Akhirnya setuju hantar iman join kelab bola kanak kanak
Bukan senang aku nak setuju dengan idea ini. Mungkin mak mak yang ada perasaan sebegini, atau mungkin aku yang terlebih risau kalau dia tak boleh fokus dalam pelajaran nanti. Kerana apa? Kerana aku tahu iman ni seorang yang obses dengan sesuatu benda dan aku pula tak beminat lansung untuk dia jadikan pemain bola pun., ini mintak nak join kelab bola kanak kanak
Table Of Content
Entahlah, maybe tahap bola malaysia yang tak berapa meyakinkan aku, tambah tambah dengan politik yang banyak campur sukan malaysia. Faktor faktor ni yang buat aku malas je nak bg dia main bola..
teruk ke aku?
Mungkin at first, aku menterjemahkan bila join kelab bermakna dia serius untuk jadi footballer. Okay itu silap aku. hahha aku admit .. aku takut kalau dia serius nak jadi footballer.
Memang gila bola!
Tapi.. bila aku tgk iman ni, siang malam dia boleh cerita pasal bola. Memang gila bola.Mungkin pengaruh papa dia yang berminat dengan taktikal dan strategy bola.
Actually aku impressed juga, untuk budak umur dia, boleh kata dia boleh tahu pemain pemain kelab terkemuka. Bukan itu sahaja, maklumat sponsor, kelab, umur, berapa biji kereta, negara mana semua dia tahu. Sampai cousin yang lebih besar dari dia terpaksa google untuk sahkan segala info yang dia share tu. Thanks to internet and media sosial. Itulah source yang info yang iman godek godek. Bukan itu sehaja, setiap style and trick dia akan refer di Youtube, dan memang dia akan cubalah untuk buat
So finally iman join EDC atau lebih dikenali dengan nama Escola De Futebol di kota damansara.
Pemburuan mencari kelab ni hampir 2-3 bulan. Memang kami cari sungguh tempat yang sesuai untuk kelab bola untuk anak di selangor. hahah giler kan … sebab kami suami isteri memang jenis suka survey and research hingga terlebih dan sampai tak buat keputusan pun ada. Maklum laa anak sorang tu jer, kalau anak banyak sure tak sempat.
BACA : Kenapa Sekolah Integrasi Menjadi pilihan untuk iman
Okay to back kisah iman dan football clubnya. Iman mmg berhutang to papa yang berjaya convince kan aku untuk benarkan dia join football club. Laki aku cakap ada beberapa sebab and kelebihan bila join kelab bola untuk budak budak ni.
Kelebihan Join Kelab bola
- Impian setiap anak lelaki – bola, kasut bola dan jersey, itulah mainan budak budak laki. Setiap kali ke shopping complex skrg ni mana kedai kedai sukan pasti akan singgah. Nak pegang and tengok boot player idaman dia pakai.
- Iman – sorang so he needs kawan yang boleh bercakap pasal bola yang share same interest dengan dia.
- Bina jati diri – Kalau bermain bola pasti akan penuh dengan tekanan dari kawan dan pihak lawan sendiri, In a way dia akan belajar untuk control dan cope semua benda ni.
- Fizikal akan lebih kuat – Bersukan pastinya dapat jadikan daya tahan fizikal lebih kuat. Tambahan pula imna bukan bersekolah biasa.
- Bersosial dengan lebih banyak ,- Iman sekarang bersekolah di sekolah integrasi yang kesemuanya beragama islam dan melayu sahaja, jadi kami rasa dia kena mixed around dan bersosial dengan bangsa lain. Selain dari itu dia boleh dpat berkomunkasi dalam bahasa inggeris, korang taulah kalau dah bercampur dengan budak kota damansara semua ‘speaking london’. tapi budak budak apa heran. Boleh jer
Iman memang pelajari sesuatu
Atas justification yang laki aku berikan ini lah yang aku akhirnya agree dengan permintaan iman unutk join kelab bola. Dah 3 minggu dia join, aku and husband memang turun padang melihat dia bermain dan aku sendiri belajar perangai anak aku sendiri atau behaviour dia di padang. Masih awal untuk aku buat kesimpulan, tapi yang pasti aku tengok dia memang terpengaruh dengan cara cara footballer yang dia lihat di kaca tv.
Kelakar pun ada bila lihat tingkah laku dia especially dia cheers, tapi memang rasa terhibur juga. Yang pasti aku tengok dia memang dengar cakap papa dia ..
TEAM WORK lebih penting dari kejayaan sendiri. Dia memang tidak selfish di padang.
Kerap kali laki aku remind, dapat menjaringkan Gol bukan bermakna HERO, in fact kalau dapat assist kawan kawan menajaringkan gol dan bekerjasama lebih baik.
akhrinya aku akur dengan statement laki aku… banyak benda yang dia pelajari semasa bermain bola.
Korang boleh refer FB dia orang kalau bermnat nak hantar anak dekat sini juga
https://www.facebook.com/edfmalaysia/
So far aku puas hati sebab padang bola/futsal menggunakan turf yang berkualiti. Environment yang agak selesa. Kurang panas. Dari segi pengurusan nampaklah teratur dan sistematik.
Kagum dengan semangat Iman.. boleh gilap semangat yang dia ada.. mana satu hari nanti boleh jadi pemain bola sepak profesional..
alamak.. tak nak lah dia jadi footballer
seronoklah dia dapat bermain apa yang dia minat.
budak ni kan bermusim minat dia…layan kan jer
Bagus salurkan tenaga keaktifan budak-budak kearah bidang sukan. Belajar kerjasama, belajar “practice make perfect”.
fuh… betul sgt lah tu
bagusnya.. semoga iman terus sukses
insyallah … tima kasih atas doa
Adoiii…laman ni sy terbaca sbb anak sy yg 8 thn bukak td…dia dah mintak crkn kelab bola kanak2 sekitar tmpt tinggal ni dia nak join..minat mcm Iman jugak…aduhhh
hahaha jomlah antar anak dekat sini . bila saya tgk anak saya bermain saya pun dapat belajar sikap dan perangai dia yang sebenar