Aku ni namanya je orang Gerik, tapi hanya jejak betong Thailand tu dalam 2 kali sahaja. Biasanya masuk sana hanya untuk makan makan tapi kali ni tergedik gedik nak ke sana kerana awan nano I yerweng. Osem yakmat bila tengok gambar2 tu. Ada orang panggil awan karpet betong, ada yang panggil sea mist betong.
Table Of Content
22 December 2018, we all naik ke penang terlebih dahulu kerana abam nak ambik barang beskal, we all tidur semalam di penang so sempatlah naik Bukit Bendera waktu malam. View pun cantik juga, ada aku share dalam instagram aku. Dah sampai penang apa lagi, wajib lah makan makan hahaha.😝
So korang ada 2 options ke sana
- Plus Highway terus ke utara , lepas tu masuk Highway Kulim – Gerik – pengkalan hulu -betong
- Plus Highway keluar Kuala Kangsar -Lenggong – Gerik – Pengkalan hulu-betong
Untuk kami, the next day we all gerak ke Gerik, hanya mengambil masa dalam 2 jam dari Penang ikut highway Kulim -Gerik. Aku tidur semalam dirumah arwah bapak aku, dan we all gerak dalam kul 11.00 pagi. Perjalanan hanya 1 jam sahaja dari gerik masuk ke Betong.
Urusan di Imigresen sangat cepat sebab tidak seramai orang di Hatyai. Belum viral sangat kut heheh. Lepas ni abis lah semua orang kejar nak tengok awan nano.
Apa menarik di Betong, Thailand
- Makan-makan di Betong.
- Air panas Otop Village
- Postbox terbesar di dunia
- Piyamit Tunnel
- Taman winter Flower Garden
- Awan Nano I -yerweng
We all stay di butterfly hotel hanya rm90 semalam. Agak besar juga bilik ni
Shopping tu okay juga, boleh lah beli jersey. Tapi aku ni fokus (konon), heheh aku hanya nak makan dan tengok awan nano. Adalah beli sikit untuk kawan kawan di ofis. Cuma ralat tak beli beras pulut, rupanya kawan-kawan aku berminat . Aku ni tak berapa nak masak masak kuih ni, jadi tak beli lah hahaha.
Jadi kalau korang ke sana jangan lupa cari yer!
Kita orang tak pergi semua pun, hanya pergi Piyamit tunnel dan Awan nano. Best jugak tau pengalaman di piyamit tunnel. Nanti aku share video disana. Tak sangka jumpa komunis real punya, hahah siap interview video dengan dia orang nih dan paling terkejut mereka adalah orang cina malaysia dari selangor.
Baca : Gunung Banang
Makan Best di Betong sebelum naik awan nano I yerweng
Tapi kalau korang lajak ke sana, korang wajib cuba beberapa masakan di sana. Juadah korang patut cuba semestinyalah tomyam, kengsom, daging merah yang best, sangat berbeza di Malaysia. Ianya tidak berkuah.
Korang wajib cuba Perut lembu goreng. Rasanya hanya di Betong sahaja yang ada, hatyai pun tak ada. Makanan of course halal. Orang islam yang masak.
Pulut mangga, pulut ayam eh.. kenalah cuba. Pulut sana molek sangat kejadiannya.
Hari pertama sampai, perut dah lapar. Memang waktu lunch. Terus tuju Kedai yang aku biasa pergi makan perut goreng tapi malangnya tutup, mujurlah ada kedai yang berhadapan tu bukak. so tak dapatlah aku merasa perut goreng yang sedap tu. Aku cuba jugak kedai tu tapi tak berapa umpph.. tak puas hati, Kedudukan kedai ni berdekatan dengan pasar basah, kena masuk lorong belakang sikit. Ada 4 kedai muslim di situ .
