Kunjungan ke booth traveloka di bukit jalil
Kalau tak kerana kunjungan ke Bukit jalil tempohari bersama office mate, memang lah tak tahu yang traveloka gold sponsor KL2017. Padahal dah 2/3 kali masuk laman web https://www.kualalumpur2017.
Jadi sebenarnya dah 3 kali ke stadium bukit jalil ni sempena sukan sea kl2017 yang sedang berlansung. Maklumlah berdekatan dengan ofis, cuma kunjungan sebelum ni hanya di kawasaan LRT terus masuk ke stadium, maklumlah orang ramai. Terutamanya masa opening ceremony hari tu. Hampir seluruh keluarga aku dari Perak pun turun untuk menyaksikan event yang bersejarah ini setelah 17 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2001 kita menjadi tuan rumah pada ketika itu.
It was spectacular! Berbaloi dan puas hati dengan majlis tersebut walaupun terpaksa berhujan dan basah kuyup ketika itu.
Jadi belum berkesempatan untuk pusing di kawasan pameran yang ada. Kemudian kunjungan ke stadium pula seamasa final 100 meters nak tengok speedy jantan. Semangat tau akak ni hehehehe.. Kami berada di stadium hampir jam 10 malam. Seronok betul dapat menyaksikan Emas milik malaysia.
Pada waktu tengahari semalam 24 Aug, kawan kawan pula teringin nak jejak kesana sambil makan makan dengan pilihan food truck yang ada. Kebetulan melewati kawasan parking terlihat beberapa booth yang ada, so ternampaklah booth traveloka. Kalau dah kaki travel hahah memang pantang kalau nampak booth yang seangkatan dengan nya. Jadi berbodon bodon lah kami ke booth traveloka.
Fuh!… memang berbaloi baloi kalau ke booth traveloka sebabnya you all semua hanya perlu tunjuk apps yang sedia ada install di handphone dan terus akan diberikan baucer yang bernilai RM50. Bagi aku memang tak ada masalah, sebabnya memang sedia ada sahaja apps ni. Jadi prosesnya lagi cepatlah untuk urusan claim baucer.
Bukan itu sahaja, selepas kita daftar melayakan kita untuk join game yang dianjurkan di booth tersebut. heheh menang lagi Rm50 baucer…. So total baucer yang di bawa pulang pada hari tersebut berjumlah RM100 dan harapnya menang pula untuk snap and tag ( ceh berangan sahaja kan) tapi.. eh eh.. mana tau boleh menang .
BACA : #mytraveloka bawalah daku ke Melbourne
Aku suka pergi ke booth ni sebab staffnya pun baik baik dan friendly melayani karenah akak akak ni bergambgar hahaahah.. sebabnya ada satu lagi peraduan tag win, hanya ambil gambar dan post ke Instagram dengan hash tertentu. Perbualan singkat dengan staff disitulah baru aku tahu yang traveloka adalah gold sponsor untuk KL2017 ini.
Aku pun tertanya tanya apakah yang dimaksudkan dengan gold sponsor nih. heheh biasalah dah biasa sangat dengan kerja kerja event di ofis so terbawak bawak untuk tahu lebih lanjut. Tapi yang pastti bila aku baca semula di laman web traveloka ni the main reason traveloka berkerja sama untuk majlis sukan yang berprestij seperti ini kerana
“Traveloka aspires to make this event a memorable one for the public”
dengan menawarkan tiket pernerbangan dan hotel yang menarik sepanjang majlis ini berlansung
Traveloka gold sponsor KL2017
- Traveloka adalah online travel partner yang rasmi untuk KL2017.
- Traveloka juga menyediakan livestream berkenaan event ini dan capaian boleh didapati terus pada travelokakl2017.com.my .
Sungguh sebelum ni aku tak tahu hahha. walapun hampir tiap hari aku selalu survey harga tiket dan promosi travel. huhuhu .. mybad! - Promosi yang hebat dan menarik bersempena dengan sukan sea games KL2017. “hello malaysia” dan ” Go S.E.A”
“Hello malaysia” dimana diskaun hampir 40% untuk laluan dalam malaysia dan juga kempen ” Go S.E.A” pula pastinya tempat tempat menarik ke seluruh tempat di southeast Asia. Kita boleh nikmati diskaun sehingga 60% on flight and hotel ke 10 special Southeast Asian destinations – Singapore, Bangkok, Phuket, Chiang Mai, Ho Chi Minh City, Hanoi, Bali, Jakarta, Bandung and Lombok!!
jadi rajin rajin lah masuk https://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello- yer…. dan cepat sebelum promosi habis.malaysia
syiok ler dapat voucher rm50 tu.. kite xadooo.. hihihi
Hahahha .. g jer booth tu
Wahhh bestnya.. nak tinjau tinjau jugaklah.. Kalau dapat tawaran menarik utk next year pun best jgk ni..
Haaaa p tati.. install siap2 apps tu
Bestnya, dapat baucer lagi tu.
Wow traveloka thorbaik lah .. eh bagus sgt kak azni semangat sukan yg tinggi