Tip didik anak pengurusan kewangan. Aku memang sangat-sangat pentingkan bab pengurusan kewangan ini. Maklumlah gaji tidak lah sehebat orang lain yang 5 figure.
Table Of Content
- Ajar anak faham kewangan itu apa?
- Anak tunggal tidak boleh dapat semua
- 12 tip didik anak pengurusan kewangan
- 1. Duit syiling tempatnya di tabung
- 2. Setting goal dan fahamkan dia
- 3. Allocation beli mainan atau buku setiap bulan
- 4. Upah RM – Kerja rumah dan baca buku
- 5. Bawa anak pergi ke bank bersama-sama
- 6. Belanja duit mereka sendiri
- 7. Belanja vs Simpan
- 8. Bawa mereka bersama untuk membeli barang
- 9. Selalu bincang harga barangan atau produk
- 10. Tunjukkanlah contoh terbaik untuk mereka
- 11. Ajar nilai sedeqah
- Bagaimana, dah bersedia?
Lagi satu sebab aku sendiri frust tidak dapat pendedahan awal seperti sekarang, zaman kita dahulu try and error sahaja.Β Jadi aku rasa kita sebagai orang tua wajib trained, ajar dan didik anak bab ini selain dari ilmu lain. Entri aku kali ini untuk perkongsiaan
Ada banyak cara nak ajar anak bab ini. Samada secara konvensional atau secara online.
Ajar anak faham kewangan itu apa?
Tidak semestinya orang bergaji besar boleh punya simpanan lebih banyak dari orang gaji kecil. Semuanya adalah dari segi pendedahan dan ilmu yang kita ada. Jadi walaupun tajuk ini agak ‘heavy’ untuk anak kecil.
But trust me, kita memang kena expose dan ajar tip didik anak pengurusan kewangan dengan betul. Aku pernah share pasal iman dah kisah duit raya sebelum ini. So memang aku monitor closely pasal peel dia bab duit ini.
First and foremost kena pahamkan mereka value duit tersebut. Jadi lebih senang kita nak tolak permintaan mereka and fahamkan mereka kenapa tidak boleh membeli sesuka hati.
Rengekan dia tu memang biasalah . Nama pun budak. Tapi hati mak bapak sendiri kena keras. Kami pun bukan boleh control setiap masa tapi at least kita cuba. memang susah nak tip didik anak pengurusan kewangan ini
Anak tunggal tidak boleh dapat semua
Iman anak tunggal, jadi aku takut betul dengan stigma orang yang cakap anak tunggal apa pun boleh dapat ni. Eh.. tak bolehlah begitu kan. Anak banyak atau sikit yang penting kena tahu berjimat cermat juga.
Kelebihan aku sebab aku anak seorang jadi aku boleh control tapi jika anak seorang pun aku tak boleh control memang teruk sangatlah aku nih.
Ini cara kami. Mungkin orang lain pun ada cara sendirikan. Niat aku bukan nak tunjuk bagus tau, tapi aku selalu rasa teruja kalau baca bab-bab cenggini dan kebanyakkanya dari luar negara. Kenapa tak banyak orang cerita bab ini dinegara kita yer. hurmm..
Aku yakin ramai juga ibu bapa yang dah ambik langkah yang lebih hebat tapi mereka tiada blog untuk sampaikan seperti aku dan rakan blogger lain. Jadi terimalah perkongsian aku ini sebagai salah satu usaha untuk sama sama menjadikan anak-anak kita lebih baik.
12 tip didik anak pengurusan kewangan
1. Duit syiling tempatnya di tabung
Rumah kami ada banyak tabung syiliing. Ada 1 dibilik atas dan 2 di bawah. Seingat aku sejak dia boleh merangkak kami dah ajar ambil syiling masuk tabung yang disediakan. Beli lah tabung yang comel-comel mesti dia suka.
Seingat aku jugak, dia tidak pernah sekali pun masukkan syiling dalam mulut. Automatik setiap kali dia ternampak syiling di lantai iman akan kutip dan terus masukkan dalam tabung.
Kedua, setiap kali dia nampak syling kami dari wallet, handbag atau di atas meja akan menjadi milik dia sepenuhnya. Kami yang suruh dia ambil simpan dan ianya umpama tabung bunian atau Force saving untuk iman dari kami
2. Setting goal dan fahamkan dia
Selalu kalau kami travel, kami akan buat research terlebih dahulu harga sesuatu barang. Contoh semasa ke US harga Lego jauh lebih murah dari sini. Jadi setiap kali kami ke Lego di Malaysia kami akan sama-sama tengok harga barang tersebut. Jadi dia akan belajar bersabar untuk yang terbaik.