Aku cuba lagi kedai lain keesokannya sewaktu perjalanan pulang ni geng geng motor aku yang suggest terjah kedai sulaiman ni. hurmm.. puas! tak sia sia kita orang pusing 2 kali cari kedai ni. We all makan perut goreng, sup tulang lembut, udang petai, daging masak merah. Mabeles
Sempat juga mencuba beberapa juadah sarapan orang muslim betong, Lebih kurang macam kita tapi tak ada nasi lemak yer. nasi pulut ada.
Pengalaman Menuju awan nano I yerweng
Kalau tengok google maps, mengambil masa dalam 45 minit dari pekan betong. kebetulan minggu sebelum tu adik ipar aku ada ke sana, katanya dia orang sewa tuk tuk untuk 8 orang dengan harga RM200.
hurmm.. mahal jugak tu!
Terpikir juga kenapa dia naik tuk tuk, rupanya dia orang terlupa nak beli simkad kut, sedangkan husband dia dah pergi beberapa kali dengan motorsikal ke situ
So we all stick to our plan, naik sahaja kereta kesana.
3.30 pagi dah bangun. so lebih kurang jam 4.00 pagi we all dah gerak ke sana. Akan melalui 2/3 kali pos kawalan askar thailand. hurmm.. suspen jer. Punyalah sunyi pekan betong ni. mulalah hati gundah gelana, patut sewa tuktuk ker.. hahah.. tapi separuh perjalanan nampaklah van pelancong dalam 2 biji. We all assume dia orang akan menuju tempat yang sama.
So hati lega sikit. We all follow je van tersebut dan ON Waze dalam masa yang sama. Tapi dalam satu selekoh membukit sedikit, husband aku cuba nak follow yang salah satu van tengah overtake van kedua, tapi tetiba rasa gayat pulak sbb 2 kereta potong dalam masa yang sama.
Tetiba rasa ada kereta di hadapan, husband aku pun masuk semula tapi kena honnnn.. dengan salah satu van tersebut huhuhu.. Yer .. agak rapat juga, sbb dalam keadaan panik sikit. Sudahnya we all berada diantara salah satu van tersebut untuk beberapa minit.
Bila ada ruang we all potong van yang di hadapan kami.
We all dah ke hadapan, kiranya dah tinggal lah kedua van tersebut. Dengan jarak yang agak jauh, sejuk dan sunyi aku tetap rasa naik tuk tuk bukanlah pilihan terbaik ke sana. Bawak kereta sahaja lebih baik.
Alamak garangnya orang siam ni
Husband aku terus pandu kereta ikut waze, tapi Jalan yang masuk ke dalam tu memang kiri kanan hutan. Aku macam cuak jugak. terbayang hantu siam keluar hahaha
Sesekali ada lah kampung. Tiba kat satu simpang tu waze ni lambat pulak update, so we all dah salah simpang. Kiranya masa dah lari dalam dalam 5 mins. We all amik keputusan patah balik bila tak nampak van tadi
Semasa we all uturn waze pun menunjukkan simpang yang we all silap tadi. Seterusnya Jalan agak menaik dah masa ini.
Akhirnya we all sampai juga di kawasan bukit tersebut dan nampaklah van tersebut. Dalam proses nak parking tu, tiba tiba sahaja kereta kena ketuk kuat.
Alamak!
Scary ! kena maki di kaki bukit awan nano thailand
Pemandu van tu terus maki husband, dengan bagi bahasa isyarat scene potong tadi. Muka yakmat samseng oit!!! dia siap cakap “this is thailand, you better watch out, remember aa.. this is thailand ! ” lebih kurang macam tula. Dalam 2-3 minit jugak lah agaknya dia maki kita orang.
Husband cakaplah sorry sebab memang tak nampak and tak perasan hampir kena. Tapi korang tahulah cakap ayam and itik. dia tak faham pun. Dia tahu nak maki maki jer.
Mujurlah mamat yang jaga parking tu orang islam kita. Mamat siam tu siap tanya pada mamat parking kita orang ni Muslim ke ?. Terus terusan tunjuk rasa tidak puas hati, macam nak bertumbuk dah gayanya. Nasib baik lah ada mamat parking tu dia yang cool downkan mamat tu. kita dah cakap sorry pun dia dok tunjuk samseng juga.
