I love you mr. arrogant.| antara drama yang best lakonan zara zya dan hero Azlee khairi yang kita boleh ingat sehingga ke hari ini. Kira drama Hit lah.
Sinopsis I love you mr. arrogant
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham.
Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
“Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik.” –
Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
“Apa? Atas lantai ni?”
“Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja.”
“Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!”
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
“Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi…” – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti…
Ulasan
Drama ini agak klise sebenarnya, kisah orang kaya dan orang miskin. berjumpa dan dalam kes ini terkahwin atas sebab tertentu dan tanpa disedari mereka telah jatuh hati. hurmm.. agak biasa kedengaran kan.. tapi yang penting bagaimana drama ini di digarapkan untuk menjadikan ia lebih menarik dan tertarik. Kalau pelakonnnya biasa biasa sahaja tetapi berjaya meyakinkan penonton, tidak mustahil mereka mampu mengecap nama seperti nama artis yang lain.
Berkesempatan untuk melihat episod pertama, sebaik sahaja drama jannah tamat di slot akasia ni. Namun ia tidak berjaya ‘menangkap ‘saya untuk terus follow drama ini. Bermula dengan mendengar komen komen rakan sepejabat wanita yang berkongsi cerita drama ini, membuatkan tertarik untuk follow drama ini.
Melalui pemerhatian saya, hero dan heroin nya biasa biasa sahaja., tapi kata mereka watak yang dibawakan oleh mereka sgt best. Tang mana yang best kan? Saya tidak tertarik dengan heroin drama ini. malah saya tidak pernah sedar kehadirannya. tapi kata meraka lakonannya sangat bersahaja dan sangat natural and the best word untuk menggambarkan heroin tersebut, dia sangat cheeky and nakal.
Watak pendukung yang lain seperti norish karman juga mencuitkan hati . Memang seronok mendengar perbualan kawan kawan mengenai drama ini, sehingga menjadi perbualan wajib setiap pagi dengan mengulang dialog dialog yang agak mencuit hati.
Sah! mmg kaum kaum ibu suka dengan watak sebegini yang dapat menghiburkan mereka. malah sekiranya terlepas salah satu episod. pasti mereka akan cuba menonton melalui tonton atau mana mana blog. Malah, conversation dalam watsaap sewaktu drama ini berlansung juga mencuit hati. Kerana itulah membuatkan saya juga tertarik untuk follow drama ini. Jelas people referral sangat penting dalam zaman sekarang 🙂
Pelakon I love you mr. arrogant
- Mr Arrogant- Azlee Khairi
- Zaara-Zara Zya.
- Hanez suraya- Sherr
- Keith Foo -Hardy Hakimi
- Norish Karman- Puan Ser
One Comment