‘Kalut! Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Jenuh dan pening kedua keluarga mencari, namun dua sejoli itu bagai hilang ditelan kabus. Che Embun sudah hilang daya, mahu terguling. Hajah Jawaher pula terduduk, pening kepala. Kata Haji Manaf dan Che Azhan, gantikan saja dengan pasangan lain. Nak buat macam mana, kad jemputan sudah diedar. inilah permulaan Sinopsis Cik Reen Encik ngok ngek
Semuanya kerana salah faham, Irma perempuan yang telah diupah sengaja mereka reka cerita mengatakan Iqram telah membuntingkannya. Macamana Izyan merajuk melarikan diri. Tapi kesannya kedua keluarga kalut dan bersedia untuk menanggung malu.
BACA : Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan
Azreen dan Harris kedua anak yang betul betul taat kepada keluarga. Sanggup mengorbankan perasaan mereka demi menjaga aib keluarga. Tapi masih berbelah bahagi. Azreen dan Zaza bagai langit dan bumi. Azreen si murai yang berhenti bercakap dan garang pula. Lainlah zaza, top model yang pandai bergaya dan manja.
Aduh… bagaimana ni.. apa yang harus mereka lakukan? Tapi tiba tiba ustaz yang bakal menikahkan mereka mencadangkan Harris dan Azreen jadi pengantin ganti.
What? Kahwin??
Dengan abang si Iqram, bakal adik ipar yang tiba-tiba halimunan. Dengan Harris, si ngok ngek perasan muka macam hensem sangat. (Memang dia hensem, tapi mulut macam longkang! Berlagak! Ptuiii !!) What the hell?
Dengan Azreen, cikgu tadika tu?
Please… Abah ni nak bunuh aku ke? Mana aku nak letak muka? Tak ada class langsung. Aku nak kawin dengan Zaza tapi mereka yang kasi (sebenarnya Zaza yang tak mau lagi. Adehhh). Hoooohhhh, takkkan. Tak mungkin terjadi! Kalau dah berkat doa orang tua, masin mulut katakan. Jadi tetap jadi.
Sudahnya Harris yang bersalam dengan tok kadi, Azreen yang jadi isterinya. Selamat dah kenduri tu. Zaza? Bagai mahu gila, namun kerana tugasan di luar negara, tak mampu nak menghalang. Tunggulah dia pulang ke Malaysia nanti, dia akan ajar Azreen cukup-cukup. Berani dia rampas Harris!
Tapi salah zaza juga kerana terlampau mementingkan karier sebagai Model ternama. Belum bersedia untuk berkahwin tapi selfish! Rugi dia melepaskan peluang dan rugi dia melepaskan haris
Pengembaraan mereka mencari Izyan dan Iqram bersama rupa-rupanya mengikat emosi. Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Hatinya melekap pada Harris bak magnet. Dia tahu, dia perasan Si Rain, Rain Go Away mula berubah. Dia cuba tolak, halau jauh-jauh. Zaza, kekasih hatinya, dia hanya cintakan Zaza, mahukan Zaza. Buat apa terus bersama dengan cikgu tadika yang serba kolot. Jumpa saja malaun berdua tu nanti, dia akan lepaskan Azreen.
Jangan lupa tonton drama Kau yang pertama gandingan hero dan heroin yang sama
Abah dan ummi nak marah? Marahlah, dia terima.
“Dah ada masjid yang serba sempurna, kenapa mahu runtuhkan?” Kereta rosak. Jumpa hantu (kot). Jumpa Inspektor Hasani dan Inspektor Khairul… Ehhh? Ni cerita Polis Evo tu ke? Bermalam di tepi jalan. Disamun mat rempit. Sesat dalam hutan, jumpa nenek kebayan.
Pertemuan dengan Tok Cik yang membantu mereka yang telah disamun telah membibitkan perasaan sayang dan cinta tanpa sedar. Pelik! sangat pelik. Haris tahu Azreen sempurna untuk menjadi isteri pandai segalahnya, perfect untuk membina keluarga tapi tetap merasa geram dan marah sebelum ini jika zaza rapat dengan Iman managernya.
Jadi apa yang harris mau sebenarnya.
Betul ke semua ni? Harris bingung, kenapa bila di hujung perjalanan, dia tidak mampu memilih tangan mana yang mahu terus dipegang. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak Harris memang laki yang bertanggungjawab dan melindunginya.
Sadis.. apakah kesudahannya. Yang pasti cliche drama sebegini pastinya happy ending tetapi perjalan dan kesengsaaraan mereka yang membuatkan aku tidak sabar untuk melihat kesudahan drama ini.
Info
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Megadrama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)
PENULIS NOVEL : Maya Adira
PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over, Nashra Shah, Adrian Edy, Nabila Razali
Watak Pelakon drama Cik Reen Encik ngok ngek
Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan
Haneesya Hanee sebagai Zaza
Iswan Ismail sebagai Iman
Scha Elinnea sebagai Izyan
Farhan Asri sebagai Iqram
Dini Schatzmann sebagai Naqib
Nabila Razali sebagai Siti
Badrul Muhayat sebagai Che Azhan
Farisha Irwayu sebagai Che Embun
Rania Humaira sebagai Anum
Nik Adam Mika sebagai Qalish
Satu Peluang – Andi Bernadee
2 Comments