Mamat parking tu cakap orang siam ni memang macam tu, tak macam orang Islam kita. Dia orang memang ala ala samseng sikit, cepat panas hati cepat marah.
Aduii.. itulah orang siam ni. memang sangat-sangat garang and sombong. Pagi tu Kejadian kita orang beli simkad pada pagi tu pun lebih kurang macam ni lah. Padahal nak beli barang dengan dia, pun boleh nak cakap dalam suara yang agak tinggi.
Pointnya di sini hahah.. jangan main main dengan orang siam.
Awan Nano I yerweng di Gunung Silipat
Kalau korang google gunung silipat sebenarnya inilah tempat yang sama. Untuk hikers kebanyakkanya kenal dengan nama ini. heheh untuk orang tak berapa nak hikers macam aku ni search tempat ni sebagai awan nano iyerweng . Gitulah .
Kalau korang awan nano I yerweng, ada yang akan arrange kereta korang unntuk parking supaya lebih teratur. Toilet juga disediakan tapi yang paling best ada surau. Lega sangat!
Sebelum naik ke awan nano I yerweng we all tunggu dulu masuk subuh, dan terus pergi ke kawasan tunggu naik motor. Ada orang pilih untuk berjalan kaki, heheh kita orang tak berapa nak rajin tambah pulak si kecik tu ngantuk lagi. Bayaran hanya RM2 naik, dan RM1 turun. boleh benor lahkan.
Terdapat dek di kawasan puncak dan beberapa kawasan lain yang agak rendah.
Masa we all sampai tak berapa ramai sebab we all group terawal juga, nasb baik jugak. So we all duduk dalam 30-40 mins menunggu sun rise. Penting oo nak cari port untuk ambik gambar nih .
Memang cantik bila matahari mula naik, pancaran matahari tu dicelah celah awan nano tu, uuuhhh.. cantik yakmat. semua orang pun berebut nak ambik gambar. So acara ambik gambar tu dalm 30 mins juga lah, sebab susah nak ambik gambar dalam keadaan orang ramai.
Banyak sangat photo bomb! memang mencabar. Berbeza kenangan di Yogyakarta, kita berada di bawah melihat view kabus dan gunung merapi. Ini kita berada di atas, tapi lautan kabus atau awan nano i yerweng itu berada di bawah kita. Rasa macam nak terjun and lompat- lompat macam dalam cerita kartun
Lagi satu , ambik gambar dengan handphone walaupun IphoneX heheh memang tak best. tambah2 bila membelakang kan cahaya naik tersebut. Melainkan memang nak effect sillhoute. Kebetulan aku bawak LED portable. Okay sikitlah . So nampaklah muka.
Bila ada ruang kita orang dapat setup kamera Fujifilm kita orang dengan flash barulah aku puas hati tengok gambar tu.
Moral of the story, if korang memang nak capture gambar pemandangan dengan handphone memang tak cukup. Rugi betul selfie, melainkan korang nak muka korang yang lebih besar dari awan nano I yerweng hahahah… tapi kena pandai cari lighting yer
Semasa perjalanan turun ada jugak kedai yang buka untuk breakfast. Orang Islam yang menjual tu. Kita orang dah terlepas sbb susah sikit nak parking jadinya we all jalan je terus balik, nak cover tidur balik. Oh sewaktu turun, kami melalui kawasan yang tebal tersebut, terasa air di tapak tangan. Sejuk!!
Boleh baca info pasal awan nano di harian metro juga sekiranya korang nak info lebih pasal kawasan betong ni. Jangan lupa baca pasal kisah komunis di Piyamit tunnel pula. 2 entri ni sahaja aku buat untu kisah travel kali ini .
