Trip ke Nara park :
Table Of Content
Part 2 ni aku akan cerita pasal Osaka Aquarium dan Trip ke Nara park. Travel di hari pertama dan kedua
Tapi sebelum tu aku nak cakap jugak, keinginan untuk menjejakkan kaki di bumi Jepun memang ada sejak kecil lagi terutama sejak menonton filem Oshin dan Moreo Attack haha tambah tambah aku ni memang main volleyball so memang giler enjoy tgk moero attack ni.
Jadi… korang bayangkan perasaan kita orang, yang akhirnya tercapai juga sampai ke sana baru baru ni. Korang pun sama follow kan citer citer ni… citer oshin tu arwah mak aku pun follow tau. rasanya makan tahun kan citer ni habis..
Lepas tu aku pergi sana jadi giler nak amik gambar sebab cantik sangat. Nak letak kat sini tak sesuai lah pulak, serabut dengan gambar so korang boleh tengok dekat FB dan IG aku.
Dapat notifikasi Flight delay, apa lagii
Trip ke Jepun ni, plan asalnya hanyalah 10 hari tapi at the end up menjadi 12 hari bila flight kami dilewatkan dan Air Asia bagi option sama ada nak pulang pada hari yang lain tanpa ada sebarang bayaran tambahan.
Apa lagi kitorang pun tambah lagi 2 hari untuk menggenapkan hari balik pada hari Jumaat. Nak tambah lebih2 takut cuti tak approve pulak..hehe.
Penerbangan dari KLIA2 ke Kansai di Osaka mengambil masa 7 jam dan kami selamat mendarat di Kansai Airport lebih kurang pukul 9.30 pagi waktu Osaka (di sini pukul 8.30pagi).
First things first, macam aku citer sebelum ni kami ke JR Office untuk menukar tiket JR Pass 7 Days, 2 Day Kansai Pass dan ICOCA Card. OK bagi yang dah pernah ke sana, for sure korang dah tahu apakah benda2 ni.
Secara ringkasnya 7 Day JR Pass membolehkan kita turun naik train yg dikendalikan oleh JR sesuka hati kita sampai dan di mana2 jua selama 7 hari. Kansai Pass sama je cuma ianya hanya boleh digunakan di daerah Kansai.
ICOCA card pula sama macm touch n go card tp bukan untuk bayar tol, boleh diguna untuk semua jenis kenderaan atau kemudahan yg ada system ni. Contohnya train, bas, vendor machine atau beli brg kat Family Mart.
meh aku citer pasal Osaka Aquarium dan Trip ke Nara Park
BACA : Japan Tip – part 1
Trip ke Osaka Aquarium
Hari pertama sampai ni dah set dalam itinari, terus terjah ke Osaka Aquarium ni. Iman dah tak sabar nak melihat ikan di Osaka Aquarium. So lepas simpan bag terus naik train dan turun di stesen Osakako.
About 5 minutes walk dari situ sampailah di Osaka Aquarium. Tempat ni menarik kerana atmosphere yang diwujudkan semasa melihat ikan2 begitu real.
Apa lagi teruja betul Iman bila dapat lihat whale shark dan hammerhead sharks. Dia ni memang peminat sharks dari kecil lagi. Ada beberapa lagi attraction yang bedekatan di situ seperti cruise tour tapi memandangkan masa dah suntuk, kitorang pun pulang semula ke Shin-Osaka untuk check-in.
So far iman dah pergi aquarium di jakarta, now di osaka Jepun.. tapi yang aquaria KLCC tak pernah p lagi hahahah… biasalah yang jauh dikejar dulu. One of the main reason iman nak sangat sampai sini sebab ada whale shark.
Korang tau lah kan whale shark ni besar giler so perlukan aquarium yang besar nak tampung haiwan ni. Bukan ada whale shark jer.. segala ikan pun ada. Aquarium ni besar rasanya building 4/5 tingkat, so size tempatkan ikan ikan besar tu setinggi bangunan tu lah. Dinding aquarium tu diperbuat daripada acyrilic yang setebal 1 setengah kaki kowt..
Bukan budak jer seronok, mak budak ni pun seronok. Kita orang spend masa dekat 3 jam jugak kut.
Walaupun ada attraction lain macam legoland kat situ, iman tak minta pun nak p tempat lain dapat tengok segala mak nenek ikan tu pun dah puas hati..jimat duit mak bapak ko nak.. bagus.. dah tau bajet traveller, cumaa haahhaha..dia suka tgk orang buat magik kat luar tu. Jenuh nak ajak gerak
Bulan November selalunya musim fall/autumn,masa sangat pendek pukul 4.30ptg dah maghrib, so kira dah mula malam dah. Untuk ke apartment yg disewa melalui AirBNB, kena naik subway untuk ke next station. Pengalaman pertama mencari rumah dengan berpandukan peta yang diberi dan google map begitu mem’panick”kan kami..heheh.
Hujan pulak dah mula turun renyai-renyai..sejuk tuu. Berpusing-pusing jugak mencari rumah. Google map asyik tak tepat dan peta lokasi yg dibeeri jugak mcm something wrong. Nasib baik ada sorang mamat yang membantu kami sambil mengunyah sandwichnyer.
