Anak anak korang ada tak masalah tak nak makan? fussy eater? cerewet? Tak selera makan or seangkatan denganya. Haa ini aku nak share dengan korang dalam usaha nak menggemukkan iman mcm umor dia 4/5 tahun dahulu. Rasanya korang pernah dengar kut himalaya bonnisan kan.?
Table Of Content
Iman baru genap 9 tahun pada 01 March 2018. Dah besar dah budak ni, kejap jer masa berlalu. Yang aku risau sekarang ni, walaupun dah sunat pada hujung tahun lepas badan dia macam tak cukup isi jer. Banyak pulak orang tegur haluih nya iman. adeh… macam mak tak bagi makan pulak kan.
Iman pulak seorang yang sangat aktif, jadi lemak tak sempat nak melekat kat badan tu ha hahaha.. tambah sekarang mama sibuk masuk Jk1M dia pun sama nak follow nak main futsal, itu belum lagi training bola dengan kelab ataupun cycling .
Baca : Jom sihat dengan JK1M
Minat dia dengan bola ni memang tak boleh di bendung, kalau betul dia serius nak main kami mak pak pun suka tengok player yang badan tegap dan ada isi sikit. Ini haluih sangat dia kat padang, selamba jer orang tackle dia nanti. Senang nak jatuh. Jadi dia kena kuat makan dulu baru cepat tumbesaran nanti.
Ikut nasihat kawan aku yang memang bekerja sebagai Dr., budak sebesar iman ni perlukan protien kalau betul nak cepat membesar, if nak build up muscle, kena banyak makan telur, ayam dan daging. Problemnya dia ada sejenis perangai macam aku ni tak suka mengunyah . Daging tu lagi lah kadang terselit. So iman end up makan nasi dengan telur sahaja, dan dia sangat sangat suka seafood, mama dia ni pulak takut kolestrol nanti affect dia bila besar nanti.
Kalau makan nasi sahaja memang separuh pinggan kongsi dengan mama dia jer. Favourite food dia skrg ni kalau pergi ke Dolly Dimsum memang dia akan makan banyak. tapi.. errr.. takkan nak p tempat makan best best jer baru lalu makan hahaha… kopak laa mama iman oit.
So, apa lagi aku terus lah google and mencari supplement apa yang sesuai untuk budak umur dia. Ini kali kedua aku amik supplement untuk iman secara serius. Sebelum ni Brand Appeton yang agak femes tapi macam tak berapa berkesan. Kali ni aku try himalaya bonnisan pulak gara gara pernah viral sebelum ini. Memang dah lama aimed tapi selalu kehabisan stok. memang hot sgt lah kan.. akhirnya bertemu jodoh jugak dengan produk himalaya ni.
Well, so far so good lah, ada improvement
Info ringkas Himalaya Bonnisan
- Bonnisan adalah sejenis Cecair adalah ubat Ayurvedik proprietari atau R&D yang dihasilkan oleh Himalaya Herbal Healthcare.
- Ia adalah persediaan kanak-kanak untuk bayi dan kanak-kanak untuk lebih sihat
- Ia berguna untuk memperbaiki pencernaan dan metabolisme pada kanak-kanak.
- Ia menggalakkan pertumbuhan
- Dapat menyelesaikan masalah perut kembung, kolik atau sakit perut atau masalah pencernaan pada kanak-kanak.
Untuk info lebih lanjut boleh refer di media sosial ini
- Instagram : Himalaya Malaysia
- Facebook Page : Himalaya Healthcare Malaysia
- Senarai Outlet : Himalaya Malaysia
So this is our honest review pasal himalaya bonnisan
- Harga : RM 24.05, agak affordable. mampu milik. tidak mencecah RM50
- Beli dimana : Himalaya butik store dan Farmasi terpilih
- Warna : Kuning cair seperti warna minyak atau air zapple
- Rasa : Seperti berangin, mint
- Bau : Seperi ubat gigi
- Packaging dalam botol plastik. Ada terbaca kalau bagus diletakkan dalam botol kaca dan bewarna cerah supaya senang untuk melihat kandungannya.
@imanrifqi_ ni sgt susah nak makan nasi and susah nak makan ubat or supplement. Kalau makan nasi memang tak pernah abis kalau 1 pinggan tu. Bila mak pak kontrol makan dia pun sama nak kontrol .. adeh!! So lepas baca review kata #bonisan ni mampu tingkatkan selera budak2 so Kita kasi test tgk macam mana . Moga dia lebih selera makan baru boleh main bola kuat sikit heheh kan! #kbba9 #himalaya #bonnisan #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #parentingblogger #modernmumthingy #review #kidsreview
Feedback dan perubahan anak
- Iman amat susah makan ubat hanya hari pertama dia agak skeptikal untuk telan, 1st time try cepat telan sbb takut nak rasa hahah tapi lepas tu dia memang boleh amik dan tuang sendiri.
- Iman cakap rasanya okay, sedap jugak sebab itulah boleh amik sendiri
- Setiap kali balik sekolah dia dah mula minta makanan. ” Lapar laa‘.haaa ini iman baru amik separuh botol
- Walaupun belum habis sebotol, bila dia sendiri selalu mintak roti in between lunch and dinner pun cukup bagus
- Pernah dia update dalam minggu ni ( 01 March 2018) dia makan 3 kali ulang di sekolah sebab sedap sangat lauk tu sampai baju dia kotor sbb tertumpah.
Asalnya dulu aku and husband terlampau risau kalau Iman ni jadi obes, jadi memang kami kontrol sebarang makan jajan. Malah kami sendiri cuba kawal pemakanan sejak sejak dah masuk 40an, tapi itulah kami terlupa iman perlukan zat dan juga ransangan untuk makan lebih untuk pembesaran dia.
Harapnya dengan pengambilan himalaya bonnisan untuk beberapa kali ini dapat membuatkan dia lebih berminat untuk makan.
Sal dah try kakni..memang cam ajaib lak bonnisan ni..anak dah mula nak makan..syukur sangat !
itulah harapnya menjadi.. tapi tak boleh harap 1 botol jer.. kena istiqamah untuk beberapa botol kut kan
Best baca feedback positif dari Iman .. semoga sihat2 dan selera makan kembali
Tak sabar jugak nak bagi kat anak ni, terutama anak lelaki ai tu. Kurus sangat!
semoga iman terus selera makan dan sihat,boleh main bola sampai peringkat tertinggi
bagus
banyak baca review himalaya bonnisan nih berkesan
Anak buah sorang tak suka makan… Boleh la suggest kat kakak guna bonnisan ni
haaa boleh tryy
Macam mana nak pujuk anak makan Himalayan? Lihat botol macam ubat terus larik. 🙁
Hahahha paham paham .. tp bonisan ni mmg okay la..anak pun boleh mkn
Macam nak kena beli juga la… Sebab anak sy sebut nasi je lari… Hadoii.. memang umur dah 3 tahun.. tapi macam baby baru boleh jalan…
sama..anak 2 tahun tapi halus sangat badan dia.