Kedai cermin mata murah | Kalau nak kena tukar cermin mata multifokal aku pakai sekarang ni menangis oit! Harga aku buat ni dalam RM1800 huhuhu. Lepas tu bila aku dengar ada kedai cermin mata murah yang viral sangat tu di sungai wang, aku saja nak tengok berapa harga dia boleh bagi.
Table Of Content
Tapi berapa murah agaknya dia boleh bagikan? Susah aku nak dengar orang boleh bagi harga murah untuk kategori cermin mata orang tua ni hahha. Aku panggil cermin mata orang tua sebab selalunya orang umur 40an ke atas akan mengalami masalah ni.
Berapa kali korang buat pemeriksaan mata ? jeng jeng. Kadang tak sedar power mata naikkan?
Begitulah nasib orang yang tak berapa muda nih Bukan saja dah ada kedut and lingkaran hitam bawah mata, rabun dekat pulak tu.. bahasa saintifik presbyopia
Tengok Handphone sat dekat, sat jauh. Sah lah korang macam aku.
Kenapa Kedai cermin mata murah sangat?
Yang menjadi timbul tanya kenapa dia boleh bagi harga murah, apa beza dengan kedai lain? Itulah yang bermain dalam kepala aku. Bila aku baca blog ben atas kepuasan hati dia dengan harga yang diberi, maka aku pun cakaplah dengan abam aku kena pergi jejak jugak ni.
Setiap tahun memang ada peruntukan dari syarikat abam RM450 untuk seorang. Setakat spek untuk iman memang lepas. Tapi huhuhu kalau multifokal macam aku ni, aduiii… kena top up. Bukan sikit sikit tau. RM1800 – RM450 haa.. cer kira.
Disebabkan sini jauh lebih murah lah jadi harap plan tahun ni kami dah plan nak berjimat, banyak nak pakai duit or lebih baik travel hahah lagi best. Itu yang kami jejak jugak pada hujung minggu baru ni. Maka sampailah kami ke Kedai cermin mata murah di sungei wang
Seronok sebenarnya bila aku dengar owner kedai ni (william) educate dan memberi nasihat setiap orang yang masuk ke kedai ini. Betapa Lens alpha blue ini boleh sekat sinar biru dan silau malam. Siap demo pada kami.
Berbalik dengan kisah aku yang pakai cermin mata multifokal yang berharga Rm1800 tuuu.. huhuhu . lens yang aku pakai dari brand HOYA. Memang brand ini agak terkenal sebenarnya. rata rata yang pakai multifokal dari brand ini.
Tapi betul juga kata william, sebenarnya kalau kita keluar negara terdapat pelbagai brand sebenarnya. Banyak yang kita tidak pernah dengar
Lojiklah harga yang ditekan oleh lens Hoya, boleh kata macam monopoli dalam bidang optometrik ini ditambah pula dengan kos periklanan yang mereka lakukan.
Jadi kalau ada pilihan cermin mata yang lebih murah, why not kan? kali ini kami anak beranak memang order seorang satu sebab nak perabih bajet tahun ini di kedai spec murah .
Aku pulak nak spek yang lebih ringan, bingkai cermin mata yang boleh buat aku lebih nampak muda hahahah.. jangan mare.. ini sindrom mak mak 40an.
Kenapa dia boleh bagi harga murah
- Lense Alpha Blue 420 telah di daftarkan atas nama company ini
- Tidak menggunakan kos iklan yang tinggi seperti syarikat lain.
- Aplha Blue 420 lense baru nak dilancarkan, jadi masih dalam promosi ( baik korang grab sekarang)
Eye Pro Vission Kedai cermin mata murah , Siap Satu jam sahaja
Untuk cermin mata anak aku, hanya mengambil masa dalam 45 minit sahaja. kecik kedik dah pakai spek kan. Haa main gajet lagi sakan. Untuk frame dan alpha lens 420 proses untuk siap memang cepat. Tak sempat nak pusing pusing area bukit bintang haha. bayar RM125 sahaja. Memang betul – betul spek mata viral
Jimat duit!
Sebelum ini kami perlu tunggu beberapa hari. Tetapi untuk multifokal makan masa beberapa hari. Memandangkan aku tidak memerlukan dengan kadar segera, jadi aku pun tidak berapa kisah . ( ada alasan nak jalan jalan pavilion dan sungai wang)
Kelebihan lens Alpha Blue 420
- Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan)
- Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop.
- 100% sekat sinar biru dan ultra ungu (UV420)
- Tahan lasak kerana diperbuat dengan 12 layer berbanding lens biasa
- Tidak mudah pecah
- Kalis air
- Kalis calar
- Harga mampu milik
Jadi korang kalau bercadang, nak tukar spek tu boleh lah jengah kedai ini. Memang ada pelbagai option tapi kalau korang memang nak cari frame yang berjenama aku cakap awal awal yer tidak banyak disini, kutlah nak cari Oakley ker, rayban ker, Coach ker, Fcuk ker, memang tak ada. Tapi pilihan lain tu masih banyak
Tapi macam kita orang ni, dulu sahaja kisah nak melawa dengan frame berjenama, tapi disebabkan nak jimat bajet kami okay sahaja dengan frame yang ada di Eye Pro Vision
Lot G1111
Ground Floor
Sungei Wang Plaza
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
lowyat sama tempat ke ni? rasa macam nak pergi sana. Hmmm..
So..brp harga multifocal tu sis. Bole tau?
saya ada 2 multifocal . yg dgn kedai nih dalam Rm650 kalau tak silap . tapi tak boleh bandingkan dengan Hoya lense.
dengan harga mcm ni rasanya berbaloi dah.
hahah kalau nak pergi nnt .. kata refer dkt blog saya .. dpt diskaun rasamya