba.
Pada waktu malam pula akan ada macam small pasar malam yang akan jual macam macam pergilah weh. tengok. ada juga ramai yang pandai berbahasa melayu. Rasanya mmg confirm orang melayu. kononnya warisan dari ahli keluarga mahsuri berpindah kesitu.
Nak bagi anak anak seronok, we all pusing pusing bandar krabi dengan menaiki tut tut. seronok budak budak tu. bg rasa experiance sikitkan.
Boleh dikatakan pelancong malaysia memang ramai kat sana. asyik berselisih jerk. maklumlah dah ada air asia. tapi bagi kami yang menaiki kereta ni punya pengalaman yang berbeza, heheheh berhenti.. berhenti tengok orang. berhenti makanlah. ikut suka hati sahaja. baru betul Travel ke danok, hatyai dan krabi
Macamamana pun kena berhati hati kalau memandu ke sana. seingat saya trip dari singapore yang konvoi ramai ke sana ada mengalami kemalangan di sana. aishh pening kepala . Bukan apa susah nak communicate dengan orang siam ni.
Baca : Tips tabung travel
6. Ingatan Penting Untuk korang
Owh . lagi satu.. selepas kita dah buat insuran kereta tu.. kita kena simpan and jaga elok elok yer . So bila keluar nak cop di danok nanti, kena cop balik untuk sahkan bahawa kita dah selamat keluar dari negara siam.
So itulah yang berlaku pada kereta Estima abang saya. mana p hilang kertas tersebut. maka bermulalah espisod polis siam menyusahkan kita.. dan siap mintak duit kopi bagai.
Disebabkan problem seperti ini kami keluar sahaja dari bandar danok mcm tu sahaja… tapi…. lepas ni kereta abang saya tu tak boleh lah masuk lagi ke bumi siam ni. Sebab takut jadi kes lain pulak nanti.
Setengah orang shopping di bandar hatyai pun dah abis hati dah. macam macam ada. Kami hanya touch n go. sempatlah p tgk pasar atas air tu. kebanyyakan jual makanan. dan ramai orang islam juga meniaga. tapi yerlah berhati hati yer.
Kami juga sempat singgah di bandar Danok . pekena pulut ayam pulut udang lagi. sambil sambil tu rakyat siam ni banyak bawak anak gajah jalan jalan pusing untuk jual kacang rebus. budak budak sukalah kan. takpalah.. janji diaorang happy.
So, bagi saya.. kalau sesiapa yang nak merasa pijak bumi siam ni. pastikan dokumen lengkap yer. Makan lah tomyam yang puas puas yer… Sedaap.
Tak jumpa pula perut goreng yang sedap seperti di Betong
Kalau sesiapa dah pernah terjah hatyai dan krabi ni berulang kali, aku cadangkan korang pergi ke Betong thailand untuk melihat awan nano dan juga piyamit tunnel yang banyak menyimpan sejarah komunis
BACA : Tips travel ke Jepun
2 Comments