Orang Jepun ni memang suka membantu walaupun dia tak tahu sepatah Bahasa Inggeris, dia akan cakap je bahasa Jepun, asalkan dia dapat membantu kita. Silapnya sikit je di peta lokasi yg diberi, ada satu simpang tu patutnya ke kanan tp ditulis ke kiri. So selamat check-in, penat.
Kelebihan rumah air bnb ni .. boleh masak. apa lagi keluarlah stok nasik goreng Brahim heheh.. senang kerja mak.
Baca : Tips Menabung untuk travel
Trip ke Nara park
Hari kedua we all ke Nara Park utk bergambar dgn rusa-rusa yang dibiarkan bebas. Banyak jugak rusa kat sini dan selain itu amat teruja dengan landscape yang cantik dengan daun2 berwarna merah, kuning, hijau dan coklat. Begitu autumn sekali !
Nak share pengalaman di Nara, masa tu we all dah lapar giler okay. nampak sorang makcik ni rebus ubis manis dengan kayu lagi. Perghh.. agaknya mesti rasa memang sedapkan! Tapi makcik tu macam tak reti ckp english. adeh.. camner ni..
Lepas atu ada sorang chinese ni beli, so kita orang pun tanyalah baper harga .. hahaha satu ketul ubi manis tu RM40 hinggit.. uwaaa… terus cancel. Mai jepun begitulah uolls, barang barang mahal.
Nasib baik dah standby nasi beriani brahim dalam bag. akhirnya we all makan di station NARA lepas sembahyang di nara tourism center kat situ.
Train Station- Trip ke Nara park
Opss lupa nak citer. dari train station Nara kena naik bas NO 2. keluar je dari situ akan nampak bas berderet tunggu. Yang untuk ke nara park ni opkos special sikit. Wat konfiden jer naik bas tu sebab tgk banyak tourist ada sekali. Cuma nak turun tu tak tau kat mana.
Rupanya nara park ni besar .. kita orang agak agak jer turun. heheh.. sib baik betul.. masa nak balik pun ada sedikit confuse, rupanya tempat turun and naik tu sama jer cuma dia akan bawak ke station tu balik cuma dia pusing jauh.
Korang sampai nara park tengok rusa rusa ni, macam korang tengok anjing and kucing berkeliaran kat tempat kita. Kalau sini mau dah amik buat BBQ kowt hahah.. Iman as always memang suka sangat usap usap binatang, mak dia hahaha lari kalau rusa datang.
Kalau ikut itinerary lepas Nara nak ke Higashiyama utk melihat deretan rumah-rumah kedai klasik Jepun, Kiyomizu Dera temple dan Gion utk melihat geisha kalua ada. Tapi we all cuma dapat melawat Higashiyama district dan mampu berjalan hingga Ninnen Zaka sahaja. Dah tak larat nak jalan lagi weh sbb jalannya yang sedikit mendaki dengan perut yang dah lapar dan hari semakin lewat.
On the way back to Gion Shijo station kami terserempak dgn satu group budak2 Malaysia yg sedang terpinga2 mencari kedai makan dan kebetulan kami juga sedang mencari kedai makan halal. Nasib baik terjumpa dengan sorang awek Jepun ni yg sanggup berjalan bersama kitorang untuk mencari kedai makanan halal yg kitorang jumpa dalam Halal Navi app.
Nanti aku sambung citer di Gion dengan lebih details lagi
Tips yang dipelajari Hari Ke2 :
- Stick to the timing utk satu2 tempat. Jangan teruja sampai terlepas time to go..hehe
- Sila pastikan gap yg selesa utk betukar train sbb kita tak tahu keadaan di train station tu. Sometimes nak mencari platform yg betul tu amik masa sikit dan ada kemungkinan kita terlepas train yg disuggest oleh hyperdia.
- Sila double confirm dengan org yg sedang tunggu train di situ ttg station yg kita nak pergi, sbb sometimes LED notification dlm Bahasa Jepun ( ada jugak yg ada English version).
AIRBNB
Nih link aku untuk airbnb. kalau korang masuk ikut link ini baru dapat kredit. rugi ooo… so meh meh link ngan akaun aku. Credit tersebut ko boleh pakai untuk penginapan masa travel nannti okay. klik LINK Akaun airbnb azni
Bawah ni adalah rumah pertama persinggahan kami di shin osaka. Jangan terkejut rumah rumah di jepun kecik kecik yer.
So.. Nilah bilik comey utk 3 branak .. Heheh
Yakiimo ( Ubi bakar jepun ). Sedapnya. Oiishhii.. Jumpa ni time autumn and winter jer..mahal nyer smpi RM40. Hahah! adehh..Masa duk kat Jepun dulu dalam RM20 kot..depends on size. Stillmahal kan? tak padan dengan size. RM20 tuh boleh beli bahan basah kat Malaysia tahan 3 hari masak. Lol! Takper Azni, nanti cer try cari kat AEON ke or I-Setan KLCC ( kalau rajin la )..hihihihi
Hahhaah tu laaa masa kat sana mmg teringin saja. Maybe sbb duit kita jatuh teruka sgt ni..