Jom ke Mount Fuji
Mount Fuji.. yuhuu.. mu tunggu aku datang. hehehe.. Hari seterusnya kami tinggalkan Kansai dan bergerak ke Kawaguchi melalui Gotemba sebab di sini ada lake kawaguchi yg cantik berlatar belakangkan Gunung Fuji.
Table Of Content
Hmmm..tak sabar nak tgk Mount Fuji. Ini mmg wishlist aku and abam.
Tak lengkap rasanya kalau datang Jepun tak pernah melihat Mount Fuji or Fujisan. Gunung yang pemalu katanya. nasib nasib lah kalau dapat tengok.
Lagi satu, Alhamdulillah berita gempa bumi dan tsunami yg melanda Fukushima dua hari lepas dengar khabar dah terkawal. Lega and suspen masa tahu tu. Yelah macamana kalau kita orang nak hadapi gempa bumi ni. Orang Jepun sah sah dah tau apa nak buat.
Salji tiba-tiba turun musim Autumn
Dekat Facebook tak henti henti kawan kawan update and tanya khabar. Tapi hari ni rakan yang memang bermaustation di sini bagitau mungkin salji akan turun pulak.
Whatttt!!! Salji ??? Bulan November ?? Autumn lagi tuu.
Untuk langkah berjaga2, kitorang standby pakai 4 lapis baju dan sentiasa tgk update di internet. Dari Osaka ke Gotemba kitorang naik Shinkansen..wowww…Japanese Bullet Train. Setelah berada 3 hari di kansai baru hari ni we all activate kan JR Pass.
Pertama kali guna JR pass
Hari ni ialah hari pertama untuk JR Pass kami. Kalau ikut total harga tiket untuk reserved seat journey tu dalam 12,700 Yen sorang. Dalam RM500. Tapi 7 Day JR Pass kitorang kan dah cover..so baluun.
Semasa meng’gugel’, memang di Gotemba diramalkan ada salji, dan juga kat di Kawaguchiko. Hmmm..kitorang buat cool jer dulu. Dalam hati bercampur-campur perasaan. Is it a good news or a not so good news ? Sebab baju kita orang bukan untuk winter. Kalau rasa tak boleh tahan, terpaksalah beli baju tebal lagi gamaknya. Maybe salji turun kat kawasan2 tertentu je kot..mcm kat puncak2 tanah tinggi. Kedua alamak, kalau snow tak dapatlah tengok mount fuji. huhuhuhu
Baca : Tak dapat naik romantic train
Sebelum sampai ke Gotemba kami turun di Mishima Station dulu. Kat Mishima dah sejuk semacam. Bila bercakap ada kuar wap dari mulut.. Eh….. awat sejuk sangat pulak. Dari Mishima pulak ke Numazu Stesen sebelum ke Gotemba stesen. Train yang kitaorang naik ni macam train masuk kampung jer. Ada tempat perhentian yang macam perhentian bas. Best betul scenery masa ni. And we all berdiri okay, penuh saja train ni dan hampir 30 mins jugak.
Cantiknya Salji
Semasa dlm train menuju Gotemba… tetiba kita orang nampak salji dah turun. memula ingat hujan. Yerlah first time tengok salji. Masa husband cakap tu snow, aku siap cakap hujanlah tu.. siap dok bertekak hahahah.. Pastu bila nampak rumput dan bumbung rumah penuh dengan putih putih barulah percaya it’s snowing. Yeayyyy…
Lepas tu kelihatan semakin tebal bila nak sampai Gotemba station..oopss.
Iman dah terpukau tgk salji dari turun dari dlm train. memang tak sabar nak pegang snow. uihs tak terkawal dia masa tu.
Gotemba Premium Outlet
Kenapa kitaorang ke Kawaguchi melalui Gotemba ? Sebab nak pergi Gotemba Premium Outlet.. heheh. Kononnya nak sopping tp disebabkan byk barang lebih pada winter sale so tak banyakla membeli. Biasa2 je. Mahal jugak lah rasanya jika di bandingkan dengan Woodsburry di New York.
Kalau setakat murah sikit sikit, hahah takmo lah. Buat berat bag jer. Tapi dapatlah jugak sambar sehelai dua Levis.
Cuma apa yg lebih enjoy semasa kita orang kat Outlet ni ialah experience mengalami salji yang sedang turun. Mungkin ramai yang dah pernah bermain salji tapi pengalaman berjalan di bawah salji yg sedang turun dengan lebat, dengan bunyi salji yg jatuh di atas payung dan juga atas baju kita…sungguh priceless bagi kami.
Mula2 kejakunan jugak tp lama2 dah terasa sejuk sampai ke tulang. Iman sakan main salji sampai hujung kaki dia kebas…haaa nak sangat main salji kan. Habis tu pakaian dan gloves kami bukan lah untuk musim winter. Habis basah kuyup gloves iman.
Lebih kurang pukul 5 ptg salji dah stop turun. Rupa-rupanya ianya merupakan salji yang turun pada autumn. Amat rare case, yang terakhir ialah pada 54 tahun yang lalu !
Kitorang rasa amat bertuah. Macam mejemput kedatangan kita orang pulak. Special gitu.
Dari Gotemba kami menaiki bas untuk ke Kawaguchiko. Oleh kerana cuaca kurang baik dengan keadaan jalan licin dengan salji, schedule bas pun jadik tak teratur. Kitorang terlepas satu bas dan hamper terlepas the next one.