Ni kat puncak gjnung silipat la kan? Takyah pakai guide ea kak?
wah.. kali ni pi sebab awan nano yea.. TB pun baru dengar pasal awan nano ni.. hehehe.. sebelum ni tak pernah dengar .. adoi.. jauh ketinggalan rupanya TB.. tapi part orang siam yang cakap macam nak gaduh tu TB biasa dengar.. takut woo kalau terbuat salah kat sana..
Bestnya pengalaman bergambar dan tengok awan nano…wujud rupanya awan nano ni erk..ingat lagu si Hafiz je..heheh..subhanallah cantik sungguh..bestnya kalau dapat pergi..better guna travel guide atau better pi sendiri..eh org siam mmg cenggitu nak plak dia tgh bawak tourist yg dia jaga..dia akan jaga keselamatan tourist dia tu..sebab tu dia garang semacam..
laa orang gerik juga ke? haahah khai punya kampung pun dekat sana. serius baru tahu pasal tempat ni! bolehlah pergi sebab dah dekat.; tq tau share boleh jadi reference artikel ni yeay!
wow.. tak pernah tahu kewujudan tempat ni.. nice. rasa macam kita duduk di tempat yang sgt tinggi sebab bleh tgk awan dngn jarak yg dekat
Uiksss cantiknya awan nano tu kak..1st time tau pasal Betong ni. Td kte tersalah baca Bentong jadiknya hahha..anyway nice sharing kak
Cantik yer view awan nano ni… bucketlist nak datang sini.tapi takut pulak dengan jalan dan perangai orang siam yang kuat marah tu. Bagus tempat ni muslim friendly.
Ala bestnya dapat tengok awan Nano tuh. Serius cantik. Nanti nak ajak suami perfilah. Eh nanti boleh sharw tak total belanja nak betong tuh owrgi dan balik. Boleh start bajet kalau nak pergi sana.
Hehehe. Boleh boleh… murah yakmat!
Tak pernah lagi sampai ke sini. Nampak menarik ekk..teruja pulak sis tengok gambar awan tu, tu yang buat nak gi jugak nanti..Ok lps ni nak simpan duit nak ke sana lah
alaaaaa nak ikut jugak…saya tahu kak pasal awan nano kat sini sebab pernah tengok dalam cerita thailand…diorang hiking ke situ….tapi tengok akak nak ke situ pakai kereta nampak macam ok jer…apa kata kita plan lagi pergi sini dengan geng mak jemah..mesti best kan….
Cantiknya.. never heard of this place before. But the view here is very beautiful. I wish i can go there too. I really love environment like this.
Menariknya la pemandangan tu. Macam teringin gak nak pergi nie. Terima kasih sebab bagi tips cara nak naik dan persiapan bagai – berguna sangat tu.
Cantiknya pemandangan kat awan-awan tu. Buat Rawlins teringin nak pergi gak. Terima kasih sebab share tips cara nak ke sana dan persediaan tu. InsyaAllah akan membantu.
Allahu… Subhanallah.. Indahnya cipta an DiA. Cantik tenang nyaman kak. Nanti nak pegi sini jugak laaa
Serius baru tahu. Pasal awan nano. Okies. Save bookmark. TQ sharing kak
Awan Nano, teringat zaman kegemilangan Hafiz Suip di AJL.
Seronoknya dapat buat Road trip ke Thailand. Dah lama teringin nak buat macam ni. Hopefully one fine day dapat peluang macam ni jugak. Thanks for sharing
Bestny akak dapat pergi tengok awan nano..nad pun baru tau pasal tempat ni..haishh seronok tengok orang jalan-jalan..moga ada rezeki nad dpaat jalan-jalan lepa sni
Mcm mcm pengalaman ni masa melancong kan, bukan shj kenal tempat, budaya dan juga sikap sifat org tempatan jugak. Selamat bercuti dan selamat pulang ke Malaysia! 🙂
wowwww niceeee the awan~~~ yes i think i know about this place before but never got the chance to go! thanks for sharing with full details.. will refer to your post if i happen to go!
i dont remember when was my last time to Thailand.. arghh..i really miss there so much and the place you visited were so nice!!!