3. Allocation beli mainan atau buku setiap bulan
Masa dia kecil, basically kami set RM30 setiap bulan in case dia nak beli mainan atau buku. Tapi apa yang kami lakukan kami ajar dia sekiranya dia mahukan toys yang lebih besar dia perlu kumpul untuk bulan seterusnya.
Tapi dah lama tak belikan sejak dah darjah 1. Cuma hadiah pada hari jadi.
Apa yang dia belajar disini? dia faham nilai duit, nilai sabar dan keseronokan mengumpul duit untuk benda yang lebih bernilai. ini sememangnya salah satu tips didik anak pengurusan kewangan
Kami prefer dia beli barangan yang lebih berkualiti bukan kuantiti. Salah satu sebabnya aku tak suka toys yang banyak dah bersepah di rumah. Kedua beli barangan elok mungkin kita boleh jual satu hari nanti. contohnya collection CARS, Nerf, tobod.
4. Upah RM – Kerja rumah dan baca buku
Selain dari membantu kerja di rumah, kami kadang kadang bagi dia upah untuk membaca buku cerita sebab dia sangat sangat tidak suka membaca novel selain lawak kampus.
Bunyi macam duitan tapi terpaksa lakukan sebegini untuk createkan perasaan cintakan buku. Kebetulan dia aim untuk membeli kasut bola yang berharga RM130 rasanya pada masa itu. Nak tak nak dia memang kena buatlah. Hujung minggu dapat duit dia masuk wallet.
Sukalah dia tengok wallet bertambah gemuk. “Perasaan” seronok ini lah yang kami cuba bentuk. Konsep sikit sikit lama lama jadi bukit.
5. Bawa anak pergi ke bank bersama-sama
Setiap kali musim raya, dia sendiri akan kira duit raya dan tabung syilling. Paling kelakar pertama kali bila kami buka buku bank dia umur 3 tahun, dia hanya nampak buku bank tapi dia tanya mana duit dia. Habis dibelek buku bank tersebut untuk mencari duit yang dibawa awal tadi.
Jadi masa itulah kami explain duit tu pergi mana . Apa itu bank dan sebagainya.
Lagi satu aku sering update berapa jumlah terkumpul duit simpanan dia dari jumlah allocation yang aku masukkan setiap bulan.
6. Belanja duit mereka sendiri
Iman pernah berlakon drama sewaktu umur 6 tahun bersama Izzue islam untuk drama mr.maid suami ibu. Jumlah yang dia terima consider agak banyak, mencecah ribuan ringgit juga.
Walaupun dia berumur 6 tahun aku memang cakap duit ini untuk simpanan dia tetapi dia boleh ambil sedikit untuk beli apa yang dia suka.
Dia beli toys TOBOD yang berjumlah RM200. Mahal kan.. tapi trust me sehingga sekarang dia sangat sangat appreciate barang tersebut. dan aku sering kali cakap simpan elok-elok nanti boleh jual balik toys ni.
7. Belanja vs Simpan
Setiap kali raya memang kutipan duit raya dia boleh mencapai ratusan ringgit. fuh berbanding dengan zaman kita memang tak pernah capailah angka inikan. Jadi sekali tu pada musim raya, betul betul selepas balik beraya di rumah saudara dia request stop di gas station nak beli aiskrim.
Korang tau apa yang berlaku. Aku cakap duit raya kan dah ada pakai lah. hahaha dia tak mau, nak simpan katanya. Tapi kami paksa juga dia pakai duit tersebut. Betul betul lepas beli dia cakap ” uihh mahal jugak aiskrim ni”
See… bila pakai duit sendiri baru terasa kan.
Lagi satu senario, baru-baru ini dia telah melakukan kesalahan so iman kena bertanggungjawab dan tanggung kerugian tersebut. Perghh… dia punya sedih kena keluar duit tabung tu, baru dia tau nilai duit . Korang boleh baca apa yang iman kena bayar dalam entri kisah iman dan gajet
8. Bawa mereka bersama untuk membeli barang
Kadang kadang bawa dia bersama untuk shopping memang bahaya. hahaha dia memang suka dengan trolley shopping, suka sangat kalau nampak trolley penuh.
Jadi kami suruh dia tengok harga barangan yang hendak dibeli jadi dia boleh faham apa yang dikatakan mahal dan murah. Tapi setengah orang kata bahaya kalau aku jadi ini salah satu tips didik anak pengurusan kewangan.
Tapi it just a matter how you control the situation.