Akhirnya sampai Kawaguchiko
Perjalanan bas sebenarnya agak membosankan, lebih2 lagi dgn badan yg dah penat. Tapi semangat dikuatkan. Jalan bas melalui jalan luar bandar, kira macam jalan kampungla kat sini, bukan jalan highway..hehe. Nampaklah rumah rumah dan kereta yg diliputi salji tebal. Macam hiasan atas kek ..cantik.
Sampai di stesen bas Kawaguchiko.. sunyi sepi. Rasanya masa tu dlm pukul 7.30ptg. Kitorang bertiga je yg turun dari bas tu. B&B yg we all amik ‘Koe’s House’ depan stesen tu aje. Check in lepas tu keluar balik amik gamba. Takut esok salji cair kot.
Org Jepun semua dah dok dlm rumah, kitorang je yg super teruja bergambo kat luar..hehehe. Owh lupa nak bgtau, demam Iman dah pulih terus akibat dapat bermain salji tadi. hahaha.
Kebanyakan B&B di kawasan ni pun dah mencecah RM300. Kami bayangkan berapalah agaknya harga bilik hotel yang menghadap tasik Kawaguchi. Bilik kami basic je. 3 in a room. Bilik air dan selainnya dikongsi dengan penghuni lain. Nasib baik ada microwave dan bekalan pak Berahim. Hari pertama tu suhu malam mencecah -5 darjah celcius. Nasib baik salji dah berhenti dan kat bilik ada portable heater. Tapi memang sejuk giler ok.
Baca : Pre travel ke Jepun
The next day, tak sabar nak tengok Mount Fuji
Keadaan di luar masih mcm mimpi, dengan salji tebal yang meliputi jalan, kereta, rumah dan di mana2 sahaja. Plan asalnya hari ni kami nak berbasikal sekeliling kawasan, tapi nampak gayanya terpaksa membatalkan niat tu.
So kitorang naik hop on hop off bus. Ada 4 route yang boleh dipilih dan tiketnya valid untuk 2 hari. So kita orang pilih route merah yang sekali dengan route hijau. Route merah kira favourite route, sebab stopnya tpt2 yg ada view yang cantik.
Note : gambar gambar banyak kat IG. boleh follow IG iols kat sini or hashtag #fairasaznitravel
Masyallah.. Bediful sungguh…
Kalu korang tanya kami macammana mount fuji tu? Ishh…. giler magnificent. Susah nak cakap perasaan tu. Memang cantik sungguh. Husband ingat kalau snow tak dpat tengok mount fuji. Tapi masyallah. Cuaca punyalah cantik. Matahari bersinar. Langit biru. Rezeki namanya. sepanjang naik bas tu kalau orang amik gambar aku mesti macam Jaw drop… mulut terngaga. Rasa nak pergi lagi.
Stop yg paling hujung ialah area di mana kita dapat lihat view tasik berlatar belkangkan Mt Fuji. Actually sepanjang route ni mmg viewnya begitu, Cuma di stop terakihir ni mcm tourist area sikitla…ada café..ada pokok2 bunga..dan ada ramai geng bendera..hehehe. (Geng bendera ialah group tourist yg dtg berduyun duyun dengan tourist guide memegang bendera..hahaha).
Mount Kachi Kachi Ropeway juga berbaloi dilawati. Kita akan naik kereta kabel yg mcm di Bukit Bendera tu. View dari atas cantik dan also another spot to get good shot of Mount Fuji. Mount Fuji nampak begitu majestic dari situ. Kitorang menghabiskan haritu dengan menyambung ke route hijau tapi hari dah mula gelap dan sejuk. So dok dlm bas je la. Oleh kerana dah gelap route hijua rasa mcm tak ada apa2 je.
Bas juga akan lalu berdekatan hutan Aokigahara…jeng jeng jeng. Bagi mereka yg tak tahu hutan Aokigahara ialah hutan di mana ramai rakyat Jepuin masuk untuk membunuh diri. Ada package yg boleh bawak kita masuk dalam hutan tu untuk melihat rangka2 manusia yg mati bunuh diri. Ada yg mendirikan khemah dah mengikat diri mereka di pokok2. Tempat mcm ni pun jadi attraction kan.
Tips
- Bila jalan dengan anak kena standby gloves extra masa winter. Melainkan gloves kulit tu takpalah. Jenuh lenjun
- Kasut penting. Beli yg kalis air utk kes snow terkejut mcm kami, sekurang-kurangnya dpt kurang risiko kaki sejuk.
- Ada 1 kedai halal di area lake kawaguchiko
- Lepas check in we all keluar cr food. Bila nak masuk hostel balik pintu utama dah tutup. Panik sekejap. Rupanya kat sana ada pintu tepi nak access masuk. Lega
- Bas hop on hop off pun selalu full, kalau dari kachi kachi ropeway, baik jalan jer ke station utama sbb jalan di sekeliling rumah-rumah jepun memang best
assalamulaikum, sis.. menarik entry pasal mount fuji.. saya cadang nak ke sana july tahun depan. sekarang tengah survey tiket murah. sis naik airasia direct dari KUL ke Tokyo ke atau ada transit mana2? ada tips tak cara nak ke sana dengan harga murah ye?
Sis tunggu air asia free isnin ni.. boleh dpt dlm 700-800 return
assalammualaikum sis nak tnya JR Pass tu utk berapa hari? flight sy trn osaka.. nt nk jln2 osaka dlm 4 hr lps tu br gi tokyo dlm 3 hr ..berbaloi x guna JR Pass tu?
sis.. saya amik & hari. JR pass tu kena beli kat sini yer… kat sana tak jual. sbb di khaskan untuk pelancong. sis nak travel bila tu?