Harga Honda BRV Malaysia ? Bercakap pasal honda ni ramai yang dah tau kredibiliti dia orang kan. Antara salah satu brand yang sangat established di Malaysia. Kalau jual 2nd value pun memang harga tak jatuh teruk. hehe kenapa agaknya..?? adakah sebab dekat dengan negara jepun? adakah sebab senang dapat spare part?
Table Of Content
hurm.. berapa lah agaknya Harga Honda BRV Malaysia. Berapa erk honda hrv price malaysia yang baru nih.
BACA : 7 Tips Jimat Minyak
Honda dari kacamata Perempuan
Orang perempuan, memang taklah tau sangat pasal technical specs bab bab kereta ni. Tapi walaupun tak tahu kita semua ada pengalaman tersendiri, dah bertukar kereta banyak kali.
So called EXPERIENCE yang kita pernah lalui membuatkan kita tahu apa yang best dan tak best. Macammana pun benda benda macam ni sangat subjektif. So apa yang aku cakap ni dari pendapat aku lah.
Hajat nak pergi tengok Honda HRV ni dah lama. Aku memang sangat berkenan sangat dengan honda ni, tapi itulah tengah survey survey harga and budget. Kalau honda CRV memang tak mampu rasanya.
So bila keluar HRV ni berkenan lah pulak and konon agak mampu hahah.. konon lah yer.
Sekarang abam pakai Nissan levina pun komitmen sebulan hampir Rm1,000 itu belum masuk kos service or rosak. ish.. banyak kalau nak tulis. Jenuh meracun cik abam, dia lebih berkenan dengan MAZDA pulak, hahah tapi sah sah lah harga nya agak mahal jadi aku pun tak berapa setuju sebab tak suka nak bayar kereta mahal mahal nih.
Jadi, ahad lepas berkesempatan nak p branch Honda, kebetulan ada launching Honda BRV. eh.. elok sangat lah kan. boleh tengok sekali.. excited nak tahu pasal Harga Honda BRV Malaysia.
INilah secebis honda brv review malaysia
Bacaan tambahan berkaitan dengan kereta
- Cara Jual Kereta secara Online
- 7 Tips Jimat Minyak
- 10 sebab jangan sambung bayar kereta orang
- Renew insurand dan roadtax secara onling
Honda BRV
Masa mula mula aku nampak.. belum pegi dekat lagi. perasaan aku .. “Eh.. memang macam levina la”. 7 Seater. so bila aku pergi dekat. hurmm…. hurmm.
Takder bau honda… hahaha.. maksud aku.. Serius tak macam bau keter honda yang macam biasa aku bau setiap kali naik kereta Honda kawan aku.tapi ini small matters jer.. Sebenarnya nak cakap, tak macam HONDA yang lain. honda brv teruk teruk jugalak bagi aku tapi orang yang ada pengalaman pakai honda br-v boleh cerita panjang.
Dari segi finishing and material yang digunakan macam bukan produksi Honda sebelum nih. Nampak agak downgrade. nampak macam bukan dari kualiti honda.
But good thing,
Ada aircond yang boleh sampai ke belakang. kira ni faktor WIN untuk Honda Brv. Sebab we all ada masalah untuk kereta nissan levina sekarang, kalau kerusi yang belakang sekali memang tak dapatlah aircond sangat. Sudahnya sapa sapa yang tumpang kereta tak nak duduk belakang.
But overall, walaupun Honda BRV ni macam agak downgrade tapi untuk dengan harga yang ditawarkan amat berbaloi untuk orang yang byk anak tapi ingin memiliki kereta honda. Worth buying jugak.
As for me, anak seorang heheh mungkin terpaksa NO. Rasanya ingin mencuba kereta yang ada sedikit upgrade dari kereta yang dimiliki sekarang. Sebab dulu perasan boleh dapat banyak anak hahah… tapi dapat sorang tu jer..
Harga Honda BRV Malaysia
Honda HRV
Heheh akhirnya abam termakan jugak racun untuk test cuba Honda HRV ni. Rupanya dia ada buat study juga. Katanya masa memula keluar honda HRV ni tayar agak kecil, dan agak pelik.. so tak proportionate.
Tak minat katanya.! Fuh mmg jenuh nak meracun, tapi dia mmg sayang sungguh Levina dia tu sbb boleh masuk 3 basikal katanya. Well mmg yer pun. Dari segi tu levina WIN. RUpanya bila HRV tukar tayar lebih besar, terus dia suka. hahaha tayar punya pasal daaa.
So masa launching ni kami Test drive HRV.
Haaa… barulah ada bau Honda… Masuk jer dalam tu terus rasa Experience lain compare masa tengok HONDA BRV tu. Kualiti Honda HRV ni memang puas hati, walaupun we all naik yang lowest specs. Suka jugak tengok dashboard dia. Aircond pun kuat.
Kerusi belakang pun boleh lipat cantik. Kiranya berbaloi lah kut untuk kami 3 branak.
Heheh hati abam ada bunga bunga jugak…. kira mmg dah suka lah… tapi.. kena buat kira kira dulu. Mana boleh terjah yer dak… kena ada planning.
Meh nak share harga Harga Honda BRV Malaysia and HONDA HRV Malaysia kut korang pun tengah survey kan. Berbaloi ke beli honda hrv ? aku dah pakai 4 tahun untuk aku boleh cakap aku puas hati. Yer .. aku lah testimoni honda hrv hehehe.
Tetapi!
Servis kereta honda dibandingkan dengan Levina aduhh…. memang jenuh weh! jadi korang yang nak beli kereta honda ini perlu pikir kos servis juga tau
Harga Honda BRV Malaysia
Variant |
Honda BR-V 1.5L E |
Honda BR-V 1.5L V |
---|---|---|
Selling Price | 78,172.88 | 84,594.65 |
GST 6% | 4,690.37 | 5,075.68 |
Selling Price (Inclusive GST 6%) | 82,863.25 | 89,670.33 |
Road Tax (1 Year) | 90.00 | 90.00 |
Registration Fee | 150.00 | 150.00 |
Number Plate (Inclusive GST 6%) | 53.00 | 53.00 |
Ownership Endorsement Fee | 50.00 | 50.00 |
Retail Price Without Insurance (Inclusive GST 6%) | 83,206.25 | 90,013.33 |
Insurance (Inclusive GST 6%) | 2,593.75 | 2,786.67 |
On the Road Price with Insurance (Inclusive GST 6%) | 85,800.00 | 92,800.00 |
Sum Insured | 83,000.00 | 90,000.00 |
Thank you for the informative post.
It will surely help many.