9. Selalu bincang harga barangan atau produk
Anak lelaki ni keterujaannya pada sports stuff dan juga automatif. Sejak dah berumur 8-9 tahun minatnya memang ke arah sukan pula, tidak lagi Toys R US, sekarang dia memang selalu ajak masuk kedai Nike, adidas dan sewaktu dengannya lah.
Kami boleh sahaja window shopping dan enjoy tengok barangan yang sedia ada tanpa membeli apa pun. Sambil tengok sambil bandingkan harga. Fahamkan bila dia boleh bila kasut seterusnya sebab kasut yang ada masih elok.
Begitu juga dengan kereta kereta yang hebat di atas jalan raya. Disebabkan suka bermain game racing iman boleh kenal kebanyakan jenis kereta dan harga kereta tersebut.
Tak salah semaikan impian dia untuk memiliki kenderaan hebat untuk mendidik dia perlu kerja kuat dan pandai menyimpan untuk impian besar (walaupun mak dia tak suka orang perabih pada kereta, mak suka anak beli rumah!)
10. Tunjukkanlah contoh terbaik untuk mereka
Anak anak ini imitate apa sahaja perbuatan ibu bapa mereka. Kita kena selalu share kenapa kita boleh beli ini , kenapa tak boleh. Juga kena share apa yang kita buat dengan gaji kita.
Apa impian kita. Apa nilai duit pada kita. Contoh kenapa kita pakai myvi sahaja. aku cakap biarlah kereta kecik sahaja janji kita dapat merasa semua benda boleh travel, boleh makan best dan masih boleh menyimpan.
11. Ajar nilai sedeqah
Ini paling penting. Hampir setiap minggu kami akan bekalkan dia RM1-RM2 untuk dia masukkan dalam tabung masjid sewaktu sembahyang jumaat. Pertama nak ajar nilai sedeqah, kedua untuk berbuat baik, ketiga tidak semestinya kena ada duit banyak untuk bersedeqah.
Boleh refer Bank Negara juga untuk lebih maklumat lanjut dalam mendidik anak anak celik kewangan or boleh baca di majalah labur juga untuk tips yang terbaik
Bagaimana, dah bersedia?
Pengurusan kewangan ini penting tetapi kenapa di sekolah tidak ajar yer. Atau mungkin kami yang tak tahu. Tak apalah kan, takkan nak suruh sekolah sahaja yang buat semua.
Tapi .. cumanya personally aku rasa subjek subjek sebegini dan juga pembentukan moral penting dididik dari kecik. kan best kalau ada subjek tip didik anak pengurusan kewangan
Ianya perlulah dilakukan dengan cara bersahaja mengikut tahap umur mereka. Jangan jadi ibubapa yang kedekut tapi berbelanja lah seadanya. Perlu tahu bila berbelanja dan bila untuk menyimpan.
Aku nak iman membesar sebagai orang yang celik kewangan, juga untuk anak anak korang pun dapat follow tip didik anak pengurusan kewangan aku ni. Aku tak nak nanti Gaji besar tapi tak pandai urus pun tak guna.
Tapi semua bermula dari ibu bapa, untuk bakal ibu korang kena pandai urus kewangan sebelum berumahtangga lagi, sebab itulah ramai yang cakap wife adalah menteri kewangan. Jadi Korang wajib baca entri aku sebelum ini Tips pengurusan kewangan untuk bakal pengantin perempuan yang harus tahu.
Bab sedekah dan menabung tu julia mmg terapkan pada Abg Qi selalu buat…mmg bagus terangkan betapa susahnya utk mendapat sesuatu…bila dpt capai target, belanja ikut ketetapan…train sejak kecil bg kelebihan si kecil utk menghargai apa yg dia usahakan
Thanks kak azni.. sharing yg sgt bermakna dan berguna utk kami as parent.. πππ
Thanks sharing kak… Beberapa method kita sama! Memang kena ajar anak-anak nilai duit
Good tips. boleh syaa guna tips ni untuk didik anak saya cara uruskan duit Tq kak azni for sharing
Setuju kakni..part menyimpan Sal terapkan jugak dalam mendidik anakΒ². Biar dyorang tahu kenapa perlu menyimpan dan dari mana datangnya sumber kewangan
Nice sharing kak azni. Boleh tiru lah buat kat anak2 huda jugak
Sama2…. mana yg elok takpa amik laaa heheh
alhamdulillah..Terimakasih.Boleh lah ina terapkan pula pada anak-anak. Tak susah mana pun..yang penting kena sabar. Sabar mendidik
Bagus dan sangat bermanfaat. Didik dari awal, memupuk kebiasaan yang baik. Tahniah puan π