Meh nak share pasal bangi wonderland. Aku nak berkongsi pengalaman menarik di Bangi Wonderland, destinasi tarikan pelancongan terbaru yang pasti memikat hati anda. Aku telah mengunjungi tempat ini baru-baru ini dengan hero kecik dan besar, maklumlah tempat baru dan sangat teruja untuk berkongsi review mengenai pengalaman saya di sini.
Table Of Content
Bangi wonderland dah lama dengar cerita development dia, kebetulan ada kawan yang dok berdekatan kawasan Bukit Mahkota, rajin lah dok update progress tempat ni. Semua looking forward nak pi
Bersemangat Menanti Keajaiban Bangi Wonderland
Pertama sekali, untuk makluman korang bahawa Bangi Wonderland terletak berdekatan dengan kawasan Bukit Mahkota.
Akhirnya 26 december 2016 sampai juga akhirnya, orang lain bercuti kat tempat lain, kami pilih nak mai sini sebab tak larat nak harung jem dikala cuti panjang krismas. Lagipun hanya mengambil mas 30 mins sahaja dari rumah kami ke sini. Senang ya amat. Dari Equine terus menuju highway utara selatan.
Keluar Tol kajang dan menuju ke arah selatan. Kemudian masuk lah di Tol Bukit Mahkota. hahaha senang sangat rasanya, tak tempuh jem lansung. Akak suker.!
Keindahan Bangi Wonderland
Setelah tiba di Bangi Wonderland pada pagi 26 Disember 2016, kami langsung terpesona dengan keindahan tempat ini. Parkir yang mudah ditemui dan tiada kesesakan jalan membuatkan pengalaman kami lebih menyenangkan.
Tarikan Pelbagai Kawasan
Bangi Wonderland memang disenaraikan sebagai destinasi popular untuk kawasan sekitar seperti Bangi, Kajang, Putrajaya, Seremban, Dengkil, dan Puchong. Walaupun begitu, sesiapa sahaja dari luar kawasan ini juga boleh melawat dan menikmati keindahan tempat ini tanpa masalah
Pihak pemaju tu pun pikir untuk orang orang macam akak ni yang tak suka bersesak sesak
Aktiviti Seronok di Bangi Wonderland
Pukul 9.30 pagi dah sampai tau, sebab takut parking susah and tak mau panas lagipun tempat barukan, belum ada experience. As usual iman lah yang tak sabar sabar nak sampai.
Budak dan kolam mana boleh dipisahkan, sibuk jer nak suruh tukar baju cepat cepat. Tak sempat masuk dalam sementara nak tunggu kaunter bukak dekat luar tu dah tukar baju siap siap.
Kami memulakan penerokaan kami di Bangi Wonderland ini dengan merasai keseronokan di Magic Funnel, salah satu daripada 16 permainan menarik di sini. Walaupun suami aku terlebih dahulu memberikan penerangan dengan teliti, kami agak keliru dengan banyaknya tarikan menarik di Kids Adventure dan terlepas peluang untuk menaiki slide terbaik
Tapi bila masuk dalam ada geng pulak, hurmmmm abis… hilang di Kids Adventure haha… memang jadi tak tentu arah. Abis strategy husband nak pi main slide yang best best. Budak nampak kolam renang wonderland memang tak tentu hala la.
BACA : Tarikan di sekitar Selangor
Tapi, huhuhu… aku pulak tak berapa sihat, berendam sikit- sikit .. sambil tengok anak. Sangatlah RUGI. Tapi anak seronok mak pun tumpang seronok. Jadilaa…
kalau korang tanya review aku ..
Review Pengalaman di Bangi Wonderland
Secara keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dengan pengalaman di Bangi Wonderland. Harga tiket masuk yang sekitar RM58.00 untuk dewasa amat berbaloi dengan tarikan menarik yang disediakan. Walaupun mungkin tidak sebesar Sunway Lagoon, Bangi Wonderland menawarkan banyak tarikan menarik dan layanan yang memuaskan.
Not bad and sangat berbaloi dengan harga yang di kenakan
You all janganlah bandingkan dengan sunway lagoon. Not fair lah kan. harga pun jauh beza Tapi kalau bandingkan dengan Desa water park atau theme park di taman tasik shah alam, bagi aku Bangi wonderland ni lebih banyak bagus sebab rides dan attraction yang ditawarkan sangat berbaloi dengan harga yang dikenakan at RM58.00 for adult.
