Korang tau dak.. sesungguhnya aku tak sangka pulak di tengah tengah kesibukan kota kuala lumpur, ada Mini Zoo Menara kl. Seriously tak sangka. Last jejak kaki di kawasan menara KL tu rasanya 12 tahun yang lalu kih kih..
Table Of Content
Itu pun bawak famili dari kampung berjalan jalan ke sana. So bila dapat peluang nak ke sini, dah inform mr asben block diary awal awal. Sebab hero kecik tuh memang suka ya amat pada binatang. Keturajaaan yang melampau. Mama dia ni penakut sikit hahaha..
Sebenarnyakan sebelum ni selalu tengok IG nora danish yang ada bawak anak anak dia datang sini. Dok pikir celah mana lah Mini Zoo Menara kl ni. Sebab rasa macam tak lojik dengan kawasan yang kecik macam tuh.
So tak berapa amik port tapi pernah terfikir jugak Iman sure akan seronok kalau dapat pergi nih.
Family day KBBA di Mini Zoo Menara kl
So pada 13 November 2016, Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul di Mini Zoo Menara kl. Pagi pagi lagi kami dah sampai semua semangat bak hang. apa maknanya family day kalau takder anak anak kan. Riuh rendah semuanya. Iman as always, dah sibuk duduk di pintu masuk, tak heran pun dengan orang lain yang dengar briefing.
Masuk masuk jer dekat kawasan tuh, we all disambut dengan burung burung yang cantik cantik dengan kaler yang vibrant. Aku? hahah dengan burung pun takut .. or geli to be specific.
Tapi dah sampai sini takkan tak nak try kan. Cuba korang tengok muka aku berselfie dengan si merah biru ni.. control beb.. hahaha… rasa geli geli kat bahu. But… such an experience kan.. Kalau letak ular sure aku jerit bak hang.
Cuba tengok muka iman dengan burung tu pulak..seronok jer kan. Budak2… semua akan happy jer kalau dengan binatang ni. Iman dah banyak kali mintak permission nak beli kucing but… again.. mamanya yang penggeli and tak berapa rajin nak kemas hasil buangan itew dan sebagainya. Lagi pun pikir susah kalau nak travel. So mai Mini Zoo Menara kl ni memang terbaik lah. Dapat lah bagi peluang dia ber eksplorasi dengan binatang binatang tu semua.
BACA : Cara Memilih Makanan Kucing
Bila anak anak happy, mak pun happy.
Rasa seronok sangat dia dapat enjoy macam ni. Kalau tak, dapat handphone tak ingat dunia dah. Elok sangat lah ada mini zoo di tengah tengah KL ni. Short and sweet trip macam ni. Mama stress tau kalau anak anak lekat dekat dgn gajet sahaja. Be real Iman.. Iman boleh pegang, boleh belai belai, boleh picit hehheehe .. eh no no tak baik..
Paling seronok bila dia baca setiap info yang diletakkan pada binatang tersebut. Sort of macam info berkenaan hidupan tersebut. Mesti dekat sekolah nanti dia akan ‘goreng’ cerita ni dengan kawan kawan. Excited nak tahu binatang tu dari mana and ada info life span binatang tu. Baguih lah mini zoo ni, Iman siap berlumba lumba nak baca setiap satu info yang di tampal disitu.
@iman_rifqi Siap soh amik video nak tunjuk binatang2 kat mini zoo ni. Iman geng papa minat binatang hehhe.. Mama 🏃🏻🏃🏻 even ngan kucing . #kbba #kbbafamilyday #blogger #kbbabloggerdayout
Besarkah Mini Zoo Menara kl
Masa memula masuk tu, ingat kecik jer mini zoo ni, tapi rupanya dibina betul betul dilereng lereng bukit nanas tu. Pokok pokok yang ada di situ memang besar telah di preserve kut. So kawasan tu agak redup. Macam tak percaya hutan dalam bandar. Tapi..heheh percayalah.
Jadi pengunjung2 yang datang ke Menara Kl juga punya option nak untuk membawa anak anak di kawasan mini zoo selain daripada rumah terbalik di situ .
Tapi nak share dengan korang. cuba tengok gambar di bawah ni. inilah kl zoo review. Hahahah aku dengan bangganya kata
Itu OSTRICH lah iman
Tettt.. mama salah.. haha.. itu adalah EMU. okay.. first time aku tau pasal emu ni. kata zoo keeper ni, emu ni sizenya lebih kecil dari ostrich . hahah nak eksen konon tau lah kan. Patutlah orang kata jauh perjalanan luas pandangan. Tak payah p merantau jauh, Ilmu yang ada ni pun tak tercapai. Kalau sapa sapa pencinta binatang, bawaklah anak anak pergi Mini Zoo menara kl ni
Baca : Zoo Bogor Indonesia pun best
Sebenarnya kesian anak anak bandar ni. Sembang sembang dengan geng blogger KBBA ni. Anak dia orang ingat ayam tu adalah kucing. Yerlah kita kalau kat kampung ayam itik berkeliaran. Tak ada heran lansung. Tapi bagi budak budak ni ayam tu cam eksotik giler kut. Abih ati orang perak cakap. Bila tengok muka sensorang bercahaya and happy ya amat.
Mini zoo ni of course lah size nya agak kecik jika dibandingkan dengan Zoo Negara di hulu kelang. tapi.. just nice untuk spend dalam 1 hingga 3 jam disini sebagai short trip. Korang tengok lah gambar budak budak ni kejar nak tangkap fish dlm pond yang kecik ni. Bagi kita takda apa lah kan.. tapi bagi anak anak ni. ” Big thing” okay…. giler best kut dia bagi orang..
Apa yang anak anak dapat di situ?
- Mereka dapat mengenali dengan lebih dekat setiap hidupan liar
- Berpeluang untuk memberi makanan kepada setiap binatang. Seronok tau bila binatang tu meragut ragut sayur yang kita bagi
- Sambil melawat sambil dapat ilmu. Emu Vs Ostrich hehehe
- Pupuk perasaan sayang pada binatang
- Lari dari Gadjet. Go wild.
Info KL Tower Mini Zoo
Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!
Harga Tiket:
Dewasa: RM32.00
Kanak-kanak: Rm27.00
Warga Emas: RM27.00
seronok betul.iman… nnt bolehbajak.mummy pergi lagi tau..
tulah… confirm dia ajak pergi lagi… ayat dia nnt ..” lama dah iman tak pergi “…
kan best kan bila ada anak ni..bawak tempat macam ni
tulah… sangat2.. best..
memang sesuai bwk anak² ke sini.. di samping seronok dpt ilmu jugak!
Hahah itulah .. Cth emu vs ostrich
best nak datang lagi nanti
kan.. sbb dekat sgt…
Memang tak snagka ada mini zoo tgh kota. Dah lah tak panas. Hehehe. Haiwan pn comel2 je semua
kaan… mmg tak sangka sunguh ada zoo dkt situ
Keluasan dan haiwan yg ada just nice utk meluangkan 30-60 minit bersama keluarga. X besa x kecik sgt. Kalau nak pi dthlah belah pagi baru fresh dan x panas
Betul2…
lama dah tak pergi zoo , masih banyak lagi ke binatang dalam zoo sekrang ni. ?
not bad jugak… budak budak cfirm teruja ..