Bila abam cakap opis mate abam nak buat gather gather kat luar di The Kabin, Kuala selangor heheh apa lagi.. pucuk di cita ulam mendatang. Sebab dah lama sangat nak sampat ke the kabin, kuala selangor tu. Lama daaah teringin tapi punyalah susah nak dapat or maybe masa tu tengah viral itu yang susah nak dapat.
Table Of Content
Tapi kali ini entahlah, teror pulak opimaste abam dapat booking sampai 4 bilik di The cabin dan 3 di Jeneral’s lodge
from puchong to kuala selangor
We all seramai 30 orang menuju ke sana awal pagi lagi, tapi kali ini we all lalu ikut Klang bukan melalui LATAR. Tapi sebelum tu singgah dulu rumah opismate abam yang dah siapkan makanan untuk di bawa kesana. Bila ramai ramai ini yang syiok. makan .. makan .. makan .. hehhe apa lagi
Pantai berhampiran the kabin
We all sampai agak awal, rasanya dalam pukul 11.00 pagi, yerlah tak jauh mana pun untuk orang yang duduk di area Kuala Lumpur nih. So biasalah mana boleh check in lagi, tapi we all terus menuju ke arah pantai yang berada di belakang the kabin tu. Okaylah jugak pantai tu… kalau nak buang masa sementara nak tunggu masa check in kan.
Tempat makan menarik berdekatan the kabin
Berdekatan area situ ikan bakar aroma.. so ada geng yang p makan situ.. tapi we all pulak masih kenyang, so nak cari mkanan yang light sikit. Terus teringat Cendol bakar. Kaluau sesiapa yang pernah sampai you all ada option makanan yang lain jugak, ada bakso, ada lempeng, mee rebus, laksa danlain lain. Banyak jugak pilihan. Kalau cakap pasal cendol bakar ada macam2 fusion hehehe selain campur pulut ada yang campur
BACA : Sentosa Villa Taiping best untuk family day
First impression
Bila sampai kat sini, perasaan aku ni macam “waaa… sempoinya” .. memang nampak cosy and stylo. rasanya tak banyak bilik tapi konsep kabin yang jadikan hotel ni memang sempoi sangat. Betul2 depan entrance dia tulis The kabin warna merah. Garang tapi sangat Bold statement. Kabin pulak warna hitam . Sangat contrast and dominant.
Cuma.. cuaca di kuala selangor ni agak panas terik. so bila dah dapat check in heheh lambat sikit lah nak bagi bilik tu sejuk.. tambah2 pulak kabin kan.. haaa.. itu jerlah kelemahannya the kabin ni. So my advice kalau korang nak p situ boleh jer gerak selepas kul 2.00 petang. so sampai sana pukul 3-4 haa kira mmg molek sgt dah.
walaupun kabin ni kecik jer areanya tapi masih ada attraction nya yang tersendiri.
Personal review the kabin
- Kolam besar and best. – masih bersih, title belum pecah lagi hehehhe
- Karaoke room – yang ni kena lah berebut dulu kut
- Dewan – yang ini baru siap sangat2. masa we all pergi tu belum siap lagi. Jadi kalau sapa2 nak buat family day you all boleh amik space yang disediakan nih.
Jeneral’s lodge homestay berdekatan
Sebenarnya tak semua tak tinggal di The kabin tu, berhadapan nya ada satu homestay nama Jeneral’s Lodge. aku rasa bekas askar kut heheh. Ada 1 main house yang ada 2 bilik besar so acara masak masak semua we all berkummpul di sini. Dan juga ada 4 Bilik juga.
Di ruang hadapan tu ada lah kawasan padang untuk buat sebarang acara contohnya BBQ dan sukaneka. Di fahamkan kedua tempat ni mcm ada mutual agreement kut.. penghuni tu boleh je pakai swimming pool di The cabin .. heheh kalau tak salah dengar laa..
so jadi kalau sapa sapa yang berada di selangor dna kuala lumpur nak short vacation and experience tinggal di cabin.. apa lagi p jelah The kabin …
oh macam ni rupa the cabin. ada dapat jempuitan tapi tak sure nk pi ke tak
Ooo p jelah lisa… experience kan