Tips untuk Pengunjung
Sebagai tips untuk anda yang ingin melawat Bangi Wonderland, anda boleh sampai awal pagi sebelum buka untuk mendapatkan tempat letak kereta yang mudah. Selain itu, beli tiket secara online untuk mengelakkan beratur yang panjang. Pastikan anda sarapan terlebih dahulu sebelum berendam untuk mendapatkan pengalaman yang lebih menyeronokkan.
Kalau nak murah.. rajin rajin lah tengok promo di Groupon dan 11 street. Harga jauh lebih murah dari beli walk in.
Simple review Bangi Wonderland
- Tempat baru so barang barang masih baru and molek molek lagi, korang kena grab peluang ni. Heheh korang kena p lekaih.
- Bila selam dalam kolam, bersih and biru lagi sebab pernah lah buat kat tempat lain.. hahaha.. geli
- Attraction yang ada kira terkini sebab pernah pergi tempat yang lain tak jumpa pulak ada macam “canon” tu , “magic tunnel”tu kira highlight attaction yang terkini even sunway lagoon pun baru pasang 2/3 thn lepas., Lagi satu iman cakap “boomerang”.
- Aku suka locker tempat simpan barang kat sini. Sebab di beri gelang yang kita perlu scan dan boleh buka banyak kali. Setengah tempat tu kalau dah bukak abislah.. kena masukkan duit balik semula. Barulah senang nak simpan duit dalam tu. So banyak kali bukak pun takder masalah.
- Makanan yang di tawarkan ada variety juga. Aku beli roasted chicken dan air combo RM12. Walaupun mahal tapi ada berasa juga makanan dia. Standard food court di shopping complex.
- Tempat tukar baju perempuan bersih. walaupun dengarnya tempat laki tak berapa bersih. hahaha ini masalah attitude orang kita.
Penambahbaikan
- Kaunter untuk beli locker tu kena asingkan untuk bayaran dan juga pemulangan
- Tempat makan utama tu perlu pikir bagaimana untuk alirkan air keluar di lantai
- Lantai agak licin, memang kena berhati hati. Rasanya ada solution untuk jadikan lantai tu ada rasa kesat sedikikan.
- Signage perlu diperbanyakkan.
- Jalan keluar dan masuk sama, so pengunjung macam aku ni agak confuse ( orang design mmg akan rely benda2 mcm ni as guidance) hehe.
- Tempat makan perlu banyak, buang masa untuk berator dan letihnyaaa beratur. huhuhu.
- ATM machine kalau ada lagi bagus. Takut orang lupa keluar duit.
- Signage dari Tol bukit mahkota untuk masuk ke dalam perlu di naikkan, rasanya tak nampak pulak.
So kalau korang tanya aku nak pergi lagi atau tidak.
Opkos akan pergi lagi sebab ralat tak dapat berendam dalam keadaan tidak berapa sihat. Walaupun tempat tu masih baru dan dalam proses penambah baikan, aku rasa dengan value RM dengan attraction yang ada tu berbaloi dan harapnya pihak management akan terus improve service yang ada.
alamak.. takder gambar aku ler.. abam and iman jer nih.. okay… kena p semula.. heheh.
bangi wonderland mmg bersih… ank suka g situ
kaan. bersih kan shiqen …
best baca semua review, nampaknya kena pi jugak ni!
hahaa p.. jgn tak p…
Bolehlah Dura bawa anak-anak pi sana lepas ni. Dah lama tak bawa dorang ‘mandi kat luar’ huhu
haaa… better p cepat.. tgh ada promo sampai hujung tahun ni.. tempat baru plak tuh
Nice! thank you for sharing. Nanti boleh bawak kiddos gi sini. Slilde yang tinggi tuh macam best jer kalau dapat naik. HAHAH!
haa…. bawak g lekaih.. sementara masih baru
Kena tambah utk beratur beli makanan…satu tak suka attitude orang kita ni..lepas makan bersepah tinggal sisa atas meja.
haa mcm lah teruksgt nak buang sampah kan… p jepun aritu mmg terkesima dgn attitude derang
Azni…tak.jumpa plak kita ye hehehe by the mmg best bangi wonderland…luas kemain
itulah pasal…… dok sakit perut .. dok dendiam kat tepi… harus repeat lagi
Thanks.
Not bad as you said.
Tapi lom tau bila boleh sampai sana.
Heheh insyallah one day akan sampai