Bulan Ramadan ni memang tak sah kalau tak berbuka dengan makanan yang sedap-sedap, kan? Jadi, bila aku dapat jemputan ke Buffet Ramadan 2025 di Klana Beach Resort Port Dickson, aku memang tak lepaskan peluang! Tema tahun ni ialah “Merentasi Tradisi”, dan serius weh, macam-macam hidangan dari setiap negeri di Malaysia ada kat sini!
Table Of Content
- Prebiu Buffet Ramadan: Aku Dah Rasa Dulu, Memang Padu!
- Apa yang Aku Makan? Nah, Ini Senarai Juadah Kegemaran Aku!
- Hidangan Paling Win!
- Makanan Ikonik dari Seluruh Malaysia
- Signature Negeri Sembilan – Masakan Lemak Cili Api!
- 14 Gerai Pilihan, Semua Ada!
- Suasana? Rasa Macam Berbuka di Kampung!
- Maklumat Bufet Ramadan 2025 – Jangan Lepaskan Peluang!
- Kesimpulan
- FAQ – Aku Tahu Korang Mesti Nak Tanya!
- 1. Berapa harga Bufet Ramadan ni?
- 2. Ada diskaun tak kalau datang ramai-ramai?
- 3. Ada makanan untuk vegetarian tak?
- 4. Ada surau tak kat resort ni?
- 5. Macam mana nak tempah?

Prebiu Buffet Ramadan: Aku Dah Rasa Dulu, Memang Padu!
Malam prebiu pada 8 Februari 2025, aku sampai dekat Klana Beach Resort dengan perut kosong, bersedia nak serang semua juadah yang disediakan. Masa masuk je di foyer juadah disediaakan, aroma masakan yang berempah dan menyelerakan terus buat aku tak sabar nak makan. VIP, pempengaruh, rakan media semua ada, masing-masing excited nak cuba hidangan yang bakal dihidangkan sepanjang Ramadan nanti.
Bufet ni berlangsung dari 3 Ramadan hingga 28 Ramadan 1446H (4 Mac hingga 29 Mac 2025), so korang ada banyak masa nak datang dan try sendiri!

Apa yang Aku Makan? Nah, Ini Senarai Juadah Kegemaran Aku!
Hidangan Paling Win!
- Kibas Golek – Lembut, juicy, penuh dengan rempah. Tak cukup sepinggan, confirm tambah lagi!
- Sup Kibas – Rasa dia pekat, rempah dia padu, makan panas-panas memang terbaik.
- Pasembor – Kuah kacang dia tu, fuhhh! Gabungan sayur, tauhu, cucur memang ngam.

Makanan Ikonik dari Seluruh Malaysia
- Nasi Lemuni – Wangi dan penuh dengan rasa herba yang unik.
- Laksa Johor & Laksa Kelantan – Dua-dua aku cuba, dan sumpah sedap! Laksa Johor pekat berkrim, Laksa Kelantan pula manis dan lemak.
- Gulai Patin Tempoyak – Masam, lemak, cukup rasa! Sesuai untuk peminat tempoyak.
- Ambuyat – First time aku try ni, unik sangat, makan dengan kuah pencicah memang masuk!
- Mee Kolok – Rasa asli Sarawak dalam sepinggan mee yang kenyal dan penuh dengan aroma rempah.
Signature Negeri Sembilan – Masakan Lemak Cili Api!
- Rendang Pucuk Maman – Rare! Aku rasa tak semua tempat ada ni.
- Ikan Keli Masak Lemak Cili Api – Pedas dia ngam-ngam, santan dia lemak berkrim.
- Kepayo Masak Lemak – Sayur kampung yang sedap bila kena dengan lauk lain.

14 Gerai Pilihan, Semua Ada!
Selain hidangan utama, ada 14 gerai pilihan yang menyajikan pelbagai makanan dari seluruh Malaysia. Aku paling suka stesen aneka cucur – cucur udang, cucur jagung, cucur pisang, semua ada! Tak lupa ais kacang & cendol yang boleh buat tekak sejuk selepas berbuka.
Suasana? Rasa Macam Berbuka di Kampung!
Apa yang aku suka pasal buffet ni bukan je makanannya, tapi juga suasananya yang berhadapan dengan laut dengan angin sepoi-sepoi. Tempat makan luas, selesa, dan rasa macam berbuka di kampung. Ramai yang datang dengan keluarga dan kawan-kawan, dan semestinya buat suasana jadi lebih meriah.
Lebih menarik, di hadapan hotel ni terdapat Kompleks Baitul Hilal, sebuah balai cerap berbentuk kubah yang menghadap Selat Melaka. Tempat ni memang sesuai untuk melihat anak bulan dan menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan!
Bagi yang nak bercadang menginap di hotel ini, yang menarik juga hotel ni juga ada kolam renang yang diasingkan untuk lelaki dan perempuan, jadi memang selesa untuk semua.

Maklumat Bufet Ramadan 2025 – Jangan Lepaskan Peluang!
- Acara: Bufet Ramadan “Merentasi Tradisi – Selera Pelbagai Negeri”
- Tarikh: 3-28 Ramadan 1446H / 4-29 Mac 2025
- Masa: 7.00 malam
- Tempat: Klana Beach Resort Port Dickson
- Tempahan & RSVP: 06-648 7888 / 016-661 9030 / 016-661 9050 / 016-661 6089
Kesimpulan
Kalau korang tengah cari tempat berbuka yang berbaloi, penuh dengan makanan sedap, dan ada vibe nostalgia berbuka di kampung, aku memang recommend Bufet Ramadan 2025 di Klana Beach Resort Port Dickson ni. Hidangan dia mantap, tempat selesa, dan paling penting, puas hati! Jangan lupa buat tempahan awal sebab confirm cepat penuh.

FAQ – Aku Tahu Korang Mesti Nak Tanya!
1. Berapa harga Bufet Ramadan ni?
Dewasa RM69.00, Kanak-kanak RM35. , tapi korang boleh contact resort untuk maklumat lanjut dan tempahan awal.
2. Ada diskaun tak kalau datang ramai-ramai?
Ya, ada! Kalau tempah awal atau datang dalam kumpulan besar, boleh dapat harga istimewa.
3. Ada makanan untuk vegetarian tak?
Yes, ada pilihan vegetarian, so jangan risau kalau tak makan daging.
4. Ada surau tak kat resort ni?
Mestilah ada! Lepas berbuka boleh terus solat Maghrib, Isyak, dan Tarawih.
5. Macam mana nak tempah?
Senang je, call je nombor yang aku letak kat atas tu dan buat tempahan segera!
Jadi, korang tunggu apa lagi? Jom berbuka kat sini, aku confirm korang takkan menyesal! 🌙✨
No Comment! Be the first one.